![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 24 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Wemade mengumumkan satu perkongsian dengan UNICEF dan Jawatankuasa Korea untuk UNICEF pada 19 Ogos bagi menyokong projek-projek pendidikan bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), "100 For 100".
Majlis penandatanganan telahpun diadakan di ibu pejabat UNICEF di Geneva, Switzerland. Henry Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade, Carla Haddad Mardini, Pengarah bahagian pengumpulan dana persendirian dan perkongsian UNICEF serta Key-cheol Lee, pengarah eksekutif Jawatankuasa Korea untuk UNICEF turut hadir.

Pengarah bahagian pengumpulan dana persendirian dan perkongsian UNICEF, Henry Chang (Ketua Pegawai Eksekutif Wemade) dan Key-cheol Lee (pengarah eksekutif Jawatankuasa Korea untuk UNICEF)
Wemade merancang untuk menderma mata wang kripto WEMIX bernilai 1 juta USD setiap tahun atau bernilai 100 juta USD secara keseluruhan selama 100 tahun. Syarikat ini menyatakan komitmennya terhadap projek-projek pendidikan dan penggalakan hak untuk kanak-kanak di seluruh dunia.
Berdasarkan kepada kepercayaan tradisional Korea bahawa pendidikan membentuk satu rancangan yang besar selama 100 tahun, Wemade mengumumkan projek "100 For 100" bagi tujuan sokongan jangka panjang demi masa depan kanak-kanak. Rancangan tersebut bertujuan untuk menambah baik prospek masa depan kanak-kanak, seterusnya menyumbang kepada pembaikan keluarga, komuniti, malah negara, kata jurucakap Wemade.
Sumbangan akan digunakan untuk menyokong program Reimagine Education UNICEF demi meningkatkan kualiti pendidikan untuk kanak-kanak.
"Pandemik menunjukkan kepada kita bahawa terlalu ramai kanak-kanak berada di pihak yang salah dalam jurang digital," kata Carla Haddad Mardini, Pengarah, Pengumpulan Dana Persendirian dan Perkongsian UNICEF. "Hasil daripada perkongsian baharu kami bersama Wemade, kami akan dapat membantu meningkatkan akses kepada teknologi untuk segelintir kanak-kanak paling rentan yang tinggal di Laos dan Timor Leste," kata beliau.
"Bagi memenuhi tanggungjawab sosial projek WEMIX pada skala global, kami berganding bahu dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan kanak-kanak di serata dunia," kata Henry Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade. "Agar kami komited terhadap penambahbaikan persekitaran pendidikan yang mampan, kami mengambil keputusan untuk memberi lebih daripada satu sumbangan. Kami akan kekal berbakti selama 100 tahun."