omniture

Menuju ke arah karbon Sifar Bersih, SWAP Energi Indonesia bekerjasama dengan bp AKR Fuels Retail untuk mempercepatkan pembentukan ekosistem kenderaan elektrik Indonesia

PT SWAP Energi Indonesia
2022-08-17 13:19 198

JAKARTA, Indonesia, 17 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Kerjasama di antara PT. SWAP Energi Indonesia dan bp AKR Fuels Retail berazam untuk menyediakan stesen pertukaran bateri (SWAPPoin) bagi kenderaan elektrik 2 roda merentas stesen perkhidmatan bp. Bermula dengan bp Metland Cybercity Greenlake.  Para pengguna motosikal elektrik kini dapat menikmati kemudahan proses pertukaran bateri.. Kerjasama ini bertujuan untuk menjadi penyelesaian kepada penunggang motosikal elektrik selain untuk menyokong pertumbuhan ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.

PT. SWAP Energi Indonesia and bp AKR Fuels Retail has committed to provide battery swapping stations (SWAPPoin) for 2 wheels’ electric vehicle across bp service stations.
PT. SWAP Energi Indonesia and bp AKR Fuels Retail has committed to provide battery swapping stations (SWAPPoin) for 2 wheels’ electric vehicle across bp service stations.

Dengan bersinergi bersama bp AKR Fuels Retail, SWAP Energi Indonesia menyediakan penyelesaian optimum untuk penunggang motosikal elektrikal. bp AKR Fuels Retail berpandangan sama bahawa kerjasama ini akan mendorong pertumbuhan Infrastruktur Kendaraan Bermotor Listrik Berbasis Baterai (KBLBB) kenderaan dua roda di Indonesia.

Dengan penyediaanpembaharuan dalam bidang pengangkutan, keperluan orang awam terhadap pergerakan kini dapat dipenuhi melalui motosikal elektrik. Kerjasama antara SWAP Energi Indonesia dan bp AKR Fuels Retail ini menunjukkan iltizam mereka terhadap kehidupan sosial komuniti dan alam persekitaran di Indonesia.

Irwan Tjahaja, pengasas PT SWAP Energi Indonesia, menyatakan bahawa kehadiran Swap Points dalam bp AKR akan menjadi pusat akses yang penting untuk pengguna motosikal elektrik kerana mereka akan dapat menukar bateri mereka dalam jangka masa 9 saat.  Ini merupakan penyelesaian terhadap kerisauan bahawa simpanan tenaga tidak mencukupi untuk perjalanan sehingga ke tempat tujuan.

"Kami amat mengalu-alukan Kerjasama di antara kami dan SWAP Energi Indonesia sebagai usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon selain dari mencipta persekitaran yang mesra alam kepada orang awam. Melalui keazaman ini, bp sebagai salah sebuah syarikat tenaga bersepadu yang terbesar di Indonesia akan melaksanakan sistem pertukaran bateri (melalui SWAP Points) di stesen perkhidmatan bp demi masa depan yang lebih cerah buat penduduk Indonesia dan mencapai cita-cita kami secara berkumpulan menuju ke arah karbon sifar bersih," kata Peter Molloy, Presiden Pengarah bp AKR Fuels Retail.

Pada ketika ini, SWAP Energi Indonesia ada jalinan kerjasama yang erat dengan SMOOT Motor Indonesia untuk mempersembahkan motosikal Elektrik "Pintar" yang bersepadu sepenuhnya dengan sistem dan aplikasi Bateri SWAP yang mempunyai ciri-ciri seperti mengesan stesen pertukaran bateri.

Tarikannya adalah, pengguna SMOOT Electrical Motorcycle boleh menukar bateri di stesen-stesen SWAP secara percuma sepenuhnya dan mereka tidak perlu bimbang tentang bateri kerana ia mempunyai jaminan sepanjang hayat.

Source: PT SWAP Energi Indonesia
Keywords: Auto Computer/Electronics Retail Transportation New products/services