Ciri baharu ini merupakan sebahagian daripada Hari Jenama Super Serantau P&G di Shopee yang turut melibatkan tawaran eksklusif-kempen, keterlihatan di laman web dan pemacu trafik seperti penglibatan pihak berpengaruh dan media.
SINGAPURA, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE:PG) dan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, memulakan secara rasmi Hari Jenama Super Serantau (Regional Super Brand Day) P&G di Shopee hari ini dengan pelancaran pengalaman membeli-belah rumah maya yang dipertingkat. Pelancaran ini meneruskan kejayaan kempen Show Me My Home pertama pada tahun 2020 yang menghasilkan peningkatan[1] jualan 20x di seluruh rantau ini pada hari kemuncak kempen.
Boleh diakses melalui gedung rasmi P&G di laman sesawang dan aplikasi Shopee, pengalaman membeli-belah rumah maya akan merangkumi titik sentuh berbilang format termasuk video, gamifikasi dan kandungan setempat dalam usaha untuk menjadikan aktiviti membeli-belah rumah dalam talian mudah dan menarik untuk semua. Pelancaran tersebut merupakan satu lagi pencapaian dalam perkongsian yang lama terjalin antara P&G dan Shopee bagi menyediakan produk berkualiti kepada pengguna menggunakan e-dagang sejak pelancaran Gedung Rasmi pertamanya pada tahun 2017.
Pengalaman membeli-belah rumah maya baharu ialah kedai sehenti untuk barangan keperluan isi rumah yang dikeluarkan oleh jenama-jenama P&G seperti Olay, Downey, Gillette yang mana pengguna boleh menyemak imbas barangan yang dikategorikan mengikut bilik. Pengalaman membeli-belah yang imersif bertujuan untuk menyediakan perjalanan membeli-belah dalam talian yang interaktif dan dipertingkat kepada pengguna yang mengubah cara mereka meneroka dan menyemak imbas produk, melangkaui halaman produk tradisional.
Pengalaman membeli-belah rumah maya P&G akan menampilkan bilik-bilik maya yang berbeza untuk diterokai oleh pengguna. Berserta pemandangan 360-darjah bilik tersebut, pengguna boleh mengklik pada pelbagai produk P&G untuk mendapat pendidikan produk melalui permainan, video cara-cara, ulasan daripada Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan banyak lagi. Pengguna juga berpeluang untuk memenangi baucar menarik melalui ciri-ciri permainan yang disediakan di bilik-bilik berbeza seperti Laundry Game di mana pengguna mencari pakaian kotor yang tersembunyi di dalam rumah atau mengenal pasti faedah-faedah betul yang terikat pada setiap produk melalui Olay Game.
Ciri eksklusif-Shopee diperkenalkan secara progresif merentas enam negara di rantau Asia Tenggara. Bermula dengan Malaysia dan Vietnam pada 10 Julai, ia diperkenalkan secara progresif pada bulan Julai dan Ogos merentas Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Elemen-elemen tapak mikro akan disetempatkan untuk setiap negara dengan tujuan untuk berhubung dengan lebih baik bersama pengguna melalui imejan yang dikenali.
"Dengan pandemik COVID-19 mengakibatkan lonjakan dalam e-dagang sepanjang beberapa tahun yang lalu, kekal berada di hadapan dengan inovasi digital menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Dengan kerjasama bersama Shopee, pengalaman rumah maya yang mementingkan pengguna telah dipilih susun dengan teliti. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi dan gamifikasi, kami bermatlamat untuk menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman membeli-belah rumah maya yang sebaik mungkin dalam kebiasaan baharu. Selaras dengan kepercayaan P&G terhadap gangguan yang membina, kami yakin ini akan dapat memacu pertumbuhan dan nilai, lalu membentuk masa depan e-dagang," Shankar Viswanathan, Naib Presiden Kanan, Malaysia, Singapura & Vietnam, Procter & Gamble (P&G) dan Ketua E-Dagang, Asia Pasifik Timur Tengah & Afrika, Procter & Gamble (P&G).
Pavan Challa, Pengarah, Perkongsian Jenama Serantau di Shopee berkata, "Kami gembira dapat mempererat perkongsian kami yang lama terjalin bersama P&G untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah rumah digital. Ciri baharu ini akan membantu pengguna mengasyikkan diri mereka dalam perjalanan penyemakan imbas dan penemuan jenama-jenama serta barang-barang baharu yang benar-benar sama seperti melawat bilik pameran. Penglibatan yang lebih mendalam dengan jenama-jenama akan turut membantu memudahkan kesetiaan pelanggan yang lebih tinggi, yang saling menguntungkan untuk pengguna kami. Ketika kami terus mengembangkan kategori isi rumah dan penjagaan peribadi di Shopee Mall, kami berharap dapat bekerjasama erat dengan jenama-jenama seperti P&G untuk menginovasi pengalaman."
Untuk maklumat lanjut tentang Hari Jenama Super Shopee Serantau P&G dan akses kepada pengalaman membeli-belah rumah maya, sila rujuk pautan ini: https://shopee.com.my/pgstoremy.
Latar Belakang Procter & Gamble
P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi kira-kira di 70 negara seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini tentang P&G serta jenama-jenamanya.
Latar Belakang Shopee
Shopee ialah platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan. Shopee mempromosikan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan mengupayakan perniagaan untuk mendigitalkan dan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan mendapat faedah daripada perkhidmatan digital serta meningkatkan kehidupan masyarakat setempat.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat dan menarik yang dinikmati oleh jutaan orang setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama-jenama dan para usahawan tempatan berjaya dalam bidang e-dagang.
Shopee merupakan sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk memperbaiki kehidupan pengguna dan perniagaan kecil-kecilan dengan teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
Latar Belakang Shopee Mall
Shopee Mall ialah pusat membeli-belah dalam talian yang terkemuka di rantau ini yang menawarkan akses sehenti kepada pelbagai jenis jenama dan peruncit antarabangsa dan juga tempatan. Pembeli-belah boleh menikmati tiga jaminan yang diberikan oleh Shopee Mall -- 100% produk tulen, pulangan percuma dan penghantaran percuma. Dengan tawaran sentiasa ada, hiburan dan program kesetiaan yang mantap, Shopee Mall menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang tiada tandingan serta nilai terbaik sepanjang tahun.
[1] Berbanding purata harian 30 hari yang lalu |