omniture

Persidangan Pembangun Permainan Tencent: Pembangun Terus Menyaksikan Kemunculan Permainan Baharu Yang Mendahului Lonjakan Teknologi

Tencent
2022-08-23 13:06 242

LOS ANGELES, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Teknologi canggih akan terus memimpin inovasi baharu dalam sektor permainan pada masa terdekat, ramal pembangun permainan di Persidangan Pembangun Permainan Tencent (TGDC) tahun ini.

TGDC 2022, sebuah acara tahunan untuk pembangun, penerbit dan pengendali permainan global berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan terkini, telah dianjurkan secara dalam talian selama dua hari pada 16 dan 17 Ogos lalu. Dianjurkan oleh Tencent Institute of Games, lebih 20 pakar industri permainan dan golongan ilmuwan telah hadir dan menawarkan 17 ucaptama yang berpandangan jauh terhadap sektor permainan.

"Menerusi kemajuan teknologi dan pemikiran inovatif yang berterusan, permainan kian menjadi sebuah Realiti Digital Hiper (Hyper Digital Reality) yang dapat memacu kemajuan teknologi ter canggih dan sentiasa mencipta nilai serta kemungkinan baharu," kata Sammi Xia, Naib Presiden Tencent Games dan Ketua Tencent Institute of Games.

Xia menyatakan bahawa melalui TGDC, lebih ramai pengamal dan ahli profesional industri permainan akan berhimpun serta membantu industri dan lebih ramai masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang permainan video, seterusnya sama-sama membina sebuah masyarakat berorientasikan digital yang lebih baik.

TGDC 2022 bertujuan untuk merangsang daya kreativiti, imaginasi, pandangan, teknologi, pengaruh dan menyatukan sektor permainan bersama pengamal permainan, pakar dan golongan ilmuwan terkemuka di dunia. Peserta persidangan dapat menyaksikan perkembangan dan masa depan sektor ini daripada lima sudut berbeza - Produk, Teknologi, Seni, Permainan Indie atau bebas dan Advokasi, dengan harapan untuk meluaskan sempadan dan kemungkinannya.

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, TGDC berusaha untuk membina sebuah platform perbincangan terbuka untuk golongan profesional permainan global, berdasarkan pandangan dan keperluan pengguna. Melangkah ke hadapan, TGDC akan terus menyediakan khidmat kepada industri permainan global.

Untuk maklumat lanjut, sila saksikan ucaptama TGDC 2022 di sini.

Source: Tencent
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Telecommunications