omniture

Laporan GSMA Baharu Mendedahkan Peranan Unik yang Dimainkan Oleh Mudah Alih Dalam Transformasi India

GSMA
2013-10-23 15:30 179

- Perubahan Polisi yang Telus dan Berwawasan Diperlukan oleh Mudah Alih bagi Memenuhi Potensi Penuhnya untuk Pembangunan Sosio-ekonomi di India

NEW DELHI, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengeluarkan satu analisis mendalam tentang impak sosio-ekonomi industri mudah alih di India. Laporan itu, "Ekonomi Mudah Alih India 2013", yang diusahakan oleh GSMA dengan kolaborasi bersama Boston Consulting Group, mendedahkan pada tahun 2012, ekosistem mudah alih menjana kira-kira 5.3 peratus daripada KDNK India, yang menyokong terus 730,000 pekerjaan dan tambahan dua juta pekerjaan lagi apabila titik jualan dan pengedar dikira sekali. Laporan itu meramalkan lagi menjelang tahun 2020, mudah alih akan menyumbang hampir US $400 bilion pada KDNK India, mewujudkan 4.1 juta pekerjaan tambahan[1] dan melabur US $9 bilion dalam prasarana India, dengan US $34 bilion disumbangkan kepada pembiayaan awam.

India sudah pun merupakan pasaran kedua terbesar di dunia daripada segi sambungan mudah alih dan pelanggan unik[2], dengan hampir 900 juta sambungan mudah alih dan 350 juta pelanggan. Dengan peletakan harga spektrum dan pengurusan yang dipertingkat, pertumbuhan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dijangkakan berterusan, dengan permulaan penggunaan 3G dan 4G diunjurkan meningkat sebanyak 31 peratus - daripada 107 juta sambungan 3G dan 4G pada tahun 2013 menjadi 409 juta sambungan menjelang tahun 2017. Namun begitu, industri mudah alih India masih ketinggalan di belakang kebanyakan ekonomi besar daripada segi kematangan dan penembusan mudah alih.

"Industri mudah alih India bergerak laju dan inovatif, tetapi buat masa kini ia kekurangan persekitaran kawal selia untuk menyokong cita-citanya," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Ketiadaan polisi jangka panjang yang boleh diramalkan dalam hal seperti peruntukan frekuensi radio bertindak sebagai penghalang untuk pelaburan. Sasaran kerajaan India untuk liputan kawasan luar bandar yang lebih meluas akan disokong oleh polisi spektrum yang lebih fleksibel, terutamanya pelepasan lebih banyak frekuensi dalam jalur di bawah 1GHz dan pembangunan proses peruntukan yang tidak hanya menumpukan perhatian terhadap memaksimumkan bayaran spektrum jangka pendek."

Penghalang Perubahan dan Pertanyaan Polisi Penting
Persekitaran kawal selia India tidak membenarkan sektor mudah alih memenuhi potensi dengan sepenuhnya. Pelaburan prasarana rangkaian di India dikekang oleh polisi kerajaan yang mengurangkan kapasiti pelaburan daripada sektor itu, contohnya, dengan mengenakan bayaran perkhidmatan sejagat yang tinggi.

Laporan itu menyeru kerajaan agar bekerjasama dengan industri mudah alih bagi mereka polisi dan peraturan yang memaksimumkan pelaburan jangka panjang sektor swasta. Bagi membuat pelaburan, industri ini perlu penjelasan tentang hala tuju persekitaran ekonomi dan kawal selia keseluruhan yang akan dijalankan bagi menyokong jalan ini. Laporan itu mengenal pasti tiga bidang polisi kawal selia yang memerlukan perhatian yang lebih:

1. Pengurusan Spektrum
Mengikut garis panduan antarabangsa, kerajaan digalakkan memperuntukkan dan melepaskan spektrum yang lebih harmoni dalam blok yang lebih besar, yang akan mengelakkan penyerpihan pasaran yang tidak perlu. Namun begitu, buat masa kini, kira-kira 60 peratus daripada spektrum yang berkaitan belum lagi diperuntukkan dan blok besar yang dikenal pasti khusus untuk mudah alih sedang digunakan oleh sektor lain.

Bagi meningkatkan kecekapan penggunaan spektrum, kerajaan digesa untuk melapangkan jalan bagi perkongsian dan perdagangan sumber spektrum yang dipacu pasaran. Kerajaan juga digalakkan untuk mengamalkan harga simpanan spektrum yang lebih rendah. Usul TRAI baru-baru ini ialah langkah dalam arah yang betul.

2. Levi Dana Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USOF)
India mempunyai salah satu daripada levi perkhidmatan sejagat tertinggi di dunia – lima peratus daripada hasil pengendalian – yang sangat memerlukan penilaian penuh. Laporan itu menyatakan yang kerajaan patut memberi perhatian terhadap penyemaian perkongsian swasta-am untuk pelaksanaan projek dan mencari sumber pembiayaan alternatif, dan bukannya mengekang pembangunan industri dengan mekanisme kewangan yang tidak berkesan, seperti levi USOF.

3. Keperluan Pemancaran Frekuensi Radio yang Seimbang dan Berasaskan Bukti
Peraturan baru-baru ini yang diikuti oleh kerajaan India jauh melangkaui standard global, meningkatkan kos rangkaian dan boleh mengurangkan kualiti perkhidmatan. Sebaliknya, apa yang patut dipatuhi ialah amalan terbaik untuk had frekuensi radio, berdasarkan Suruhanjaya Antarabangsa untuk Perlindungan Radiasi bukan Mengion (ICNIRP) dan diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Membolehkan Kuasa Mudah Alih
Penembusan teknologi mudah alih yang meningkat di India akan membawakan banyak faedah sosio-ekonomi. Dalam pertanian, penyelesaian mudah alih memperbaiki hasil tuaian dan menyokong petani dengan hubungan dipertingkat dengan pasaran. Akses lebih baik kepada penjagaan kesihatan dan kadar kematian yang dikurangkan juga dibantu oleh penyelesaian mudah alih, sementara teknologi mudah alih membawa perkhidmatan kewangan kepada komuniti luar bandar dan terpinggir. Dengan menggunakan kuasa mudah alih, "pendidikan untuk semua" ialah matlamat yang kini semakin mampu dicapai. Kerajaan mempunyai peranan penting yang perlu dimainkan dalam semua bidang ini dengan menghapuskan semua halangan untuk penyepaduan penyelesaian mudah alih dalam dunia yang semakin terhubung.

"India semakin menghampiri transformasi dramatik, daripada segi ekonomi dan sosial, melalui mudah alih," sambung Bouverot lagi. "Industri mudah alih sudah sedia bekerjasama rapat dengan kerajaan, serta sektor perindustrian berkait rapat lain, bagi memecutkan pertumbuhan melalui mudah alih, meningkatkan inovasi teknologi di India dan memperbaiki kehidupan semua rakyatnya." 

Laporan penuh boleh dilihat di sini: http://www.gsma.com/mobileeconomyindia

Nota kepada Editor
[1]Angka ini mewakili kombinasi penggunaan terus oleh pengendali mudah alih, pekerjaan merentasi ekosistem mudah alih dan kesan berganda yang disebabkan oleh impak perniagaan positif ekosistem mudah alih ke atas industri yang lebih luas, lantas mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan.

[2]Sambungan mudah alih merujuk kepada jumlah kad SIM unik (atau nombor telefon, jika kad SIM tidak digunakan) yang telah didaftarkan pada rangkaian mudah alih. Pelanggan unik merujuk kepada pengguna mudah alih individu.

Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research