omniture

Air jernih, langit biru, gunung menghijau: usaha Guizhou dalam perlindungan alam sekitar buahkan hasil

Huanqiu.com
2022-08-22 07:34 152

GUIYANG, China, 22 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Huanqiu.com: 

Menurut Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Guizhou, pada tahun 2021, kualiti air permukaan keseluruhan Guizhou adalah "sangat baik" dan 97.7% daripada bahagian pemantauan sungai utama menunjukkan kualiti yang baik. Namun begitu, pencapaian semasa memerlukan usaha bersepadu daripada Kerajaan Wilayah Guizhou.

Usaha Guizhou yang dilakukan dalam aspek perlindungan ekologi dan tadbir urus telah meninggalkan tanggapan yang hebat ke atas warga asing. Rafael Dezcallar, duta Sepanyol ke China berkata bahawa Guizhou mencadangkan penyelesaian yang inovatif terhadap tadbir urus alam sekitar dan pembangunan hijau serta telah mencapai hasil yang luar biasa.

Di Kaiyang, Guizhou, Barat Daya China, syarikat-syarikat perlombongan batu fosforus dan perusahaan-perusahaan pembuatan kini telahpun lenyap. "Persekitaran ekologi tempatan telah bertambah baik sebahagian besarnya. Kini, tiada lagi bau fosforus manakala habuk dan bunyi juga berkurangan." Gou Qianshuang, seorang penduduk Kaiyang telah menyaksikan perubahan yang luar biasa di kampung halamannya, terutamanya Sungai Yangshui.

Sungai Yangshui ialah anak sungai peringkat kedua Sungai Wu. Pada akhir abad yang lalu, syarikat-syarikat berhampiran membuang air sisa ke dalam sungai yang membawa kepada paras fosforus yang tinggi secara mendadak dan sungai yang tercemar.

Bagi meningkatkan kualiti air Sungai Yangshui, Guizhou melaksanakan Sistem Ketua Sungai (River Chief System, RCS) dengan ketat, mencadangkan peraturan baharu dan mengoptimumkan sistem rawatan kumbahan.

Selepas rawatan pencemaran yang berkesan, paras fosforus keseluruhan di sungai Yangshui turun daripada kira-kira 8.0mg/L kepada 0.2 mg/L dan kualiti air mencecah Gred Ⅲ. Sungai Yangshui yang semakin bersih menunjukkan sikap positif Guizhou terhadap tamadun ekologi.

Selain daripada pemuliharaan air, Guizhou menggalakkan inovasi terhadap perlindungan tumbuhan. Di Anshun, Guizhou, jabatan yang berkenaan menggunakan data raya untuk merekod maklumat tentang pokok purba dan membuat kod QR secara sewajarnya.

"Selagi mana orang mengimbas kod QR, kita boleh melihat maklumat asas tentang pokok-pokok purba ini, seperti lokasi geografi, status pertumbuhan dan gambar berdefinisi tinggi. Dengan cara ini, kita dapat memahami dengan lebih baik dan melindungi tumbuh-tumbuhan," kata Fang Ming, seorang penduduk tempatan. Ketika ini, lebih 1,300 batang pokok purba mempunyai ID Elektronik, yang mengupayakan perlindungan tumbuhan yang cekap.

Tambahan pula, dari segi pemeliharan alam sekitar, Guizhou turut memberi perhatian kepada rutin harian penduduk. Melangkah ke jalan makanan di Daerah Zhongshan, Liupanshui, pelanggan boleh mendapati bahawa setiap restoran telah memasang penghapus kabus minyak baharu.

Setakat ini, Daerah Zhongshan telah mewujudkan sistem pemantauan kualiti udara yang dilitupi sepenuhnya. Sekiranya tahap pencemaran udara melebihi had selamat, penggera akan berbunyi secara automatik. Jabatan-jabatan yang berkaitan kemudiannya akan memaklumkan kepada perusahaan-perusahaan tepat pada masanya dan mengambil langkah-langkah kawalan habuk.

Dapat dilihat bahawa keutamaan ekologi menjadi peneraju dalam usaha pembangunan mampan Guizhou. Bahkan, semasa tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-13 China, Presiden Xi Jinping memberi perhatian yang tinggi kepada pembinaan tamadun ekologi Guizhou dan mengeluarkan beberapa arahan penting. Konsep "perairan yang jernih dan gunung-ganang menghijau adalah sebaik gunung emas dan perak" telah membentuk semula proses pembangunan Guizhou.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Guizhou memberi nilai yang sama rata kepada kemajuan ekonomi dan perlindungan terhadap alam sekitar. Menurut Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Guizhou, kualiti persekitaran ekologi umumnya bagus dan stabil pada tahun 2021.

Selain daripada kualiti air, Guizhou turut menyaksikan kualiti udara yang ideal dan purata jumlah hari dengan AQI (indeks kualiti udara) di 9 bandar pusat ialah 98.4%.

Lebih penting lagi, kadar pertumbuhan liputan hutan dan jumlah tanah ladang Guizhou yang dihutankan semula menduduki tempat pertama di China. Sejak 10 tahun yang lalu, Guizhou menyelesaikan penghutanan berkeluasan 50.97 juta mu (3.4 juta hektar), dengan peningkatan kadar liputan hutan daripada 47 peratus kepada 62.12 peratus.

Menurut Jabatan Perhutanan Wilayah Guizhou, Guizhou telah mewujudkan 314 rizab alam semula jadi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan kekayaan biodiversiti tersenarai antara yang tertinggi di negara ini. Jumlah nilai keluaran perhutanan meningkat daripada 40.1 bilion yuan kepada 371.9 bilion yuan, dengan peningkatan lebih 9 kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun.

"Persekitaran ekologi yang baik merupakan kelebihan kompetitif terbesar Guizhou. Justeru itu, kita harus terus memelihara alam sekitar," kata Shen Yiqin, setiausaha Jawatankuasa Wilayah Guizhou CPC dan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Guizhou.

 

Source: Huanqiu.com
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service