omniture

Netizen Korea Selatan Berkempen Tukar Nama Inggeris kepada 'Palman Daejanggyeong'

2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
2013-10-22 21:01 124

SEOUL, Korea Selatan, 22 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Sekumpulan netizen Korea Selatan berkempen untuk menukarkan nama bahasa Inggeris rasmi koleksi teks Buddha Korea yang diukir pada lebih 80,000 blok kayu.

Tripitaka Koreana, atau Palman Daejanggyeong dalam bahasa Korea, dianggap set kitab Buddha yang paling komprehensif yang ditemui setakat ini. Kuil Haein ialah tempat simpanan teks tersebut dalam Hapcheon, yang juga merupakan laman Warisan Dunia UNESCO.

Para netizen memfailkan petisyen pada papan buletin "Agora" di Daum, yang merupakan portal Internet tempatan, bersama Pentadbiran Warisan Budaya pada hari Isnin lalu bagi menuntut nama Inggeris itu ditukarkan kepada "Goryeo Daejanggyeong" atau "Palman Daejanggyeong" sepertimana panggilan oleh orang Korea. Petisyen tersebut berjaya mengumpulkan lebih 100 tandatangan sejak dikeluarkan pada Isnin lalu.

Mereka mengatakan nama yang sedang digunakan ini merendahkan kualiti ​​koleksi Korea yang merupakan teks Buddha yang maksudnya lebih lengkap dan menyeluruh berbanding Tripitaka India, yang merupakan perkataan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud "tiga bakul."

Tripitaka ialah istilah tradisional yang digunakan oleh tradisi Buddha bagi menerangkan tiga kategori utama ajarannya – Sutra, yang merupakan khutbah Buddha; Vinaya, yang merupakan ajaran dan peraturan disiplin monastik; dan Abhidharma, yang merupakan komentar dan penjelasan terhadap ajaran tersebut.

Gerakan tersebut bermula ekoran wujudnya pendapat sama yang dibangkitkan semasa simposium antarabangsa yang diadakan di Seoul pada awal bulan ini yang merupakan sebahagian daripada Pesta Tripitaka Koreana 2013. Perayaan 45 hari tersebut dibuka di Hapcheon, 354 kilometer di selatan Seoul, bagi meningkatkan kesedaran dunia terhadap harta budaya Korea.

Netizen Korea juga menyatakan nama tersebut ialah pengecualian yang jarang berlaku pada senarai warisan dunianya bagi tradisi UNESCO dalam menggunakan nama yang digunakan oleh orang asli.

Kuil Haein; kerajaan Wilayah Gyeongsang Selatan, tempat terletaknya kuil itu; dan jawatankuasa penganjur Pesta Tripitaka Koreana berkata mereka akan mengambil kira untuk memohon secara formal bagi penukaran nama dengan UNESCO melalui kerajaan pusat sekiranya petisyen dalam talian berjaya mengumpulkan sejumlah penyokong yang ramai.

Paeng Sunhwa
Tel: +82-55-211-6274
E-mel: psh0401@korea.kr

Sumber: Jawatankuasa Penganjur Pesta Tripitaka Koreana 2013

Source: 2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel