omniture

Martin Lindstrom Mengelolakan Bengkel Pemenang Anugerahnya di India

UBM India
2013-10-24 18:51 127

MUMBAI, India, 24 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Buy-ology Symposium yang diadakan pada 4 Disember boleh dikatakan bakal menjadi salah satu acara yang kaya dengan maklumat yang paling berprestij dan berinspirasi dalam kalendar untuk para profesional pemasaran dan penjenamaan di India.  

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130930/642888 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131023/10078340 )

Diiktiraf oleh Time Magazine pada tahun 2009 sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh - orang yang paling banyak memberikan kesan terhadap dunia kita.

Martin Lindstrom bukan sahaja akan membentangkan penemuan beliau daripada eksperimen pembelian 'buy-ology' beliau bernilai $7 juta yang menggemparkan dunia pemasaran, tetapi beliau juga akan berkongsi penemuan terkini beliau tentang penjenamaan sosial dan kuasa rakan setara. Lindstrom mendedahkan apa yang sanggup dilakukan oleh para pemasar bagi mempergunakan perasaan bersalah, keinginan, ketakutan, kebimbangan, kenangan dan lebih banyak lagi bagi mendesak kita untuk melakukan pembelian. Dakwa beliau, kemungkinan besar, anda telah tertipu dan telah dipengaruhi oleh jenama.

Peserta bertuah yang berpeluang untuk menghadiri bengkel selama enam jam itu akan dapat mengetahui sendiri:

§  Bagaimana pemasar menyasarkan generasi yang lebih muda, mengeksploitasi penemuan yang menunjukkan bayi boleh mengenal pasti jenama sewaktu berusia lapan belas bulan dan boleh mendengar serta mengingati lagu iklan sejak dalam kandungan lagi

§  Bagaimana syarikat merampas maklumat daripada profil Facebook kita, telefon bimbit dan sejarah pelayaran komputer bagi mengorek data digital kita secara rahsia untuk mengetahui butiran peribadi kehidupan kita agar mereka boleh menyasarkan kelemahan kita

§  Apakah sasaran sebenar pemasaran Justin Bieber yang sangat berjaya (petunjuk: bukan remaja)

§  Bagaimana sesetengah jenama – contohnya satu jenama pengilat bibir terkenal – sengaja membuatkan pengguna ketagih dengan bahan kimia dalam produk mereka 

§  Bagaimana peruncit mengambil kesempatan daripada ketakutan kita terhadap ancaman virus, kejadian cuaca, dan ancaman pencemaran makanan (cuba teka dari mana datangnya pasaran bernilai $402 juta untuk produk pembersih tangan?)

§  Hasil keputusan mengejutkan daripada kajian fMRI yang mendedahkan apa lelaki heteroseksual benar-benar fikirkan apabila bersemuka dengan pengiklanan yang berunsur seksual (petunjuk: bukan teman wanita mereka)

§  Bagaimana jenama barangan runcit mencipta ilusi kesegaran untuk produk mereka sedangkan ia sebenarnya sudah berada atas rak mereka selama berbulan-bulan, malahan bertahun-tahun lamanya

§  Bagaimana golongan ibu menentukan 60 peratus daripada jenama yang akan terus digunakan oleh anak-anak mereka sepanjang hidup mereka

§  Bagaimana Muzak diprogramkan secara berbeza sepanjang hari bagi mempengaruhi keinginan bawah sedar kita untuk membeli barangan berdasarkan apa yang kita rasa

Sewaktu Buy-ology Symposium itu, hadirin akan mengetahui tentang dua eksperimen ekstrem yang dijalankan oleh Lindstrom bagi menguji penemuan beliau – pertamanya, hasil ironik dan mengejutkan daripada cubaan beliau untuk detoksifikasi jenama selama setahun; dan keduanya, hasil keputusan yang menakjubkan daripada eksperimen pemasaran gerila bernilai jutaan dolar yang revolusioner yang dikelolakan oleh beliau khusus untuk buku terkini beliau. Rancangan TV realiti kehidupan sebenar tanpa skrip ini mendedahkan faktor pendesak yang paling berkuasa sekali: rakan dan jiran kita.

Menurut Lindstrom, "Walaupun sebelum 6% daripada generasi seterusnya dilahirkan pun, mereka sudah mempunyai jejak digital. Seorang pengguna iPhone biasa dijejak 129,000 kali setiap tahun. Kualiti rakan yang anda ada menentukan jenis iklan dalam talian yang akan didedahkan kepada anda dalam gMail…"

"Saya tidak boleh fikirkan calon pemandu arah lain yang lebih sesuai untuk membantu kita meneroka bidang pemasaran jenama yang penuh bermisteri. Saya takkan memandang jenama kegemaran saya dalam cara yang sama lagi!" Bill Tancer, penulis buku yang paling laris Click: What Millions do Online and Why it Matters

Tentang UBM India

UBM India ialah syarikat subsidiari UBM plc yang disenaraikan pada Bursa Saham London, yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India, yang bertanggungjawab untuk 146 acara merentasi 13 turus menegak industri di serata negara itu. UBM India ialah penganjur NGO India yang mengumpulkan ahli korporat, kerajaan dan badan bukan kerajaan pada platform CSR yang sama. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web UBM India, http://www.ubmindia.in

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Cik Rakhi Singh, Pengurus Pemasaran, UBM India T: +91(022)6172-7077, e-mel: rakhi.singh@ubm.com

Ketahui lebih lanjut tentang Buy-ology Symposium http://www.buy-ology.co.in/pr

Source: UBM India
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Awards