HARBIN, China, 15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Ini merupakan laporan daripada Science and Technology Daily: 2022 ialah tahun yang sangat penting untuk pembangunan berskala besar aplikasi 5G dan penaiktarafan lelaran komprehensif teknologi.
Diadakan baik secara dalam talian mahupun luar talian pada 9 Ogos, tema bagi Forum Media Konvensyen 5G Dunia 2022 ialah "5G memperkasa kapasiti komunikasi antarabangsa".
Pakar-pakar dan ahli-ahli profesional daripada outlet media domestik dan antarabangsa serta perusahaan-perusahaan teknologi 5G mengadakan perbincangan bersama integrasi mendalam antara teknologi 5G dan komunikasi antarabangsa dari perspektif globalisasi, meneroka hala tuju komunikasi antarabangsa dengan teknologi 5G dalam era multimedia dan menganalisis bagaimana untuk merangka strategi komunikasi antarabangsa bersasar selaras dengan keperluan khalayak antarabangsa di forum media Konvensyen 5G Dunia 2022.
Pengarah China International Communications Group (CICG), Du Zhanyuan berkongsi empat sudut pandangan mengenai pembangunan masa depan media 5G dan pemerkasaan teknologi 5G, dengan berkata, "kita perlu membina ekologi 5G bagi komunikasi antarabangsa."
Presiden Science and Technology Daily, Zhang Biyong berkata, "Science and Technology Daily (S&T Daily) telah memberi perhatian yang teliti ke atas pembangunan dinamik penyepaduan antara teknologi 5G dan media, membimbing media global pada pelbagai peringkat, dimensi dan saluran. S&T Daily sentiasa mendukung semangat saintifik apabila melaporkan keterbukaan dan inovasi, sekuriti digital, perlindungan ekologi dan perubahan iklim. Kami cuba untuk mempengaruhi media antarabangsa dengan cara yang objektif, menghapuskan salah faham, bagi menjadikan seluruh dunia mempunyai pengetahuan yang lebih baik tentang kemajuan saintifik serta penyelesaian pintar China dan giat mempromosikan pembinaan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia."
Pengarah Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Heilongjiang, Zhang Changbin dan Presiden Heilongjiang Daily Press Group, Zhang Chunjiao menghadiri forum tersebut dan memberi sudut pandangan berhubung industri multimedia tempatan.
Peranan penting 5G dalam komunikasi
Ketua sidang pengarang S&T Daily, Xu Zhilong berkata bahawa pembinaan ekologi 5G telah mencapai peluang keemasan. Dengan pemerkasaan teknologi 5G, struktur dan keupayaan media untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat telah berubah sewajarnya, maka kekuatan komunikasi antarabangsa yang kukuh diperlukan untuk membolehkan suara China didengari.
Pengarah China Society of Science and Technology System Reform, Zhang Jingan berkata, "Pembangunan China memerlukan dunia dan dunia memerlukan China. Amat penting untuk memberitahu dunia tentang China melalui media. Amat penting juga untuk membina lingkungan persahabatan dalam kalangan Inisiatif Jalur dan Jalan melalui media. Teknologi 5G harus digunakan untuk membolehkan lebih ramai rakan asing memahami dan menyokong China agar dapat menjadi kuasa yang pasti untuk keamanan dan pembangunan dunia."
Timbalan ketua sidang pengarang Guangming Daily, Zhao Jianguo berkata, "5G telah membawa peluang baharu untuk perubahan media arus perdana. Kecerdasan buatan, blok rantai, data raya dan teknologi canggih yang lain mewujudkan 'rangkaian komunikasi moden pada tahap serba baharu' untuk penerbitan dan penyampaian berita. HD Ultra, strim langsung 5G dan VR akan membawa kepada inovasi yang lebih hebat dalam transmisi dan tekal meningkatkan pengaruh media arus perdana. Diperkasa oleh teknologi, rantaian berita pastinya akan berkembang dengan penumpuan media. Kesemua ini merupakan alat pemungkin untuk komunikasi antarabangsa."
Timbalan ketua sidang pengarang China Daily, Sun Shangwu turut berkongsi pandangan beliau dengan berkata, "Sebagai individu dalam industri media, pertamanya, kami akan memfokuskan kepada komunikasi mudah alih dan meningkatkan kedekatan, mengupayakan pertukaran antara China dan seluruh pelosok dunia demi menyebarkan dengan lebih pantas dan lebih jauh. Kedua, kami perlu menjadikan pertukaran kami lebih bersifat sosial dan interaktif bagi menjadikannya lebih mudah didekati dan mudah diakses. Ketiga, kami harus memfokuskan kepada visualisasi dan menjadikannya lebih jelas agar dapat menjadikan pertukaran China-asing lebih aktif."
Keperluan baharu untuk komunikasi antarabangsa dalam era 5G
Dekan Akademi pengajian China dan Dunia kontemporari, Yu Yunquan berkata, "Era 5G telah menyarankan keperluan baharu untuk komunikasi media antarabangsa. Pertama adalah untuk memperdalam pemikiran tentang Internet Pelbagai Benda dan mengukuhkan penerokaan dan aplikasi platform baharu. Kedua, meningkatkan lagi "kejituan" perkhidmatan maklumat, terutamanya keupayaan perancangan. Ketiga, mempercepatkan kedalaman integrasi dengan industri teknologi, demi memenuhi keperluan khalayak dengan lebih baik."
Komunikasi bersasar semua-media, silang budaya dan pelbagai bahasa akan menjadi trend baharu dalam era maklumat.
Vasily Pushkov, pengarah Kerjasama Antarabangsa, Sputnik News Agency and Radio, berkata, "Pandemik COVID-19 menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh teknologi baharu dalam komunikasi antarabangsa dan pertukaran maklumat. Format interaksi dalam talian membangun dengan pesat; acara antarabangsa maya menghimpunkan beribu-ribu peserta dari serata dunia dan mesyuarat dalam talian dua hala bersama rakan-rakan kongsi telah menjadi perkara biasa."
Zhao Sha, Pengarah Pembangunan Media China, PR Newswire berkata, "Orang ramai yang bekerja dalam industri media memberi perhatian yang lebih teliti kepada data daripada audiens. Peningkatan jumlah tontonan, perkongsian, tanda suka dan video dimainkan secara langsung memberi kesan ke atas seluruh industri."
5G memperkasa industri media pada masa depan
Emilio Saldaña, ketua bahagian sains dan teknologi untuk saluran TV 22 di Mexico berkata, "Transmisi yang pantas dan kependaman ultra-rendah teknologi 5G akan merevolusikan industri media digital, terutamanya dalam dua aspek: bagaimana berita dikumpul dan bagaimana ia disampaikan. Teknologi 5G dapat membawa wartawan kami meningkatkan keupayaan mereka untuk mendapatkan berita tergempar dan menghasilkan produk media dalam tempoh masa yang singkat. Dengan popularisasi teknologi 5G, kami akan terus mengoptimumkan penyampaian dan pengalaman berita dalam era digital."
Tetamu-tetamu forum daripada Huawei, Tencent, ZTE dan Qualcomm turut menghuraikan tentang pelbagai saluran dan cara teknologi dapat membantu meningkatkan kapasiti komunikasi antarabangsa dari perspektif teknologi aplikasi 5G dan menerangkan pengalaman pelbagai deria berita yang imersif.