omniture

RS Components dan Allied Electronics Mencabar Semua Jurutera Menguji Pantas Keringkasan Alat Rekaan 3D Intuitif Percuma Mereka

RS Components
2013-10-24 11:00 113

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Cabaran pelanggan DesignSpark Mechanical dilancarkan bagi membuktikan bagaimana jurutera boleh menjimatkan banyak masa dan wang dengan menggunakan perisian rekaan 3D baharu itu

RS Components (RS) dan Allied Electronics (Allied), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang meneraju di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, sedang mendorong jurutera dunia menyertai pertarungan kreatif dengan jemputan melagakan kemahiran rekaan mereka sesama sendiri menggunakan DesignSpark Mechanical, perisian rekaan 3D intuitif baharu percuma syarikat itu, yang dibangunkan bersama SpaceClaim.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Cabaran itu disasarkan untuk jurutera daripada semua latar belakang dan disiplin bagi mencipta rekaan inovatif asli yang mengambil kira prinsip kemudahalihan, ketercapaian atau kehidupan hijau sebagai ciri-ciri penting produk akhirnya. Matlamat cabaran itu adalah untuk menggesa semua jurutera menguji penggunaan DesignSpark Mechanical, dan untuk menyertai lebih 50,000 pelawat ke DesignSpark.com yang telah memuat turun alat itu dan telah mengalami sendiri keringkasan perisian itu. Jurutera yang telah mereka rekaan yang paling digemari, seperti yang diundi oleh komuniti kejuruteraan DesignSpark, akan menerima hadiah utama berupa wang sebanyak GBP5,000 dan pencetak 3D Ormerod yang pertama yang dicipta oleh RepRapPro. Dua pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah berupa wang sebanyak GBP2,500 setiap seorang.

Bagi mengambil bahagian dalam cabaran ini, peserta hanya perlu memuat turun perisian DesignSpark Mechanical secara percuma daripada www.designspark.com/mechanical, cipta hasil karya 3D bagi rekaan mereka, dan hantar idea akhir mereka dengan memuat naik rekaan itu ke DesignShare, ruang projek kolaboratif di DesignSpark.com, ruang setiap idea akan diposkan dan undian akan dibuat. Semua penyertaan mesti diterima menjelang 17:00 GMT pada 22 November 2013.

Bulan lepas, pengikut di DesignSpark.com dan saluran media sosial telah menyaksikan beberapa jurutera dan pereka cipta yang meneraju di dunia mencetuskan kreativiti di Muzium Sains dan Industri Manchester di UK, tempat mereka telah ditugaskan bagi mereka ciptaan yang mampu mengubah dunia dalam masa 48 jam sahaja menggunakan DesignSpark Mechanical. Pada akhir cabaran itu, setiap daripada empat pasukan itu mempamerkan prototaip bercetak 3D bagi rekaan mereka, lantas membuktikan alat rekaan 3D yang mudah digunakan ini mampu mencapai hasil yang sangat pantas, memendekkan jangka kitaran rekaan purata sebanyak berhari-hari atau berminggu-minggu.

Bagi butiran tentang bagaimana untuk menyertai cabaran pelanggan DesignSpark Mechanical, sila layari http://designshare.designspark.com/eng/partners/view/designspark-design-challenge

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia untuk pengedaran perkhidmatan tinggi bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang meneraju, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Perhubungan Awam Edelman (China)
Winnie Wen
Pengurus Perhubungan Awam
E-mel: winnie.wen@edelman.com
Telefon: +86-10-5828-6580

Source: RS Components
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services