omniture

CIFF Guangzhou ke-49 Bawakan Seluruh Rantaian Bekalan Perabot kepada 50 Juta Pengunjung Dalam Talian dan Luar Talian

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2022-08-12 00:53 355

GUANGZHOU, China, 12 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) ("CIFF Guangzhou"), yang mempamerkan rantaian perindustrian yang komprehensif melalui dua fasa, menutup pameran ke-49 di Guangzhou, pada 29 Julai. Acara berkenaan telah disertai oleh 139,574 pengunjung profesional, selain 50.109 juta pempamer ke pameran dalam taliannya.


Terbesar seumpamanya sebagai platform komersial untuk pelancaran produk, jualan domestik dan perdagangan eksport, CIFF Guangzhou ke-49, bertemakan "Membina kediaman yang indah bersama-sama, Membina corak perkhidmatan yang baharu," menonjolkan trend reka bentuk yang terkini dalam perdagangan perabot global melalui 2500 pempamer, lapan pameran bertema dan lebih daripada 130 persidangan.

CIFF ke-49 menyaksikan jenama-jenama dari 23 negara dan wilayah membawakan yang terbaik daripada industri perabiot, meliputi kategori-kategori termasuk perabot rumah, hiasan rumah dan tekstil rumah, luar dan riadah, ruang pejabat dan komersial serta jentera perabot & bahan mentah.

Pameran perabot rumah mulai 17 hingga 20 Julai, membawakan syarikat-syarikat utama, termasuk 70 jenama reka bentuk yang tidak mengambil bahagian dalam CIFF lima tahun yang lalu, yang mencadangkan produk baharu serta penyelesaian asli dengan tumpuan khusus ke atas pasaran domestik dan memperkenalkan sektor inapan keluarga buat julung kalinya.

Pameran Pejabat dan Komersial mulai 26 hingga 29 Julai, membawakan syarikat-syarikat terkemuka dalam sektor yang membawakan penyelesaian reka bentuk ruang kerja yang pintar dan mampan yang meningkatkan produktiviti, kesejahteraan serta keselamatan. Banyak ruang turut dikhususkan untuk ruang komersial awam, kemudahan penjagaan kesihatan dan warga emas serta sekolah.

CIFM/interzum guangzhou 2022 mulai 26 hingga 29 Julai, mempersembahkan rangkaian teknologi dan separa pembuatan yang komprehensif untuk industri perabot. Jenama-jenama antarabangsa dan Cina yang utama dalam bidang jentera, bahan, permukaan dan perkakasan menawarkan tindak balas yang meyakinkan terhadap keperluan sesebuah industri yang sentiasa berkembang, memberi perhatian kepada penyelesaian yang paling inovatif untuk menghasilkan kualiti dengan mengoptimumkan pengeluaran.

Komitmen daripada semua peserta—pempamer, pengunjung mahupun penganjur—menjamin penutupan edisi cemerlang CIFF Guangzhou yang selamat dan berjaya yang akan terus menjadi acara pameran dalam-talian-luar-talian bersepadu mulai saat ini dan akan membawa kembali platform tersebut ke Guangzhou pada 19 hingga 21 dan 28 hingga 31 Mac, bagi menggalakkan lebih banyak perkongsian idea serta kolaborasi dalam perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ciff-gz.com/en/

 

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news