omniture

Dilancarkan dengan mendapat pujian global serta-merta melalui Strim Langsung: Siri produk Mikro LED KLCOB perintis Absen

Absen
2022-08-11 22:04 271

SHENZHEN, China11 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Dari ibu pejabatnya di Shenzhen, China, pada 4 Ogos 2022, Absen melancarkan siri produk cemerlang terkininya, Mikro LED KLCOB, dalam acara strim langsung yang ditonton oleh lebih 300 pihak berkepentingan di serata dunia. Acara berkenaan, dihoskan oleh Pengarah Jenama dan Pemasaran Eropah Absen, Jessica Golding, memberi Ruben Rengel, Naib Presiden Absen untuk Pembangunan Perniagaan Global, platform untuk menyampaikan pandangan beliau tentang masa depan LED, sebelum Darren Banks, Pengarah Korporat Pembangunan Industri Absen membimbing penonton melalui perincian cemerlang siri produk terkini Absen: KLCOB.

KLCOB
KLCOB

Era Baharu Mikro LED 

Jessica Golding menjelaskan bahawa kemajuan dalam teknologi LED sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pecutan teknologi 5G + 8K, telah memulakan Era Mikro LED, yang pernah dianggap sebagai masa depan paparan. Membangunkan teknologi IMD dan COB dengan aktif sejak tahun 2016, kedalaman ilmu pengetahuan Absen diasah melalui dua generasi produk Mikro LED yang dilancarkan untuk mencapai kejayaan global menjelang tahun 2021, membuka jalan untuk siri KLCOB perintis.

Trend baharu dalam paparan 

Menyampaikan pandangan tentang trend masa depan produk paparan Mikro LED, Ruben Rengel meramalkan penggantian teknologi tradisional yang dipercepatkan, selain kadar pertumbuhan kompaun 34.2% dari segi saiz pasaran sepanjang empat tahun akan datang. Absen menjangkakan peluasan dalam saluran pengedaran menjelang tahun 2023 lantaran teknologi dwi talian COB/MIP, saiz skrin semua-dalam-satu berskala besar dan pengurangan pic piksel kepada 0.5mm.

Buat rakan-rakan kongsi bernilai tambah Absen yang memainkan peranan penting dalam strategi ke pasaran Absen, Ruben berjanji, "Sebagai penyedia produk dan perkhidmatan LED global yang terkemuka, kami berusaha sedaya-upaya dalam inovasi produk."

Pelancaran produk

Darren Banks, Pengarah Korporat Pembangunan Industri Absen, menggalas tanggungjawab untuk menyampaikan perincian tentang inovasi produk tersebut dengan pelancaran produk itu sendiri.

Era Baharu Kualiti Imej 

Kunci kepada paparan KLCOB baharu daripada Absen, yang menggabungkan warna hitam pekat yang luar biasa dengan imej yang cemerlang, kuat menentang impak – serta kalis debu dan lembapan – dan mengekalkan rasa sejuk untuk tempoh tontonan yang lebih lama, ialah teknologi cip flip Absen.

Teknologi tersebut menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah pada kecerahan yang sama, kontras yang tinggi serta kecerahan tinggi yang tidak diganggu oleh bayang-bayang atau halangan-halangan lain, untuk paparan dengan kontras tiga kali ganda dan skrin yang empat kali ganda lebih kuat daripada LED tradisional, 40% lebih cekap kuasa dengan keandalan berganda. Skrin yang bersinar dan teguh untuk persekitaran perniagaan seperti bilik persidangan, lobi, studio TV dan selanjutnya.

Salutan permukaan berwarna hitam KLCOB memberikan kekonsistenan warna hitam yang hebat, meningkatkan prestasi visual ke tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini demi imersi penonton yang lebih hebat, namun tanpa silau dan pantulan. Sumber cahaya permukaan tanpa silau membawakan cahaya yang lebih lunak dan lebih seragam untuk melegakan kelesuan mata yang dialami apabila melihat skrin untuk jangka masa yang panjang.

Pengoptimuman imej Absen meningkatkan visual

KLCOB mengintegrasikan pelbagai teknologi pengoptimuman imej Absen untuk imej-imej yang realistik dan luar biasa yang ditingkatkan kejelasan serta keterlihatannya: HDR 10, kontras 15000:1 yang mengagumkan dengan kecerahan maksimum 600Nits, 1.07 bilion warna dan gamut warna tahap pawagam pada DCI-P3. Kadar segar semula ultra-tinggi 120Hz dan peralihan skala kelabu 22-bit, digabungkan dengan 3840Hz operasi untuk prestasi dalam-kamera moiré rendah yang sempurna, sesuai untuk studio TV dan dewan kuliah.

Amat kuat dan kekal sejuk untuk imersi yang mengagumkan

Teknologi COB cip flip penuh dan teknologi katod biasa HBB Absen memastikan KLCOB sejuk untuk visual yang mengagumkan tanpa haba. Pelaburan dalam kekuatan KLCOB menjamin panel kalis perlanggaran dan pengoksidaan sekali gus menyokong perkadaran bahagiannya yang mengagumkan. Skrin Definisi Ultra Tinggi KLCOB tersedia pada saiz yang mengejutkan iaitu 433". Kabinet menerima pakai nisbah paparan 16:9 yang boleh disambungkan dengan mudah kepada skrin 2K, 4K atau 8K demi pengalaman tontonan yang benar-benar imersif.

Absen Hijau 

Sungguhpun begitu, paparan yang amat berkuasa ini meniti perjalanan dengan santai merentas dunia, selesa pada mata kita dalam setiap segi dan tidak memudaratkan sumber bumi. Potensi penjimatan tenaga penuhnya dicapai melalui kombinasi empat inovasi teknologi yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak empat puluh peratus berbanding skrin tradisional di bawah keadaan yang sama. KLCOB mengamalkan konsep "Absen Hijau".

"Absen akan menggalakkan inovasi dan pembangunan teknologi serta produk," simpul Jessica, "dan bersama-sama rakan-rakan kongsi global, mempercepatkan aplikasi paparan Mikro LED yang meluas."

Source: Absen
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services