omniture

Tinjauan CGTN: 78.34% orang percaya China jana ekonomi dunia

CGTN
2022-08-16 08:41 334

BEIJING, 16 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 78 peratus orang dari serata dunia percaya bahawa ekonomi Cina telah menyuntik kevitalan ke dalam ekonomi global sepanjang dekad yang lalu dan telah menjadi enjin ekonomi dunia, menurut satu tinjauan bersama yang dijalankan oleh CGTN Think Tank dan Chinese Institute of Public Opinion di Renmin University of China.


Tinjauan berkenaan menemu bual responden yang berumur 38.64 tahun secara purata dari negara-negara maju seperti A.S., UK, Perancis, Jerman, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Singapura, serta negara-negara sedang membangun seperti Brazil, Argentina, Mexico, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Nigeria, Kenya dan Afrika Selatan. Lebih separuh daripada responden memiliki pendidikan tinggi, dengan 54.71 peratus berkelulusan ijazah sarjana muda atau ke atas, yang mana 15.22 peratus merupakan responden berkelulusan ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 91.46 peratus responden dari Afrika memberi pujian tinggi terhadap pencapaian ekonomi China. Eropah mengikuti rapat dengan bahagian mencecah 81.6 peratus, manakala Amerika Utara menduduki tempat ketiga dengan 78.09 peratus.

Orang ramai dari negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) memberi pujian tinggi terhadap pencapaian ekonomi China. Sementara itu, 84.02 peratus responden dari negara-negara sedang membangun yakin akan ekonomi Cina, lebih daripada mereka dari negara-negara maju.

Kerja keras membuahkan hasil 

Sebilangan besar responden mempunyai tanggapan yang positif terhadap masyarakat Cina dan 84.42 peratus responden Afrika dan 71.18 peratus responden Eropah percaya bahawa masyarakat Cina rajin dan sentiasa bermotivasi.

Keluaran dalam negara kasar per kapita China meningkat daripada $6,100 kepada lebih daripada $12,000 sepanjang 10 tahun yang lalu, yang mana 76.65 peratus responden percaya ia luar biasa. Dalam tinjauan tersebut, lebih 70 peratus responden dari lima benua percaya bahawa China menjadi semakin kaya.

China berjaya membebaskan hampir 100 juta orang di kawasan luar bandar keluar daripada belenggu kemiskinan dalam dekad yang lalu dan sebahagian besar daripada responden global percaya dua sebab utama yang membawa kepada pencapaian bersejarah tersebut ialah ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang pesat dan pemimpin-pemimpin Cina berazam dan melangkah dengan teguh menuju matlamat mereka.

Dari segi pembangunan teknologi yang pesat, responden berasa paling kagum dengan pembangunan 5G China, kecerdasan buatan dan kereta api berkelajuan tinggi. Di Afrika, 73.87 peratus responden paling kagum dengan 5G China manakala 55.28 peratus memuji kereta api berkelajuan tinggi negara ini. Di Eropah, 52.77 peratus responden kagum dengan kemajuan negara ini dalam kecerdasan buatan.

Dunia multipolar  

Tinjauan tersebut juga bertanya kepada responden tentang pendapat mereka mengenai orde dunia masa depan. Sekitar 6 peratus orang di serata dunia percaya bahawa dunia akan menjadi unipolar pada masa depan – didominasi sama ada oleh A.S. atau China – manakala 34 peratus, kumpulan terbesar, berpendapat bahawa dunia multipolar merupakan prospek yang paling berkemungkinan, menurut tinjauan berkenaan.

Konsep Cina iaitu "sebuah komuniti dengan masa depan dikongsi bersama," yang menekankan umat manusia secara keseluruhan dan mencari laluan baharu untuk mengelakkan konfrontasi, disokong oleh 61 peratus daripada mereka yang disoal selidik.

Orang ramai dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam BRI lebih bersetuju dengan pandangan dunia China.

Antara pengaruh yang dibawa oleh BRI kepada negara-negara mereka, "berkongsi hasil pembangunan" (53 peratus), "mengembangkan pasaran antarabangsa" (51 peratus), "mengukuhkan infrastruktur asas" (44 peratus) dan "menggalakkan pertukaran budaya" (43 peratus) merupakan yang paling banyak dipilih dalam tinjauan tersebut.

Hanya 8 peratus berkata mereka percaya bahawa negara-negara mereka tertakluk kepada "perangkap hutang" yang ditetapkan oleh China.

Menurut tinjauan berkenaan, majoriti bersetuju dengan pendekatan China terhadap hak asasi manusia.

Kira-kira 57 peratus daripada individu yang disoal selidik bersetuju dengan kenyataan "China sentiasa memperlakukan hak asasi manusia secara realistik dan praktikal. Hak asasi manusia tidak seharusnya dipisahkan daripada realiti dan peringkat pembangunan mana-mana negara. Hak untuk sara hidup dan pembangunan adalah yang paling asas," dan 26 peratus bersetuju sepenuhnya.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2022-08-14/CGTN-poll-78-34-of-people-believe-China-vitalized-world-economy-1cuXHRzRyq4/index.html


 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research