HONG KONG, 19 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Hantec Group memperkenalkan kempen penjenamaan semula global dan strategi pertumbuhan yang diperbaharui untuk melaksanakan fasa pembangunan dinamik Kumpulan ini yang seterusnya. Kumpulan ini turut mengumumkan bahawa sebuah syarikat cawangan baharu akan ditubuhkan di Santiago, Chile di Amerika Selatan pada 1 Oktober 2022, melambangkan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan global Kumpulan ini. Pelaksanaan penjenamaan semula ini melibatkan identiti korporat baharu yang akan diterima pakai merentas kewangan Hantec, selain perniagaan perundingan IT, budaya & seni serta gaya hidup dalam 19 pasaran seluruh dunia.
"Sejajar dengan pembangunan dan penetapan minda global Hantec Group, kami telah mereka bentuk semula logo korporat kami yang telah kami gunakan selama 32 tahun. Identiti baharu ini mengekalkan warna Merah yang istimewa sebagai warna dominan," kata Freddy Lau Hoi-kit, ketua pegawai eksekutif Hantec Group. "Warna merah melambangkan sifat berani, memberi impak namun mesra dan sentiasa menjadi bahagian penting dalam personaliti Hantec. Elemen-elemen visual sudut dan bucu bulat baharu memberikan wajah baharu yang dinamik dan yakin kepada jenama kami."
Kombinasi antara reka bentuk yang berani dengan DNA legasinya menonjolkan pengemaskinian identiti Hantec agar sesuai dengan khalayak baharu di seluruh dunia. Meskipun sudut dinamik 67.5° melambangkan pandangan jauh dan dorongan Hantec untuk mara ke hadapan dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah, ia turut menandakan komitmen untuk 'melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul'. Memandangkan Hantec mencabar status quo demi mencipta peluang, ia mempertimbangkan dengan teliti semua faktor yang mempengaruhi dan memanfaatkan ilmu pengetahuannya untuk membuat keputusan perniagaan yang bermaklumat.
Kumpulan ini ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 1990 sebagai sebuah syarikat kewangan dan sejak itu berkembang dengan kehadiran global yang kini beroperasi di 19 bandar. "Selain daripada pembangunan kami di Amerika Selatan, fasa pertumbuhan kami yang seterusnya akan turut memfokuskan kepada pasaran Asia Tenggara, dengan rancangan pembangunan perniagaan di Vietnam, Malaysia, Thailand dan Filipina di bawah jenama Hantec Financial. Berikutan pelancaran kempen penjenamaan semula ini, beberapa inisiatif penajaan dan pemasaran akan diperkenalkan di Hong Kong dan seluruh dunia," tambah En. Lau.
Kumpulan ini berharap dapat terus mara ke hadapan menerusi perjalanan pertumbuhan rentas-sektornya yang dinamik menuju fasa pembangunan yang seterusnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Hantec Group Freddy Lau Hoi-kit memperkenalkan kempen penjenamaan semula global syarikat ini di Hong Kong pada 19 Ogos 2022.
http://www.t6pr.com/HT_Rebranding_FreddyLau_220819.jpg
Latar Belakang Hantec Group: https://www.hantecgroup.com/en/subsidiary/hantecgroup
Hubungan media: csd@hantec.com / hantec@t6pr.com