SINGAPURA, 11 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Bounty Media ("Bounty"), perintis teknologi Data Pihak Sifar (Zero Party Data) dengan platform yang memperkasa pengguna dan jenama yang dipercayai oleh mereka, mengumumkan bahawa mereka telah menutup pusingan Pra-A terlebih langgan bernilai AS$1.8juta. Pusingan tersebut dipimpin oleh SOSV bersama-sama Vectr Fintech Partners, ASTOR Management, Black Kite Capital, Plug and Play Ventures, Quonota Investment, High Cosmos dan Revium.
"Kami melihat peralihan asas dari segi cara pengguna, jenama dan syarikat media cuba mengakses, menggunakan dan mengewangkan data peribadi," kata Mark Munoz, Rakan Kongsi Urusan Vectr Fintech Partners yang akan turut menyertai lembaga tersebut. "Bounty Media mengimbangi keperluan pengguna dan jenama dengan unik menggunakan cara yang mudah, telus dan patuh peraturan. Tindakan ini menyelesaikan masalah global dengan cara yang amat boleh diskala, dan pada masa yang sama memperkasa pengguna untuk mengawal data peribadi mereka."
Ditubuhkan oleh Claes Loberg dan Jake Denney di Singapura, Bounty dilancarkan di Indonesia pada tahun 2021 dan kini meluaskan operasi ke dalam tiga pasaran tambahan (Thailand, Malaysia dan Filipina). Perkhidmatan unik syarikat memperkasa pengguna dengan kawalan data peribadi mereka dan diberi ganjaran kerana berkongsi dengan pengiklan yang dipercayai oleh mereka. Bounty telahpun merangkumkan tiga daripada tujuh pengiklan terbesar dunia sebagai pelanggan di seluruh Asia Tenggara, termasuk Procter & Gamble.
"Kami teruja untuk menutup pusingan terlebih langgan ini dengan kumpulan pelabur dan penasihat yang hebat ini," kata Loberg. "Ketika ini kami sibuk mengembangkan pasukan kami di Singapura tatkala kami meneruskan visi kami untuk membangunkan asas pasaran buat 1 bilion pengguna bagi menjual data mereka sebanyak $1 sehari."
Rakan-rakan kongsi Bounty termasuk jaringan berita termuka, Syarikat Telekomunikasi, Permainan dan rakan-rakan kongsi OTT seperti Viu, Vidio, dtac dan Indosat untuk menawarkan perkhidmatan kepada sekumpulan 187 juta audiens. Bounty akan meneruskan pelancaran Asia Tenggaranya dan seluruh pelosok APAC sepanjang tahun 2022 & 2023, meluaskan rakan kongsi kandungan mereka dengan sasaran 1 bilion audiens menjelang akhir tahun 2023.
"Kita sedang berada dalam revolusi privasi data yang mana kebanyakan jenama dan pengguna berusaha untuk memahami cara menavigasinya. Bounty sudahpun mendapat perhatian dengan penyelesaian telus dan mudah yang dapat memperkasa pengguna mahupun jenama yang mereka percayai. Kami tidak nampak pasukan yang lebih baik untuk melaksanakan misi ini," kongsi William Bao Bean, Pengarah Urusan Orbit Startups SOSV.
Latar Belakang Bounty Media
Ditubuhkan pada bulan November 2019 di Singapura. Bounty Media ialah platform AdTech (Teknologi Pengiklanan) dan MarTech (Teknologi Pemasaran) yang menawarkan penyelesaian pengewangan untuk pengiklan dan penerbit. www.bounty.media
Latar Belakang Orbit Startups
Orbit membantu menskalakan kejayaan syarikat pemula dari seluruh dunia merentas pasaran baru muncul dan sempadan di Asia Tenggara dan Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Program ini ialah sebahagian daripada SOSV, sebuah syarikat modal teroka AS dengan US$1.3 bilion AUM. Alumni yang terkenal termasuk VideoVerse, rakan kongsi teknologi Olimpik dan Liga Perdana UK; perintis fintech BitMEX; Phable, platform pengurusan penyakit kronik terbesar India; ELSA Speak, pelaburan pertama Google Gradient di Asia; MarketForce, sistem pengedaran runcit terkemuka Afrika; dan Dastgyr, aspirasi Alibaba Group Pakistan.
Latar Belakang Vectr Fintech Partners
Vectr Fintech Partners ialah syarikat modal teroka dengan pejabat di San Francisco dan Hong Kong. Syarikat ini melabur dalam syarikat-syarikat peringkat awal yang mencipta ketelusan pasaran, kecairan dan aliran lancar maklumat dan modal. Dengan lebih 30 portfolio syarikat merentas Amerika Utara dan Asia pasukan ini mencari pengasas-pengasas yang memacu inovasi dalam pasaran modal, infrastruktur, teknologi mendalam dan penyelesaian blok rantai. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.vectr.co