omniture

GE dan Nextant Aerospace Mengumumkan Strategi bagi Membawa Kapal Terbang Diperkasakan GE Baharu ke Pasaran

-- GE dan Nextant akan berkolaborasi bagi menghasilkan satu rangkaian kapal terbang diperkasakan GE
-- Produk pertama kolaborasi ini ialah kapal terbang turboprop Nextant G90XT yang mempunyai enjin H80 GE dan Dek Penerbangan Bersepadu dengan Garmin G1000
-- Teknologi penghasilan semula Nextant bakal memberi nafas baharu kepada kumpulan pesawat King Air global yang semakin meningkat usia
Nextant Aerospace
2013-10-23 06:57 175

LAS VEGAS, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Nextant Aerospace ("Nextant"), pembuat Nextant 400XTi, satu-satunya jet perniagaan dihasilkan semula di dunia, hari ini mengumumkan kolaborasi strategik dengan GE yang dengannya GE akan membekalkan enjin baharu untuk rangkaian baharu kapal terbang yang dihasilkan semula.

Projek pelancaran untuk kolaborasi ini ialah turboprop pertama Nextant, G90XT, berdasarkan siri King Air C90 dan mempunyai enjin H80 GE. Selain kerangka udara King Air, kapal terbang berikutnya akan mempunyai platform kapal terbang lain yang tekal dengan strategi pembangunan perniagaan jangka panjang Nextant. Seperti 400XTi, Nextant G90XT mempunyai prestasi kapal terbang yang bagus untuk separuh daripada harga pembelian dan memberi nafas baharu pada rangkaian pesawat King Air yang semakin meningkat usia dengan teknologi yang lapuk serta nilai sisa yang berkurangan.

Kombinasi loji kuasa GE baharu, Dek Penerbangan Bersepadu dengan Garmin dan kerangka udara, kokpit dan kabin yang dipertingkat dan dibina semula sepenuhnya, membuatkan rangkaian kapal terbang Nextant baharu bukan sahaja yang paling berkemampuan tetapi juga pesawat yang paling berkesan kos dalam kelasnya.

"Enjin H80 untuk kapal terbang G90XT Nextant akan memasukkan beberapa ciri baharu yang membawa nilai tambahan kepada pelanggan," kata Brad Mottier, naib presiden dan pengurus besar organisasi Perniagaan dan Penerbangan Am dan Sistem Bersepadu di GE Aviation. "Kami tidak sabar-sabar untuk berkolaborasi lagi dengan Nextant untuk lebih banyak peluang yang terbentang di masa hadapan."

"Kolaborasi Nextant dengan GE ialah tanda aras yang mengujakan dalam sejarah syarikat kami," kata Presiden Nextant Aerospace, Sean McGeough. "Untuk pelanggan kami, ini bermakna kami boleh menawarkan mereka rangkaian produk yang lebih luas dengan semuanya menawarkan kombinasi luar biasa prestasi dan ekonomi. Kelebihan harga pembelian Nextant yang signifikan kini dipadankan dengan penjimatan yang sama banyak dalam kos bahan api dan penyelenggaraan, hasil teknologi enjin maju yang dibina dalam loji kuasa GE."

Teknologi Baharu untuk Cabaran Baharu

H80 GE menandakan kemajuan dalam prestasi dan ekonomi daripada kapal terbang turboprop sebelum ini dalam kelasnya. Dengan menggunakan pengalaman GE yang mendalam dalam rekaan, penghasilan dan pengendalian enjin komersil dan ketenteraan, ia memperkenalkan peningkatan yang signifikan dalam aerodinamik dan metalurgi agar enjin itu boleh berfungsi pada suhu dan tekanan lebih tinggi berbanding enjin pesaing. Ini bermakna pembakaran bahan api lebih sedikit dan penghasilan kuasa lebih tinggi, walaupun dalam keadaan yang panas dan tinggi. Kos penyelenggaraan juga lebih rendah dengan rekaan yang lebih ringkas, teknik penghasilan maju dan TBO selama 3,600 jam yang tidak memerlukan pemeriksaan seksyen panas titik tengah. Kawalan enjin elektronik bersepadu baharu pada enjin H80 membolehkan kawalan kuasa tuas tunggal, kemampuan mula hidup automatik penuh dan antara muka terus dengan sistem avionik kapal terbang bagi mengurangkan lagi beban kerja juruterbang. Kotak gear baharu yang berpusing lebih perlahan memacu generasi baharu bilah kipas yang direka secara khusus untuk Nextant bagi meningkatkan jarak lingkungan dan kecekapan bahan api sambil mengurangkan bunyi bising kabin.

Layak untuk "King"

Kapal terbang G90XT dijangka akan memasuki pasaran pada tahun 2014 dan akan menjadi kapal terbang turboprop pertama di dunia yang dihasilkan semula. G90XT akan menikmati faedah Dek Penerbangan Bersepadu Garmin G1000 yang dipertingkat. Direka khusus untuk G90XT, versi ini membawakan banyak ciri standard jet kepada penerbangan turboprop bagi memberi prestasi kapal terbang yang lebih baik, kos pengendalian lebih rendah dan pelbagai faedah keselamatan dan penyelenggaraan. Pelbagai konfigurasi Misi Khas juga boleh didapati, termasuk ambulans udara, muatan, latihan, pengawasan dan tempat duduk yang lebih padat. Dengan lebih 1,500 kapal terbang siri King Air C90 dihasilkan, Nextant tidak akan kekurangan kerangka udara asas untuk dipilih.

Nextant Aerospace

Nextant Aerospace diiktiraf sebagai syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan penghasilan semula kapal terbang kepada pasaran jet perniagaan. Kapal terbang 400XTi Nextant dibina semula sepenuhnya daripada Beechjet 400A/XP dengan enjin Williams FJ44-3AP dan rangkaian avionik bersepadu Rockwell Collins Pro Line 21™. Kapal terbang baharu itu juga mempunyai peningkatan aerodinamik besar dan konfigurasi pemasangan enjin yang lebih baik dengan nasel dan pilon yang direka semula. 400XTi didatangkan dengan jaminan seluruh kapal terbang penuh selama dua tahun dan sokongan selepas jualan yang disediakan oleh rangkaian global pusat servis milik mereka yang diluluskan. Ditubuhkan pada tahun 2007, Nextant berpusat di Cleveland, Ohio. Nextant ialah syarikat Directional Aviation Capital. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.nextantaerospace.com, klik Suka pada kami di Facebook, ikuti kami di Twitter @nextantaero atau ikuti kami di LinkedIn.

Perhubungan Media Nextant

Elizabeth Ricci,
Pengurus Pengalaman Pelanggan
+1-216-797-8221
elizabeth@nextantaerospace.com

Richard Thomas    
Pengarah Komunikasi
+44-7904-950-841
media@nextantaerospace.com

SUMBER  Nextant Aerospace

Source: Nextant Aerospace
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Joint ventures Licensing/marketing agreements