omniture

J&T Express Lancar Kempen "Together, 4ever" sebagai Sambutan Ulang Tahun Keempatnya di Malaysia

J&T Express
2022-08-19 02:15 76

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan logistik global J&T Express melancarkan kempen "Together, 4ever" pada hari ini sebagai sambutan tahun keempat syarikat ini menyampaikan perkhidmatan bertumpukan pelanggan yang cemerlang di Malaysia.

J&T Express menyambut ulang tahun keempatnya di Malaysia
J&T Express menyambut ulang tahun keempatnya di Malaysia

Tema "Together, 4ever" merangkumkan kepercayaan berakar umbi J&T Express dalam mengintegrasikan kepentingan melibatkan pihak berkepentingan, rakan niaga, pekerja dan pengguna akhir untuk memupuk sinergi yang lebih besar dan membangunkan hubungan yang saling menguntungkan. Kempen ini akan berjalan mulai 15 Ogos hingga 15 Oktober 2022 dan akan tersebar merentas lima kategori acara, setiap satu direka khas untuk menyatakan rasa terima kasih kami kepada rakan niaga dan pengguna yang menyokong. Butiran tentang kempen tersebut boleh ditemui di sini.

Charles Hou, Naib Presiden Kumpulan J&T Express, berkata, "Malaysia merupakan salah satu pasaran pertama kami dan saya sangat berbangga dengan apa yang telah kami capai dalam tempoh empat tahun yang lalu. Kami berkembang daripada penyedia perkhidmatan serantau kepada jaringan yang meliputi 13 negara di seluruh dunia dan komitmen kami kepada pelanggan tempatan tidak pernah berubah. Melangkah ke hadapan, J&T, bersama-sama rakan-rakan kongsi tempatan, akan berdedikasi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih setempat dan cekap kepada pelanggan Malaysia dan global kami."

Sejak pelancarannya di Malaysia pada Ogos 2018, J&T Express terus berusaha untuk menyesuaikan tawarannya bagi menampung keperluan pasaran tempatan. Bermula daripada penyediaan perkhidmatan penghantaran standard, sejak itu syarikat ini berkembang kepada perkhidmatan yang lebih luas seperti J&T VIP, J&T International Shipping, J&T Next Day Delivery, J&T Express Document dan J&T Fresh Delivery.

"Ketika kami mengimbau kembali empat tahun yang lalu, saya berasa gembira melihat sejauh mana kami telah melangkah. Dalam masa yang sama, saya tetap berharap dan yakin dengan pertumbuhan logistik dan e-dagang Malaysia. Di J&T Express, kami berharap dapat menyumbang sebagai salah satu pengusaha Malaysia yang paling penting," kata Yuan Kai Jin, Pengarah Jualan dan Pemasaran J&T Express Malaysia.

Selain daripada kempen tersebut, J&T Express akan turut menaik taraf 30 outlet seluruh negaranya kepada Titik Kurier Premium. Pelanggan boleh mengharapkan untuk menikmati pengalaman perkhidmatan dipertingkat yang bermula dengan suasana yang lebih mesra dan selesa di depot kurier ini. Ciri-ciri baharu melibatkan papan iklan LED interaktif, barangan dan stesen pembungkusan khusus.

Latar Belakang J&T Express 

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Laman sesawang rasmi Kumpulan: https://www.jtexpress.com/

 

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Transportation