omniture

J&T Express Umum Pengembangan Pusat Pengisihan dan Kempen Penghantaran Percuma untuk Pelanggan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ketujuhnya di Indonesia

J&T Express
2022-08-22 23:10 271

JAKARTA, Indonesia, 22 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan logistik global J&T Express mengumumkan pengembangan dua pusat pengisihan di Indonesia bagi memenuhi permintaan perniagaan tempatan yang semakin meningkat dan menaik taraf persekitaran kerja untuk pekerja, berserta kempen penghantaran percuma untuk pelanggan sempena sambutan ulang tahun ketujuh syarikat ini di negara ini.

J&T Express melancarkan kempen penghantaran percuma untuk pelanggan di Indonesia
J&T Express melancarkan kempen penghantaran percuma untuk pelanggan di Indonesia

Sejak pelancarannya di Indonesia pada bulan Ogos 2015, J&T Express berkembang pesat untuk memiliki jaringan global yang meliputi 13 negara di seluruh dunia, menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar serta rangkaian logistik digital.

Charles Hou, Naib Presiden Kumpulan J&T Express, berkata, "Indonesia ialah tempat kami bermula. Ia merupakan tempat kami menghantar bungkusan pertama kami dan mengambil langkah pertama kami dalam perjalanan global. Saya amat berbangga atas apa yang kami capai selama bertahun-tahun, namun saya lebih berterima atas sokongan padu daripada semua penghantar baik lelaki mahupun perempuan, kakitangan, rakan kongsi serta pelanggan kami. Sama seperti sifat perniagaan kami, kejayaan kami silih berganti. Ia hanya dapat dicapai oleh usaha setiap individu sepanjang perjalanannya.

Bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran tempatan yang semakin berkembang dan menyediakan persekitaran kerja yang lebih baik untuk pekerjanya, J&T Express memperluas dan mengoptimumkan pusat pengisihan ke-70 dan ke-71, masing-masing di Jawa Timur dan Kalimantan, kawasan dengan volum perniagaan yang tinggi, menurut Robin Lo, Ketua Pegawai Eksekutif J&T Express Indonesia. 

Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan penghantaran yang semakin meningkat, dua gudang pengisihan yang dinaik taraf di bandar Madiun dan Banjarmasin setiap satu meliputi kawasan seluas kira-kira 20,000 meter persegi dengan keluasan bangunan mencakupi lebih daripada 12,000 meter persegi. Memulakan operasi masing-masing pada bulan November dan Disember, volum pemprosesan pusat pengisihan dijangka meningkat dua kali ganda dengan penggunaan mesin isihan automatik pada masa akan datang.

Sementara itu, J&T Express melancarkan program "Stop Bayar Ongkir" (Berhenti Bayar Kos Penghantaran) pada 20 Ogos sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggannya di Indonesia. Terma-terma dan syarat-syarat program "Stop Bayar Ongkir" boleh diakses melalui laman sesawang rasmi Indonesia di www.jet.co.id.

Robin Lo berkata, "Ini merupakan salah satu daripada beberapa kali sahaja kami mengadakan promosi kos penghantaran kepada pelanggan, walaupun dengan skala yang berbeza. Kami mendapati bahawa perkhidmatan penghantaran kini menjadi satu keperluan untuk komuniti. Atas sebab ini, sempena sambutan kali ini, kami melancarkan program penghantaran percuma 100% sebagai satu bentuk penghargaan kepada pelanggan kami yang telah menyokong J&T Express sepanjang tujuh tahun yang lalu dan menyumbang kepada pembinaan J&T menjadi penyedia perkhidmatan penghantaran utama di Indonesia."

J&T Express turut menyambut ulang tahun keempatnya di Vietnam dan Malaysia masing-masing pada bulan Julai dan Ogos, melancarkan program-program yang serupa bagi menunjukkan penghargaan atas sokongan pelanggan.

Latar Belakang J&T Express
J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Laman sesawang rasmi Kumpulan: www.jtexpress.com 

 

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Transportation Corporate Expansion