LONDON, 24 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
http://imaginationseries.com/vote
BOMBAY SAPPHIRE®, jenama gin utama yang paling pantas berkembang di dunia berdasarkan bilangan dan nilai[1], dengan kerjasama Tribeca Film Festival®, hari ini telah mengumumkan empat pemenang pertandingan Bombay Sapphire Imagination Series: Pertandingan filem. Pertandingan itu menawarkan peluang kepada pembikin filem yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini agar dapat menghasilkan filem pendek mereka sendiri, menggunakan imaginasi mereka untuk mentafsirkan skrip filem pendek yang dicipta oleh pemenang anugerah Academy Award® Geoffrey Fletcher.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila layari:
http://www.multivu.com/mnr/63485-bombay-sapphire-winners-of-imagination-series
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131024/648089-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131024/648089-b )
Kini dalam tahun keduanya, Bombay Sapphire dan Geoffrey Fletcher mengumpulkan orang lama dunia filem yang disegani bagi menghakimi penyertaan, termasuklah pelakon pemenang anugerah Academy Award®, Adrien Brody; penulis lakon layar dan pengarah filem, Lucy Mulloy; penulis lakon layar, Naomi Foner; pelakon, Peter Facinelli; dan kurator kanan Vimeo, Sam Morrill, yang antara mereka telah bersepakat memilih sembilan filem berdasarkan keaslian dan imaginasi mereka.
Para pemenangnya ialah:
Penulis lakon layar yang memenangi Anugerah Academy Geoffrey Fletcher memberi komen tentang pertandingan itu: "Pada masa ketika sukar untuk wawasan kreatif dan suara baharu mencari pembiayaan dan pendedahan meluas, Bombay Sapphire menyediakan platform dan tapak pelancaran bagi kisah baharu diceritakan di layar. Kami harap filem yang kami cipta ini dapat memberi ilham kepada penonton dan dapat memberi kesan mendalam yang sama kuat dengan imaginasinya."
Pemenang Anugerah Academy Adrien Brody berkata, "Julat kreativiti penyertaan yang kami terima untuk pertandingan filem Bombay Sapphire Imagination Series tahun ini adalah begitu meluas, lalu menyukarkan kami untuk mengurangkannya menjadi empat pemenang sahaja. Namun begitu, saya harap ia merupakan pengalaman yang bermotivasi bagi ramai peserta lain dan saya percaya kami telah menemui bakat baharu mengujakan yang kami harap akan terus mencetuskan impak dalam industri perfileman. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat bagaimana kami menghidupkan imaginasi para pemenang menerusi filem di layar perak pada bulan April nanti."
Dengan imaginasi di pusat Bombay Sapphire serta bidang pembikinan filem, pertandingan itu ingin menerokai kreativiti tanpa penghujung dan kepercayaan jenama itu dalam kuasa imaginasi dan kemampuannya untuk membawa anda ke mana sahaja.
Pengurus Pemasaran Global Bombay Sapphire Luca Vescovini menambah: "Kami komited untuk menyemarakkan imaginasi orang ramai dan menemui bakat baharu melalui pertandingan filem Bombay Sapphire Imagination Series. Sangat mengujakan untuk kami lihat bagaimana Imagination Series telah berkembang dan selepas hanya dua tahun, ia sudah menerima dua kali jumlah penyertaan berbanding sebelumnya dengan lebih 1,300 penyertaan dari 68 negara di seluruh dunia."
Geoffrey Gilmore, Ketua Pegawai Kreatif Tribeca Enterprises, memberi komen tentang kerjasama dengan Bombay Sapphire: "Memang hebat apabila dapat bekerjasama dengan jenama yang mempunyai semangat untuk kreativiti dan imaginasi yang sama dengan kami. Imagination Series, yang disemarakkan dengan keghairahan dan sokongan pasukan Bombay Sapphire menyediakan peluang yang bagus untuk penemuan penglipur lara baharu."
Mulai hari ini, Bombay Sapphire memberi peluang kepada orang awam untuk mengundi filem kelima yang akan layak memenangi pertandingan filem ini melalui pemilihan undi terbukanya. Dengan melayari http://imaginationseries.com/vote, mereka boleh mengundi, dan filem yang menang akan diumumkan pada 14 November 2013.
Penyertaan kad bebas ialah:
Kini para pemenangnya akan mengambil bahagian untuk menerbitkan dan mengarahkan filem individu mereka, yang tayangan perdananya adalah pada awal tahun 2014. Untuk melihat senarai pemenang dan mengetahui lebih lanjut tentang filem mereka serta pengalaman mereka sewaktu proses penerbitan sila lawati http://www.imaginationseries.com/vote.
Tentang BOMBAY SAPPHIRE®
Bombay Sapphire ialah jenama gin utama yang paling pantas berkembang di dunia berdasarkan bilangan dan nilai[1]. Dengan berasaskan resipi rahsia dari tahun 1761, gin Bombay Sapphire dicipta dengan menyeimbangkan dengan sempurna kombinasi unik 10 tumbuh-tumbuhan eksotik yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia. Perasa semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan itu dirangkum melalui proses penyulingan sensitif yang dikenali sebagai Penyeduhan Wasap lalu menghasilkan rasa Bombay Sapphire yang menawan, lembut dan kompleks.
BOMBAY SAPPHIRE® - Infused with imagination™
Bombay Sapphire bermatlamat untuk mengilhamkan orang ramai memperluas pemikiran mereka, berfikir dengan cara yang berbeza bagi mendedahkan lagi tentang diri mereka dan Imaginasi mereka. Pasukan Bombay Sapphire percaya semua orang mempunyai imaginasi, lalu mereka bermatlamat untuk memberi semua orang peluang mendapat ilham dan bagi menyemai imaginasi mereka bersama Bombay Sapphire.
http://www.bombaysapphire.com
http://www.facebook.com/BombaySapphire
1. Data disumberkan daripada Penyelidikan Wain dan Arak Antarabangsa (IWSR), selama 12 bulan hingga penghujung Disember 2011. Jenama utama adalah yang berada dalam kedudukan lima teratas berdasarkan bilangan dan nilai secara global. Hasil keputusan penuh boleh disediakan mengikut permintaan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Utama
Tarita Mullings, H+K Strategies / tarita.mullings@hkstrategies.com / +44-20-7413-3734
H+K Strategies / imaginationseries@hkstrategies.com+44-20-7413-3000