omniture

Siri Hyper-ion 700W HJT Risen Energy Terima pensijilan TÜV SÜD

Risen Energy Co., Ltd
2022-08-16 09:11 198

NINGBO, China, 16 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Risen Energy, pengeluar modul solar yang terkemuka di China, mengumumkan bahawa barisan heterosimpang (HJT) 700W 210mm syarikat ini – siri Hyper-ion – telah diuji dan diperakui oleh TÜV SÜD, penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, seterusnya menjadikannya syarikat pertama di serata dunia yang diberikan pensijilan TÜV SÜD untuk produk HJT berkecekapan tinggi 210mm dengan wafer yang sangat nipis.

majlis penganugerahan sijil
majlis penganugerahan sijil

"Pengenalan kepada siri Hyper-ion Risen Energy menandakan satu lagi langkah yang sangat besar dalam evolusi teknologi solar. Siri Hyper-ion menyediakan penyelesaian bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap modul PV wafer berkecekapan tinggi dan besar untuk loji janakuasa solar," kata Zhulin Zhang, Pengarah Operasi dan Ketua Pengesah Teknikal TÜV SÜD Smart Energy.

"Pensijilan modul solar 700W memberi jaminan kepada pelanggan bahawa prestasi, keselamatan, keandalan dan kos produk memenuhi cabaran dalam sektor solar, mengurangkan lagi kos sekali gus meningkatkan penjanaan kuasa."

"Kami berbangga menjadi pengeluar pertama memperoleh pensijilan yang penting ini. Ini adalah hasil daripada usaha tanpa henti selama dua tahun oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Risen Energy. Sepanjang tempoh ini, kami mengatasi banyak cabaran teknikal bagi mencapai penemuan inovasi yang kritikal untuk industri solar ini," kata Yafeng Liu, Pengarah Kanan R&D di Risen Energy.

"Pensijilan TÜV SÜD mengesahkan prestasi unggul, kestabilan, keandalan dan keselamatan siri Hyper-ion yang menampilkan wafer silikon 210mm yang amat nipis, reka bentuk 24-busbar, bingkai keluli aloi serta beberapa reka bentuk dan teknologi berpaten Risen Energy. Dengan kelebihannya yang utama dalam industri, kami percaya produk ini akan membantu sistem solar mencapai emisi CO2 ultra-rendah, mengurangkan kos keseluruhan dan meningkatkan pulangan untuk pelabur, seterusnya memberi sumbangan yang signifikan kepada bekalan kuasa jangka panjang yang andal dan berpatutan."

Dengan memperoleh pensijilan yang mematuhi IEC 61215 dan IEC 61730, siri Hyper-ion HJT 210mm Risen Energy mempelbagaikan portfolio produk syarikat yang berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi serta membolehkan syarikat memenuhi keperluan pasaran serantau dengan lebih baik untuk modul solar dengan kecekapan yang lebih tinggi.

Modul Hyper-ion mengguna pakai wafer separa 120μm dengan 4 camfer, lapisan pengedopan μc-Si dan pes kandungan Ag rendah. Dengan output kuasa mencecah sehingga 700W, kecekapan sel Hyper-ion melebihi 25.5% dan kecekapan modulnya mencapai 22.53%. Direka bentuk untuk mengurangkan kos elektrik teraras (LCOE) sebanyak 10% berbanding modul PERC, Hyper-ion telah lulus ujian 5X IEC dan keputusan penentusahan pihak ketiga menunjukkan bahawa nilai jejak karbonnya (CFP) adalah lebih rendah daripada 400kg eq CO2/kWc.

Latar Belakang Risen Energy 

Risen Energy ialah pengeluar bertaraf kredit "AAA", Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya. Inovasi tekno-komersial, diperkukuh oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, meliputi penyelesaian perniagaan PV Solar keseluruhan Risen Energy yang merupakan antara yang paling berkuasa dan menjimatkan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan serta status keupayaan menjana keuntungan (bankability) kewangan yang kukuh, kami komited untuk membina kolaborasi yang strategik, saling memberi manfaat bersama rakan kongsi kami, kerana secara bersama kami dapat memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin meningkat.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities