omniture

Persidangan Pembangun Permainan Tencent Kembali pada 16 Ogos

Tencent
2022-08-17 13:53 206

LOS ANGELES, 17 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Tencent Institute of Games mengumumkan Persidangan Pembangun Permainan Tencent (TGDC) 2022 akan bermula pada 16 Ogos. Acara selama dua hari itu mempunyai lima sesi termasuk Produk, Teknologi, Seni, Permainan Indie dan Advokasi yang mana pembangun daripada syarikat-syarikat permainan yang terkemuka di dunia, para ilmuwan serta ahli-ahli komuniti akan berkongsi pandangan mereka tentang pembangunan industri permainan.

Kini memasuki tahun keenamnya, TGDC diwujudkan untuk merangsang daya kreativiti, imaginasi, pandangan, teknologi, pengaruh dan perpaduan dalam sektor permainan. Itulah inspirasi di sebalik tema tahun ini iaitu "Inspire Six Senses".

Strim langsung acara tersebut di Saluran YouTube rasmi Tencent akan menawarkan agenda penuh. Sorotan acara tahun ini termasuk:

Sesi Produk 

  • 10 Years of Clash: Building a Sustainable Game Business Through Data-informed Decisions - Hotloo Xiranood, Saintis Data Permainan daripada Supercell
  • A Playful Production Process - Richard Lemarchand, Profesor Madya USC Games
  • Design Sensibilities for a Collaborative Culture - Jamie Smith, Pereka Permainan Utama Sumo Digital
  • Interactive Narrative: Playing with Words - Raúl Rubio Munárriz, Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Komersial Tequila Works

Sesi Teknologi 

  • Ray Tracing Implementation in Mobile Gaming - Alekos Caporali, Artis Teknikal Grafik Imagination Technologies
  • Computational Imaging for 3D Reconstruction - Yu Ji, Saintis Pixel Lab, Tencent Interactive Entertainment Group
  • Low-Poly Mesh Generation for Building Models - Xifeng Gao dan Kui Wu, Penyelidik Utama & Kanan LightSpeed Studios, Tencent Interactive Entertainment Group
  • Dynamic Weather Rendering in Arena Breakout - Ka Ming Chan, Jurutera Utama Engine Center, Morefun Studios, Tencent Interactive Entertainment Group
  • UE5 Deferred Technology Pipeline for Mobile Games - Wei Liu, Jurutera Perisian, Perhubungan Pembangun, Epic Games China

Sesi Permainan Indie 

  • 13 Years Later: A retrospective of Edmund McMillen's game design manifesto - Edmund McMillen, Pereka Permainan Video dan Artis
  • Behind the Scenes of Sniper Elite - Jordan Woodward dan Ben Fisher, Ketua Reka Bentuk & Pembantu Reka Bentuk Utama Rebellion
  • How Can Chinese Indie Game Developers Succeed in The Overseas Market? - Zifei Wu, Pengasas Pathea Games, Hazel Yang, Ketua Pemasaran, Rantau China, Devolver Digital, Kan Gao, Pengasas Freebird Games dan Jarvis Crofts, Naib Presiden Komersial dan Pandangan Strategik Curve Games 

Sesi Seni 

  • The Soundscapes of Yara: Audio Innovation and Representation in 'Far Cry 6' - Eduardo Vaisman, Pengarah Audio di Ubisoft (Far Cry 6)
  • Art Direction Through Time: Project Identity and Continuity - Nicolas Sparth Bouvier, Pengarah Kanan Seni G1 Studio, TiMi Studio Group, Tencent Interactive Entertainment Group
  • Bring the World to Your Shaders - Matt Oztalay, Artis Teknikal Perhubungan Pembangun Epic Games

Sesi Advokasi 

  • Finding Your Way in the Metaverse - Pan Hui, Profesor Gabungan, Pengarah Pusat Metaverse dan Kreativiti Pengkomputeran HKUST
  • Lessons Learned While Playing for the Planet - Pasukan Playing for the Planet daripada United Nations Environment Programme (UNEP), Trista Patterson, Pengarah Kemampanan Global Microsoft Xbox, Hunter Bulkeley, Pengurus Kanan Produk Tilting Point, Xinyang Wen, Penerbit Revival in the Wasteland

Untuk masa penstriman khusus bagi setiap sesi dan topik, sila semak laman sesawang rasmi TGDC 2022.

Penerokaan TGDC terhadap industri permainan tidak pernah berhenti. TGDC 2022 akan terus menyediakan pengalaman pembangunan permainan yang terkini untuk pengamal permainan global, peminat permainan serta orang ramai daripada semua lapisan masyarakat melalui barisan penceramah yang lebih luas dan perbincangan yang lebih inovatif serta mendalam, dengan tumpuan ke arah trend pembangunan masa depan industri permainan dan dunia akademik. Tencent Institute of Games berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak untuk menggalakkan pembangunan industri permainan yang baik dan meneroka lebih banyak kemungkinan dalam industri permainan.

Source: Tencent
Keywords: Computer/Electronics