omniture

Silver Lake Kraftwerk dan Eka Umumkan Pelaburan Strategik

Pelaburan mampu menampung pertumbuhan dan perkembangan pasaran bagi syarikat perisian komoditi yang meneraju
Eka Software Solutions and Silver Lake Kraftwerk
2013-10-24 01:13 115

LONDON, BANGALORE, India, dan NORWALK, Connecticut, 24 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Eka Software Solutions, syarikat penyedia global yang pesat berkembang bagi perisian pengurusan komoditi berterusan, hari ini mengumumkan Silver Lake Kraftwerk, bersama-sama dengan pelabur sedia ada Nexus Venture Partners, telah membuat pelaburan strategik dalam Eka. Silver Lake Kraftwerk menyediakan modal pertumbuhan kepada pencetus inovasi perniagaan dalam sektor tenaga dan sumber dan juga merupakan salah satu strategi pelaburan Silver Lake, pelabur yang meneraju di dunia dalam industri teknologi global. Silver Lake Kraftwerk menerajui pusingan pelaburan dan akan memegang kepentingan minoriti dalam syarikat tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 2004, Eka ialah penyedia antarabangsa yang meneraju bagi perisian pengurusan risiko dan perdagangan komoditi. Produk teras syarikat itu ialah platform pengurusan komoditi berterusan yang meliputi pengurusan kedudukan dan perdagangan, rantaian bekalan fizikal, pematuhan dan pengurusan risiko syarikat serta analisis. Eka turut terlibat dalam sektor pertanian, tenaga dan logam serta perlombongan bersama pelanggan yang terdiri daripada banyak pengeluar, pelombong, peniaga, dan pemasar komoditi yang besar.

Pelaburan ini akan menyokong strategi pertumbuhan Eka dan membolehkan syarikat tersebut menjana dan memperoleh keupayaan fungsi baharu pada kadar yang lebih cepat. Tumpuan penyelidikan dan pembangunan syarikat itu ialah membangunkan tawaran dan produk inovatif bagi pasaran fizikal dan kewangan serta memajukan kedudukan syarikat sebagai platform pilihan bagi peserta pasaran komoditi.

"Ini ialah satu pelaburan strategik dalam pasaran komoditi global dengan teknologi sedang memainkan peranan yang semakin kritikal," kata Bryce Lee, Pengarah Urusan Silver Lake Kraftwerk. "Kerumitan rantaian bekalan yang yang lebih hebat, ketaktentuan dan pendedahan komoditi yang meningkat, serta kawalan kawal selia dan pematuhan yang semakin meningkat memacu permintaan bagi penyelesaian dan sokongan pengurusan komoditi. Eka memainkan peranan peneraju dalam pasaran perisian pengurusan komoditi dan mempunyai kedudukan yang baik untuk pertumbuhan dengan platform teknologi yang dibeza-bezakan dan reputasi yang baik bagi kerjasama bersama pelanggan. Kami menanti-nantikan untuk bekerja dengan pasukan Eka dan membantu mereka meneroka peluang baharu dan membangunkan penyelesaian dan produk inovatif bagi pelanggan."

Pelaburan dalam Eka menandakan pelaburan pertama di India dan pelaburan luar dari Amerika Syarikat yang kedua bagi Silver Lake Kraftwerk.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Eka, Manav Garg berkata, "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Silver Lake. Eka telah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan yang dikompaun (CAGR) sebanyak 35% dalam tempoh lima tahun yang lalu. Kerjasama tersebut akan mempercepat pertumbuhan kami dan membantu kami mencapai wawasan strategik jangka panjang kami. Kami sedang mencari kaedah bagi memperluas pasaran antarabangsa kami, membawa tawaran produk baharu pada kadar yang lebih cepat, dan memperoleh lebih banyak syarikat. Terdapat pasaran global yang semakin berkembang bagi perisian pengurusan komoditi, dan Eka berada pada kedudukan yang sangat baik untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang unik ini. Perniagaan global kami dibina berasaskan tiga lapisan asas inovasi, kepakaran dan perkhidmatan, dan kini kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan Silver Lake bagi mengembangkan lagi dan membina platform kami."

Hubungan editorial

Eka
John Norris
Moonlight Media
Tel: +44(0)20-7250-4770
E-mel: john@moonlightmedia.co.uk 

Silver Lake
Emily Levin
Brunswick Group
Tel: +1-212-333-3810
E-mel: silverlake@brunswickgroup.com

SUMBER  Eka Software Solutions dan Silver Lake Kraftwerk

Source: Eka Software Solutions and Silver Lake Kraftwerk
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Financing agreements