omniture

Produk Tersuai Hisense untuk Acara Pelancaran Global FIFA World Cup 2022™, Majukan Teknologi untuk Pengalaman Premium

Hisense
2022-08-12 15:22 281

QINGDAO, China, 12 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Memfokuskan kepada inovasi teknologi dan tumpuan pengguna, membangunkan produk-produk yang lebih baik dan berteknologi tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat serta mencipta gaya hidup yang lebih baik untuk semua, sentiasa menjadi pegangan teguh Hisense yang berterusan.

Bagi mencipta pengalaman hidup yang lebih baik dan membawa pengalaman tontonan Perlawanan Sempurna FIFA (Perfect Match FIFA) kepada pengguna global, Hisense akan mempamerkan produk inovatifnya yang terkini di Produk Tersuai Hisense untuk strim langsung Acara Pelancaran Global FIFA World Cup 2022™ di saluran YouTube Hisense, Twitter Hisense pada 17 Ogos jam 8 Malam (GMT+1).


Pelancaran Interaktif Strim-langsung, Memaparkan Sorotan Teknologi Baharu Hisense  

Hisense sentiasa komited untuk membangunkan teknologi baharu; sementara itu, dengan berganding bahu bersama FIFA, ia bersama-sama mencipta pengalaman tontonan sukan bola sepak yang imersif dan tidak dapat dilupakan untuk peminat seluruh dunia melalui inovasi teknologi.

Mendukung dedikasinya terhadap teknologi dan komitmen untuk mencipta pengalaman perlawanan FIFA yang tidak dapat dilupakan untuk peminat sukan bola sepak global, Hisense sentiasa memperbaharui teknologinya untuk mencipta produk yang lebih andal, berkelayakan dan berteknologi tinggi untuk membawakan gaya hidup yang unggul dan pengalaman produk yang sempurna buat semua. Justeru itu, di acara pelancaran yang akan datang, Produk Tersuai untuk FIFA World Cup 2022™, bermula daripada TV ULED hinggalah TV Laser akan diperkenalkan, perkakas rumah Hisense akan dipamerkan dan semua sorotan serta kejayaan inovatif produk-produk ini akan dipamerkan melalui strim langsung.

Bagi meningkatkan pengalaman tontonan penonton terhadap pelancaran produk tersebut, Hisense merancang pelbagai aktiviti Undian yang interaktif serta menarik tentang teknologi Hisense untuk mendemonstrasikan dengan lebih baik produk yang ditampilkan di strim langsung, yang melaluinya pengguna bertuah yang mengambil bahagian dalam kuiz interaktif berpeluang mendapat hadiah televisyen daripada Hisense.

Ketika Acara Pelancaran semakin menghampiri, Candy Pang, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Jenama Hisense Group menyatakan: "Produk Tersuai Hisense untuk Acara Pelancaran Global FIFA World Cup 2022™ akan menunjukkan dedikasi dan komitmen Hisense kepada peminat sukan bola sepak dan pengguna seluruh dunia, dengan memantapkan teknologi kami, kami beraspirasi untuk membolehkan semua peminat sukan bola sepak dan pengguna dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik dan membawakan pengalaman Perlawanan Sempurna yang unggul kepada mereka."

Hisense ialah sebuah syarikat bertaraf global yang sentiasa memanfaatkan teknologi premium untuk membentuk masyarakat dan masa depan yang lebih baik untuk dunia ini. Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™, Hisense berharap dapat membawakan perlawanan yang mendebarkan dan mengagumkan kepada pengguna global ke tahap maksimum melalui produk premium dan teknologi Hisense.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports New products/services