omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK dengan Binaan Bezel dan Tali Jam Bersepadu

CASIO COMPUTER CO., LTD
2022-08-23 09:00 323

TOKYO, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pelancaran jam tangan kalis hentakan G-SHOCK baharu yang terkini - empat model GA-B001 dan GA-B001G yang menampilkan binaan bezel dan tali jam bersepadu yang serba baharu.

GA-B001/GA-B001G
GA-B001/GA-B001G

Menerusi GA-B001 dan GA-B001G, Casio membawakan kepintaran kepada struktur luar bagi mencapai binaan bezel dan tali jam bersepadu pada jam tangan kalis hentakan. Ini merupakan jam tangan G-SHOCK pertama yang mempunyai struktur inovatif ini yang terdiri daripada dua komponen berasingan yang bersambung pada kedudukan pukul 9 dan 3. Binaan yang terbentuk mengikut garis pada pergelangan tangan, meminimumkan ruang antara pergelangan tangan dan jam tangan demi padanan yang dipertingkat.

Reka bentuk jam tangan baharu ini membuka gerbang ke dunia realiti maya. Menampilkan reka bentuk muka jam geometri dan tanda indeks bulat, jam tangan ini adalah hasil kajian bagi reka bentuk yang akan datang.

Apabila melibatkan warna pula, model-model GA-B001 menampilkan warna hitam jenama G-SHOCK serta warna merah yang baharu dan model-model GA-B001G menggunakan cetakan warna terperingkat pada bahan-bahan lut cahaya untuk bezel dan tali jam.

Jam tangan ini kesemuanya dilengkapi dengan ciri-ciri Pautan Mudah Alih untuk menggandingkannya dengan telefon pintar melalui Bluetooth®. Apabila digunakan dengan aplikasi CASIO WATCHES khusus, jam tangan ini dapat melaraskan kepada masa yang betul secara automatik. Di samping itu, fungsi maklumat Aplikasi menghantar pemberitahuan pada jam tangan apabila aplikasi menerima kemas kini tentang produk baharu dan maklumat lain.

Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda berkenaan oleh Casio Computer Co., Ltd. adalah di bawah lesen.

Maklumat lanjut: https://www.casio.com/intl/news/2022/0823-ga-b001/

GA-B001-1A/GA-B001-4A/GA-B001G-1A/GA-B001G-2A
GA-B001-1A/GA-B001-4A/GA-B001G-1A/GA-B001G-2A

 

Binaan bezel dan tali jam bersepadu (GA-B001G)
Binaan bezel dan tali jam bersepadu (GA-B001G)

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services