omniture

Nextant Aerospace Menandatangani Persetujuan Penukaran 400XTi Bernilai $202.5 Juta dengan Travel Management Company

Nextant Aerospace
2013-10-25 09:00 95

LAS VEGAS, 25 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

  • Nextant Aerospace akan menukarkan seluruh rangkaian kapal terbang Hawker 400XP TMC
  • Persetujuan penukaran adalah untuk sehingga 50 kapal terbang yang dinilaikan sebanyak $202.5 juta
  • Lebih 100 kapal terbang, yang mewakili kira-kira 20% daripada rangkaian kapal terbang BE 400A/XP yang sedang digunakan sekarang, kini dikhususkan untuk mengalami proses penghasilan semula Nextant

Nextant Aerospace ("Nextant"), pengeluar Nextant 400XTi, satu-satunya jet perniagaan yang dihasilkan semula di dunia, hari ini mengumumkan persetujuan dengan Travel Management Company Ltd ("TMC") untuk penukaran seluruh rangkaian kapal terbang Hawker 400XP miliknya. TMC menerajui perkhidmatan jet perniagaan mengikut permintaan untuk sewaan jet ringan dan saiz pertengahan. Persetujuan ini adalah untuk penukaran 400XTi terhadap sehingga 50 kapal terbang, perjanjian yang dinilaikan sebanyak $202.5 juta.

Kepentingan Pesanan

Pesanan TMC ini bermakna kini Nextant mempunyai komitmen padu untuk menukarkan lebih 100 kapal terbang, yang mewakili kira-kira 20% daripada kapal terbang 400A/XP yang sedang beroperasi sekarang. "Persetujuan TMC ini adalah lebih daripada sekadar satu lagi pengendorsan 400XTi Nextant," kata Presiden Nextant Sean McGeough. "Ia merupakan pengiktirafan daripada TMC, salah satu daripada pengendali jet perniagaan komersil terbesar di negara ini, yang 400XTi memenuhi keperluan pengendalian mereka sambil membantu mereka memperluas perniagaan masa hadapan mereka. Peralihan kepada rangkaian kapal terbang 400XTi baharu juga menawarkan nilai sisa yang dipertingkatkan selaras dengan rangkaian kapal terbang semasa mereka. Dengan lebih 20% daripada rangkaian kapal terbang Beechjet 400A/Hawker 400XP yang dikhususkan untuk proses penghasilan semula Nextant, pasaran kini semakin menghampiri detik peralihan ketika penghasilan semula kini merupakan penyelesaian jangka panjang yang diterima untuk prestasi dan nilai yang berdaya saing."

Kes Perniagaan

Persetujuan ini hadir sewaktu TMC sedang bertindak untuk menambah kepada reputasinya yang bagus bagi kecemerlangan perkhidmatan. Presiden Scott Wise menerangkan mengapa beliau memilih kapal terbang 400XTi: "Dalam pasaran sewaan yang bersaing sengit, kami mendapati kunci kejayaan ialah mempunyai platform pengendalian yang lengkap serba-serbi yang berjalan lancar dalam semua kategori besar - nilai, prestasi dan keselesaan penumpang. Kami telah menjalankan penyelidikan dan sudah jelas yang pemasangan semula dengan 400XTi akan memastikan kami berada di hadapan para pesaing kami untuk tahun-tahun akan datang. 400XTi menawarkan peningkatan sebanyak 50% dalam jarak relatif berbanding kapal terbang kami yang terdahulu dan pengurangan sebanyak 30% dalam kos pengendalian. Gabungan ini meningkatkan kemampuan misi kami secara signifikan dan membenarkan kami memenuhi keperluan tapak pelanggan yang lebih besar."

Jay Heublein, Naib Presiden Eksekutif Nextant untuk Jualan & Pemasaran Global berkata: "Scott Wise dan pasukan beliau di TMC telah membina salah satu syarikat yang paling dihormati dan dikagumi dalam industri ini. Mereka terkenal dengan penumpuan mereka dalam bidang kritikal pengalaman pelanggan dan integriti pengendalian - yang dicerminkan dalam pemeringkatan keselamatan Platinum ARG/US mereka – maka, pilihan mereka untuk 400XTi adalah sangat signifikan. Ia menyediakan mereka dengan platform kapal terbang mampan yang akan menjadi penyelesaian perniagaan yang berdaya maju untuk puluhan tahun akan datang."

Nextant Aerospace

Nextant Aerospace diiktiraf sebagai syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan penghasilan semula kapal terbang kepada pasaran jet perniagaan. Kapal terbang 400XTi Nextant ialah kapal terbang Beechjet 400A/XP yang dibina semula sepenuhnya dengan enjin Williams FJ44-3AP dan rangkaian avionik bersepadu Rockwell Collins Pro Line 21™. Kapal terbang baharu itu juga mempunyai peningkatan aerodinamik besar dan konfigurasi pemasangan enjin yang lebih baik dengan nasel dan pilon yang direka semula. 400XTi didatangkan dengan jaminan seluruh kapal terbang penuh selama dua tahun dan sokongan selepas jualan yang disediakan oleh rangkaian global pusat servis milik mereka yang diluluskan. Ditubuhkan pada tahun 2007, Nextant berpusat di Cleveland, Ohio. Nextant ialah syarikat Directional Aviation Capital. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nextantaerospace.com, klik Suka pada kami di Facebook, ikuti kami di Twitter @nextantaero atau ikuti kami di LinkedIn.

Tentang Travel Management Company

Dengan rangkaian kapal terbang sebanyak 68 jet perniagaan Hawker 400 dan 800, TMC ialah perkhidmatan jet persendirian berdasarkan permintaan milikan swasta terbesar untuk sewaan jet ringan dan saiz pertengahan dengan akses kepada lebih 5,500 lapangan udara Amerika Utara. Diasaskan berdasarkan prinsip yang penumpang jet persendirian layak mendapat perkhidmatan yang lebih baik, TMC dengan pantasnya membina reputasi untuk nilai dan kualiti. Dengan prosedur pengendalian standard dalam syarikat penerbangan dan pemeringkatan keselamatan Platinum ARG/US, ia menyediakan perkhidmatan pelanggan yang andal dan sentiasa mengagumkan dalam kapal terbang yang umpama kenderaan baharu setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang TMC lawati http://www.tmcjets.com

Perhubungan media

Richard Thomas
Pengarah Komunikasi
+44(0)7904-950-841
media@nextantaerospace.com

Elizabeth Ricci
Pengurus Pengalaman Pelanggan
+1-216-797-8221
elizabeth@nextantaerospace.com

SUMBER  Nextant Aerospace

Source: Nextant Aerospace
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Transportation Travel Financing agreements