omniture

Pelayar Awan Maxthon Kini Diperkenalkan bagi Telefon Windows

Maxthon
2013-10-23 02:48 179

-- Pelayar Telefon Windows Baharu Memperkenalkan Kemudahan Penggunaan yang Tiada Tandingan, Berprestasi Tinggi dan dengan Ciri-ciri Eksklusif

SAN FRANCISCO, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, syarikat perisian global yang membangunkan pelayar web terkini, hari ini mengumumkan ketersediaan Pelayar Awan miliknya yang meneraju untuk Telefon Windows. Maxthon untuk Telefon Windows menawarkan pengalaman yang ditingkatkan, prestasi tinggi dan kelajuan yang lebih pantas seperti yang dijangkakan bagi semua produk Maxthon, termasuklah daripada segi reka bentuk dan tambahan kebolehgunaan yang membuatkan pelayaran pada telefon pintar Windows menjadi lebih mudah dan cepat.

"Dengan peranti mudah alih kian menjadi skrin pertama bagi kebanyakan penduduk dunia, kami di Maxthon memahami kepentingan menjadikan pelayar awan yang meneraju kami agar boleh didapati di semua platform mudah alih," kata Jeff Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon. "Kami mendengar pendapat pengguna kami dan hasilnya ialah pelayar Telefon Windows dengan ciri-ciri yang tiada tandingannya dan kebolehgunaan untuk menyediakan pengalaman melayari web yang terbaik bagi semua pengguna Telefon Windows."

Pelayar Awan Maxthon membawa pengalaman pelayaran mudah alih pada Telefon Windows ke tahap baharu dengan fungsi dan ciri-ciri yang termasuk:

  • Perkhidmatan awan dengan sokongan berbilang peranti: Pengguna boleh mendaftar masuk dengan akaun Pasport Maxthon percuma dan menyegerakkan kegemaran mereka dalam talian, dan kepada peranti lain dengan menggunakan Pelayar Awan Maxthon pada Android, iOS, Windows dan Mac
  • Kemudahan penggunaan dengan pelaksanaan tab (paten belum selesai): Navigasi Tab Maxthon bagi Telefon Windows membolehkan pengguna untuk swipe atas dan ke bawah untuk semakan sejarah pelayaran, yang tidak didapati bagi pelayar Telefon Windows lain
  • Kegemaran dioptimumkan bagi skrin sentuh mudah alih: Pengguna boleh menambah, mengubah dan mengakses laman kegemaran dengan cara yang lebih intuitif dan mudah digunakan daripada apa-apa pelayar Telefon Windows yang lain
  • Quick Access yang ditingkatkan kualiti paparannya: Maxthon telah meningkatkan ciri-ciri "Quick Access" miliknya dengan menghasilkannya semula untuk Telefon Windows dengan animasi menyeronokkan yang menjadikannya lebih mudah untuk menggunakan Quick Access
  • Bar alamat pop-up: Pengguna boleh mengakses bar alamat dan carian pada bila-bila masa yang mereka inginkan dengan kemudahan isyarat yang membolehkan pop-up berlaku dengan mudah

"Pengguna Telefon Windows layak memiliki pelayar yang lebih menepati kehendak dan keperluan mereka," kata Karl Mattson, Naib Presiden Usaha Antarabangsa Maxthon. "Kami sentiasa mencari peluang untuk menawarkan cara baharu untuk melayari web dengan lebih cepat dan mudah. ​​Kami teruja untuk memperkenalkan pembaikan ini pada platform Telefon Windows."

Muat turun Maxthon di sini

Tentang Maxthon

Maxthon merupakan syarikat perisian inovatif yang membangunkan pelayar web unggul yang terus menetapkan standard baharu bagi ciri-ciri kelajuan, keselamatan, kesederhanaan dan awan. Ia boleh didapati pada platform Windows, Android, iOS dan Mac. Dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, Maxthon memberi perkhidmatan kepada komuniti pengguna global yang mendahului lebih 120,000,000 orang bagi setiap bulan di lebih 150 negara. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Maxthon

Hubungi:
Burson-Marsteller bagi Maxthon
Sandy Choi
Sandy.Choi@BM.com
(+1)212-614-4757

Muat turun Maxthon di sini

Source: Maxthon
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services