omniture

Hari Belia Antarabangsa 2022: XCMG Apprentice Musim 7 Bawakan Wawasan dan Peluang Industri Jentera Pembinaan

XCMG
2022-08-15 09:42 223

XUZHOU, China15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Pengembara Masa" ("Time Travelers"), musim ketujuh program pengalaman imersif dan pendidikan inovatif (SHE:000425) XCMG, XCMG Apprentice, telahpun diadakan di lima negara buat julung kalinya. Bakat-bakat muda dari China (Pasukan Glob), Jerman (Pasukan Eropah), Brazil (Pasukan Amerika), Thailand (Pasukan Asia Tenggara) dan India (Pasukan Asia Selatan) menyertai program tersebut untuk mempelajari tentang XCMG serta kakitangannya, produk, teknologi, industri dan rantaian nilai dalam jelajah selama dua minggu.

Themed with "Time Travelers," the seventh season of XCMG's (SHE:000425) immersive experience and innovative education program, XCMG Apprentice, was held in five countries for the first time.
Themed with "Time Travelers," the seventh season of XCMG's (SHE:000425) immersive experience and innovative education program, XCMG Apprentice, was held in five countries for the first time.

"XCMG berharap dapat berganding bahu dengan lebih ramai orang muda dari serata dunia untuk meneroka bidang sains dan teknologi kejuruteraan serta menyumbang kepada pembinaan global dan pembangunan mampan," ujar Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Kelima-lima pasukan tersebut membentangkan laporan tentang kekuatan XCMG, dalam penyelidikan dan pembuatan (R&D), pembinaan, operasi, pemasaran dan pembuatan pintar, mendedahkan pelan hala tuju dan strategi global XCMG kepada khalayak antarabangsa. Perantis-perantis tersebut menyelesaikan perjalanan yang komprehensif merentas sektor-sektor perniagaan XCMG dan XCMG Research Institute.

Para jurutera XCMG menyediakan beberapa acara dan cabaran untuk kelima-lima pasukan tersebut, termasuk sesi tentang sistem kawalan pintar Pusat R&D Eropah XCMG dan para perantis tersebut menyelesaikan tiga tugasan yang mencabar: pengenalpastian sistem keselamatan pintar untuk mengendalikan dua mesin pengorek bagi merasai perbezaan antara mempunyai sistem keselamatan pintar, sistem darat pintar yang mengawal dan mengendalikan sistem untuk menyelesaikan tugas di kawasan tetap dan pengendalian tanpa ralat sistem penimbunan dan penyodok pintar, yang ditetapkan untuk menyelesaikan penimbunan dan pemunggahan tanah dengan berat tetap 50kg dan 100kg melalui sistem pintar.

Di makmal mekanik tanah XCMG di China, Priyasha Sharma, perantis dari India, mengendalikan kenderaan penyelamat berbilang fungsi JY20G2 dan menyelesaikan cabaran beliau dengan jayanya di bawah bimbingan para juruteknik XCMG.

"Kayu bedik direka dengan sangat baik menerusi kejituan operasi yang tinggi, kabin adalah sangat selesa dan reka bentuk keseluruhan bersifat ergonomik dan bertumpukan manusia," kata beliau.

Tema program bagi Pasukan Eropah ialah "keupayaan R&D" dan para perantis mengendalikan mesin pengorek XE220E XCMG 22-tan yang dilengkapi dengan teknologi bantuan pintar terkini yang benar-benar meningkatkan kecekapan kerja dan para perantis berupaya untuk menyiapkan tugas-tugas asas seperti perataan dan penggredan dengan latihan hanya selama beberapa minit.

Melalui program XCMG Apprentice, kumpulan tersebut berupaya untuk menunjukkan sisi yang berbeza daripada tonggak industri dan memantapkan pembangunan masa depan industri jentera pembinaan dengan cara yang unik dan inovatif.

Sehingga kini, XCMG menyediakan produk dan perkhidmatan yang cemerlang di 191 negara dan wilayah, mengintegrasikan perdagangan eksport, kilang luar negara, penggabungan dan pemerolehan rentas sempadan serta R&D global. Kini, XCMG mempunyai lima tapak R&D, 15 tapak pembuatan luar negara dan kilang KD serta lebih 2,000 titik perkhidmatan dan 40 pusat alat ganti berskala besar di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation