omniture

Jacob's Menggalakkan Rakyat Malaysia untuk Mengambil Langkah Pertama Ke Arah Gaya Hidup Lebih Sihat melalui Gerakan 'Langkah Kebaikan 65'

Mondelez
2022-08-22 13:52 182

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Sempena perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Jacob's Malaysia melancarkan kempen #LangkahKebaikan65 yang bertujuan untuk mengumpulkan 10 juta langkah dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta menjadi masyarakat yang lebih aktif.

Gerakan ‘Langkah Kebaikan 65’ Jacob’s Malaysia
Gerakan ‘Langkah Kebaikan 65’ Jacob’s Malaysia

Jacob's Malaysia merupakan jenama warisan yang menggalakkan orang ramai untuk 'Eat Good, Feel Good, Be Better Every Day' supaya mereka dapat menjadi lebih sihat dan bersikap positif terhadap pilihan dan gaya hidup mereka setiap hari. Kempen ini merupakan kesinambungan kepada kempen dahulu 'Gerakan Kebaikan 64' pada tahun 2021 dan meneruskan usaha menjuarai aktiviti dan gerakan fizikal. 

Inspirasi kempen ini datangnya daripada statistik yang menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Antara faktor penyumbang adalah kemudahan yang berpunca daripada digitalisasi yang menjadikan segalanya tersedia di hujung jari. Ini mengakibatkan ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sedentari (kurang aktif). Apabila digabungkan dengan kekurangan riadah fizikal dan pemilihan makanan yang kurang sihat, ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis (diabetes), obesiti, sakit jantung dan isu-isu lain.

Arpan Sur, Pengarah Pemasaran, Malaysia, Singapura dan Ekspot AMEA, Mondelēz International berkata: "Jacob's bermatlamat menjuarai pemakanan sihat dan menggalakkan orang ramai melakukan perubahan yang bermakna. Kempen ini merupakan sesuatu peralihan ke arah pembinaan negara yang lebih sihat dan mampu memupuk kesejahteraan secara menyeluruh."

"Kami berhasrat mencapai matlamat 10 juta langkah melalui kempen ini, tetapi yang lebih penting dalam tempoh jangka masa panjang adalah untuk memberi impak yang beransur dan berkekalan terhadap gaya hidup kalangan rakyat Malaysia agar mereka lebih mengambil berat terhadap kesejahteraan diri dan menjadi lebih aktif dari segi fizikal," tambah beliau.

Bagi memperluaskan jangkauan kempen ini, Jacob's juga akan menyalurkan sebanyak RM25,000 kepada sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan tempatan, Persatuan Pemakanan Malaysia (Nutrition Society of Malaysia) apabila sasaran 10 juta langkah tercapai. Dana ini akan digunakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap cara pemakanan yang sihat dan manfaat untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Demi menyokong perjalanan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup lebih sihat, Jacob's #LangkahKebaikan65 akan menawarkan hadiah lumayan yang berjumlah sebanyak RM50,000 yang termasuk 10 hadiah utama bagi peserta yang mencapai jumlah langkah tertinggi, serta 90 hadiah cabutan bertuah (10 hadiah setiap minggu) yang terbuka kepada semua peserta yang mencapai sekurang-kurangnya 15,000 langkah setiap minggu.

Hadiah-hadiah ditawarkan termasuk pakej alat sukan bernilai RM3,000, Apple Watch S7, Fitbit Sense, satu set lengkap Nintendo Switch Ring Fit, AirPods Pro, baucar sukan bernilai RM1,000 dan kad hadiah Sports Direct bernilai RM350. Kempen ini akan berlangsung mulai 31 Julai hingga 30 September 2022.

Para peserta boleh melayari laman sesawang (jacobsmakethegoodmove.my/submission)  dan menyertai kempen dengan mengimbas kod QR serta menyelaraskan jumlah langkah mereka dengan menggunakan Google Fit untuk bersaing kedudukan di papan skor (leaderboard).

Untuk maklumat lanjut, sila lawati jacobsmakethegoodmove.my/submission atau ikuti laman media sosial kami di Jacob's Malaysia Facebook & Jacobs Malaysia Instagram.

Source: Mondelez
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Retail Not for profit Future Events