omniture

CATL umum kilang bateri Eropah keduanya di Hungary

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-08-15 10:15 347

NINGDE, China, 15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 Ogos 2022, Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan melabur sebanyak 7.34 bilion euro untuk membina sebuah kilang bateri 100 GWj di Debrecen, timur Hungary yang juga merupakan kilang bateri keduanya di Eropah susulan kilang Jermannya. Tertakluk kepada kelulusan mesyuarat pemegang saham, pembinaan kemudahan pengeluaran pertama akan bermula dalam tahun ini.

Tempat Persidangan di Hungary
Tempat Persidangan di Hungary

 

Tempat Persidangan di China
Tempat Persidangan di China

Meliputi kawasan seluas 221 hektar di Taman Perindustrian Selatan Debrecen, projek berkenaan akan membekalkan baik sel mahupun modul kepada pembuat auto Eropah.

Debrecen terletak di tengah-tengah Eropah dan dengan jarak yang dekat ke beberapa kilang auto pelanggannya seperti Mercedes-Benz, BMW, Stellantis dan Volkswagen, kilang Debrecen CATL akan membolehkannya mengatasi dengan lebih baik permintaan bateri daripada pasaran Eropah, meningkatkan pembangunan rangkaian pengeluaran globalnya dan membantu mempercepatkan e-mobiliti dan peralihan tenaga di Eropah.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengurangkan jejak karbon dalam pembuatan bateri, CATL akan menggunakan kuasa elektrik daripada tenaga boleh diperbaharui dan mempertimbangkan untuk membangunkan kuasa solar bersama rakan-rakan kongsi tempatan di negara berkenaan.

Bagi membina rantaian nilai bateri yang mampan dan berkitar, CATL turut mengkaji kemungkinan berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi tempatan bagi menubuhkan kemudahan untuk bahan-bahan bateri di Eropah.

"Tidak dinafikan bahawa kilang kami di Debrecen akan membolehkan kami untuk meningkatkan lagi kelebihan daya saing kami, bertindak balas dengan lebih baik kepada pelanggan Eropah dan mempercepatkan peralihan kepada e-mobiliti di Eropah," kata Dr. Robin Zeng, pengasas dan Pengerusi CATL. "Projek lapangan hijau (greenfield) di Hungary akan menjadi lonjakan yang amat besar dalam pengembangan global CATL dan juga merupakan langkah yang penting dalam usaha kami untuk memberi sumbangan yang luar biasa kepada pemacu tenaga hijau untuk umat manusia."

Péter Szijjártó, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Hungary berkata: "Baik ekonomi global mahupun Eropah telah berhadapan dengan cabaran yang amat berat baru-baru ini. Kami di Hungary mempunyai matlamat yang jelas untuk menjadi pengecualian tempatan daripada kemelesetan benua. Alat terbaik untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menarik pelaburan termaju dalam cabang industri automotif yang paling revolusioner iaitu elektromobiliti. Kami berbangga kerana CATL memutuskan untuk melaksanakan pelaburan lapangan hijau yang terbesar seumpamanya dalam sejarah Hungary. Baru-baru ini, kami menjadi salah satu tapak pengeluaran bateri utama di dunia dan dengan pelaburan yang besar ini, kami dapat mengukuhkan lagi kedudukan kami."

Projek baharu ini diterima baik oleh pelanggan Eropah CATL. Markus Schäfer, Ahli Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group AG, Ketua Pegawai Teknologi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perolehan, berkata: "Kilang CATL Eropah baharu yang canggih di Hungary ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk peningkatan pengeluaran EV kami bersama-sama rakan-rakan kongsi penting kami. Dengan CATL, kami mempunyai peneraju-teknologi sebagai rakan kongsi kami untuk menyediakan kepada kami - sebagai pelanggan pertama dan terbesar untuk kapasiti awal kilang baharu - dengan sel bateri neutral CO2 terbaik untuk generasi EV kami yang seterusnya di Eropah, mengikuti pendekatan tempatan-ke-tempatan kami dalam perolehan. Kami berbangga melihat Cita-cita 2039 kami disokong oleh komitmen CATL terhadap pengeluaran neutral CO2 di Hungary."

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining/Metals Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services