omniture

Xinhua Silk Road: Petani buah pic di Mengyin, Timur China jalani kehidupan amat memuaskan

Xinhua Silk Road
2022-08-18 02:24 350

BEIJING, 18 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Dengan industri buah pic yang semakin berkembang pesat, petani tempatan di Daerah Menyin, Wilayah Shandong, timur China dapat menikmati baik aroma buah pic yang manis mahupun pendapatan lumayan semasa musim panas.

Foto menunjukkan dua orang petani memetik buah pic Mengyin di Daerah Mengyin, wilayah Shandong. [Foto disediakan untuk Xinhua Silk Road]
Foto menunjukkan dua orang petani memetik buah pic Mengyin di Daerah Mengyin, wilayah Shandong. [Foto disediakan untuk Xinhua Silk Road]

Mempunyai keadaan geografi yang menggalakkan, Mengyin berdedikasi untuk industri buah pic sejak tahun 1980-an. Empat puluh tahun kemudian, ia menjadi daerah terbesar di negara ini dari segi kawasan penanaman buah pic dan hasil pengeluaran buah pic.

Industri buah pic Mengyin mengikuti laluan pembangunan yang berkualiti tinggi. Ia membangunkan tapak pic premium berkeluasan 500,000 mu (kira-kira 33,333 hektar) dengan mewujudkan platform penyelidikan saintifik berkaitan buah pic, melatih petani profesional dan menerapkan pendekatan yang saintifik.

Bagi menampung permintaan pasaran yang dinamik, Mengyin tekal melaraskan dan mengoptimumkan struktur penanaman buah picnya. Saban tahun, 2 hingga 4 varieti baharu akan dipromosikan di seluruh daerah berkenaan. Bermula dari awal musim bunga hingga awal musim sejuk, 200 varieti buah pic Mengyin dijual dalam pasaran.

Hasil daripada perkongsian bersama platform e-dagang Taobao, buah pic berkualiti Mengyin menjadi tular di China dan pasaran luar negara, seperti Singapura, Bangladesh, Indonesia, Malaysia, India, Rusia dan Jepun, dengan tawaran e-dagang harian mencecah lebih 80,000.

Populariti buah pic madu yang semakin meningkat memacu pembangunan yang pesat terhadap pengangkutan, logistik, penyimpanan, pemprosesan mendalam dan pelancongan luar bandar di daerah tersebut, yang mana lebih 100,000 penduduk tempatan mengadu untung.

Selain usaha untuk merangsang industri buah pic, daerah berkenaan turut menggalakkan pelancongan luar bandar. Lawatan daerah pic menyaksikan lebih daripada 2 juta pelancong setiap tahun dan menjana nilai industri mencecah lebih 1 bilion yuan (kira-kira 147.23 juta dolar A.S.).

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329537.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages Publishing/Information Service Travel