omniture

Peroleh lebih $60 juta dalam pembiayaan Siri B, Jet Commerce perkukuh ekosistemnya

Jet Commerce
2022-08-11 02:37 246

Dana akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur operasi, menggaji lebih ramai bakat tempatan, mengukuhkan operasi Rangkaian Berbilang Salurannya, meningkatkan pengurusan digital serta penyelidikan dan pembangunan sistem SaaS dan meningkatkan keupayaan inkubasi jenama profesionalnya

HANGZHOU, China, 11 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Jet Commerce, penyedia perkhidmatan sehenti untuk e-dagang jenama yang memfokuskan kepada pasaran baru muncul, mengumumkan secara rasmi penyempurnaan pembiayaan Siri B bernilai lebih AS$60 juta. Pusingan pembiayaan ini dipimpin secara bersama oleh Jinqiu Capital, Hidden Hill Capital dan Zhejiang SilkRoad Fund. Hui Capital dan institusi-institusi lain, termasuk ATM Capital yang terlibat dalam pusingan pendanaan Siri A bernilai berpuluh-puluh juta dolar, turut mengambil bahagian dalam siri ini.

Dana baharu ini akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur operasi, menggaji lebih ramai bakat tempatan, mengukuhkan operasi Rangkaian Berbilang Salurannya, meningkatkan pengurusan digital serta penyelidikan dan pembangunan sistem SaaS dan meningkatkan keupayaan inkubasi jenama profesionalnya.

Oliver Yang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Jet Commerce Group berkata, "Hasil daripada struktur demografi baharu Asia Tenggara dan peningkatan kadar penembusan internet mudah alih, skala e-dagang di Asia Tenggara terus berkembang pesat, prospek pasaran adalah optimistik dan peluang ekologi e-dagang diteruskan. Ekoran perbezaan dari segi budaya, pasaran dan tabiat penggunaan antara negara-negara Asia Tenggara, terdapat keperluan yang tinggi untuk keupayaan perkhidmatan setempat syarikat-syarikat serantau yang akan difokuskan oleh Jet Commerce. Selain itu, kami akan terus mengukuhkan keupayaan penyetempatan kami, meluaskan saluran pasaran dalam talian kami dan memperkukuh perkhidmatan kami. Kami juga memiliki kelebihan tersendiri dalam bidang-bidang seperti logistik serta sokongan teknikal dan kami tidak sabar-sabar untuk berkolaborasi dengan lebih ramai rakan kongsi sealiran untuk membangunkan pasaran dalam talian yang maju."

Yang Jie, Rakan Pengasas Jinqiu Capital, menyatakan, "Jinqiu Capital komited untuk mengenal pasti syarikat-syarikat dan para usahawan yang luar biasa dengan visi global yang menggunakan teknologi untuk mempengaruhi dan mengubah dunia. Kini, Jet Commerce berkembang menjadi peneraju pasaran dalam industri operasi jenama e-dagang Indonesia dan memperluaskan kelebihannya di lebih banyak negara. Menurut perspektif kami, kelebihan sumber-sumber perindustrian rentas-sempadan membantu Jet Commerce menjadi generasi baharu syarikat perkhidmatan jenama dan pengurusan jenama yang terkemuka di dunia. Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jet Commerce kali ini dan Jinqiu Fund tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Jet Commerce serta para pemegang sahamnya."

Sementara itu, Hidden Hill Capital, salah satu pelabur utama siri ini optimis terhadap potensi sektor e-dagang dalam pasaran baru muncul seperti Asia Tenggara.

"Seluruh pasaran akan beralih dengan pantas ke dalam talian dan memfokuskan kepada penjenamaan, seperti yang dapat kita lihat. Berdasarkan kepada kerumitan persekitaran operasi e-dagang dalam pasaran baru muncul, kami percaya perkhidmatan e-dagang akan menjadi lebih bernilai dan Jet Commerce dapat menonjol sebagai perkhidmatan e-dagang sehenti bertaraf global dan pengusaha utama dalam inkubasi jenama, jika kita melihat trend umum rantaian bekalan China yang berkembang ke luar negara menuju pasaran baru muncul," kata Dongfang Hao, Pengerusi dan Rakan Pengurusan Hidden Hill Capital.

Hal yang sama dinyatakan oleh Wang Haitong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Zheijang SilkRoad Fund, yang berkata bahawa dengan pengalaman luas Jet Commerce daripada industri e-dagang China yang lebih maju dan keupayaan untuk menyetempatkan strateginya merentas negara-negara di tempat letaknya syarikat ini, menjadikan Jet Commerce sebagai peneraju dalam industri ini dan berupaya untuk mengembangkan perniagaannya ke banyak negara lain.

"Hanya dalam tempoh lima tahun, Jet Commerce berupaya untuk membantu jenama-jenama global yang terkemuka meluaskan pasaran mereka di peringkat serantau. Kami percaya bahawa dengan mereplikasi dengan pantas dan melaksanakan kejayaan terdahulu, kitar dua-hala yang positif antara jenama-jenama dan pasaran-pasaran tempatan dapat diwujudkan. Kami akan memberi sokongan penuh untuk berkolaborasi dengan Jet Commerce demi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna global, menetapkan model untuk operasi e-dagang tempatan dan mewujudkan penanda aras untuk jenama-jenama yang ingin berkembang ke luar negara," sambung Haitong.

Jet Commerce ditubuhkan di Indonesia pada tahun 2017 dan meluaskan operasinya dengan pesat ke negara-negara Asia Tenggara yang lain sejak lima tahun yang lalu. Bagi memperkukuhkan lagi perniagaan serantaunya, syarikat ini membentuk Jet Commerce Group dan menubuhkan ibu pejabatnya di Hangzhou, China, pada tahun 2020.

Hari ini, Jet Commerce mengembangkan perniagaannya untuk membantu jenama-jenama meluaskan pasaran e-dagang mereka ke luar negara, menawarkan perkhidmatan hujung-ke-hujung dalam enam sektor penting: perundingan strategik, operasi kedai dalam talian, pemasaran bersepadu, khidmat pelanggan dan pengurusan pengguna, perkhidmatan gudang dan logistik serta sokongan teknikal e-dagang. Kini, Jet Commerce mempunyai lebih 1,000 pekerja di China, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Malaysia, Singapura dan Brazil, dengan bakat-bakat tempatan menyumbang sebanyak lebih 90 peratus.

Jet Commerce telah menjalin hubungan erat dengan platform-platform e-dagang gergasi seperti Shopee, Lazada dan Tiktok selain berkolaborasi di peringkat serantau bersama jenama-jenama global yang terkenal seperti OPPO, Unicharm, DJI, Nivea, Shiseido, Wipro dan banyak lagi, hasil daripada tumpuan jangka panjangnya dan pemupukan mendalam terhadap perkhidmatan e-dagang rentas-sempadan.

Di samping itu, Jet Commerce baru sahaja menyelesaikan susun atur tapak di Brazil pada tahun ini. Matlamat masa depan Jet Commerce sebagai tapak pertama menembusi pasaran Amerika Latin adalah untuk menjadi syarikat global berpandukan data yang menyediakan perkhidmatan jenama global sehenti dan inkubasi jenama, menerajui jalan untuk membolehkan lebih banyak jenama dan penjual berkembang.

 

Source: Jet Commerce
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Venture Capital