BEIJING, 12 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 14 Mei, FOTON menandatangani secara rasmi perjanjian untuk 1,022 unit bas bandar elektrik dengan nilai berjumlah 1.6 bilion RMB dihantar ke Chile, bagi menawarkan perkhidmatan kepada sistem pengangkutan awam Santiago. Perjanjian tersebut merupakan pesanan terbesar bagi bas bandar elektrik yang dikeluarkan dalam negara daripada pasaran luar negara, lalu melonjakkan FOTON ke kedudukan pertama dalam pasaran kenderaan tenaga baharu Chile. Susulan pesanan 1,000 buah bas elektrik di India pada tahun 2020, sekali lagi FOTON mencatat rekod baharu untuk bas elektrik Cina dalam pasaran luar negara.
Ketika ini, lebih 300 unit bas elektrik FOTON (menyumbang hampir 40%) berfungsi di Chile. Selepas ketibaan ini, kumpulan bas elektrik FOTON akan menjadi yang terbesar di Amerika Latin.
FOTON memperoleh pesanan pertama Chile sebanyak 215 unit bas tenaga baharu pada bulan November 2019, seraya menyambut era pengangkutan awam yang serba baharu di Chile. Pada tahun 2021, FOTON memperoleh pesanan sebanyak 138 unit dan menjadi salah satu pengusaha yang terkemuka dalam pasaran bas elektrik tempatan. Setakat ini, ia telah meraih kedudukan yang kukuh di Chile, seterusnya membantu bandar-bandar di seluruh negara tersebut mengurangkan emisi karbon.
Pada bulan Januari 2021, FOTON menyertai secara rasmi Pemecut Pelaksanaan-Pantas Bas Emisi Sifar (Zero Emission Bus Rapid-Deployment Accelerator, ZEBRA), projek yang dilancarkan secara bersama oleh International Council on Clean Transport (ICCT) dan C40 Cities Network. Projek ini melabur lebih satu bilion dolar AS, bertujuan untuk menempatkan lebih 3,000 unit bas bandar elektrik di Brazil, Chile, Mexico dan Columbia.
Sebagai salah satu pembekal kenderaan tenaga baharu untuk ZEBRA, FOTON komited terhadap pembangunan mampan, menumpukan perhatian untuk mengurangkan emisi karbon dan menambah baik mobiliti orang ramai di Amerika Latin.
Berlatarbelakangkan penyahkarbonan, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia giat mempromosikan operasi komersial kenderaan elektrik. Chile menyasarkan untuk membolehkan seluruh jaringan pengangkutan awamnya dikuasakan oleh tenaga elektrik sebelum tahun 2040.
Sebagai salah satu pengusaha yang terkemuka dalam industri kenderaan komersial tenaga baharu China, FOTON mempunyai produk kenderaan berkuasa tenaga baharu yang direka khas untuk pelbagai senario pengangkutan. Bas bandar tenaga baharu FOTON mengukuhkan kehadirannya di India, Mesir, Malta, New Zealand, Australia, seterusnya mengusahakan jaringan pengangkutan awam, sekolah, lapangan terbang dan sebagainya. Trak dan van tenaga baharu FOTON iBlue telahpun mendapat sijil EU WVTA dan beroperasi di Jerman, Singapura, Australia dan Thailand. Memfokuskan kepada teknologi dan perkhidmatan, FOTON menunjukkan kepada dunia daya tarikan dan kekuatan dari China.