omniture

Global Times: CPEC letakkan asas untuk pemodenan ekonomi masyarakat peribumi berterusan; pertumbuhan di dalam dan seluruh rantau ialah langkah logik seterusnya: PM Pakistan

Global Times
2022-08-24 02:11 305

BEIJING, 24 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) – satu inisiatif keterhubungan antarabangsa – bagi menghubungkan pasaran-pasaran di dalam dan seluruh rantau ini merupakan langkah logik yang seterusnya, seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif kepada Global Times dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini, yang menyatakan keterbukaan beliau terhadap penyertaan pihak ketiga dalam projek penting Inisiatif Jalur dan Jalan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2013, CPEC terus melakar kemajuan yang pesat dan ketara. Sepanjang dekad yang lalu, CPEC membantu Pakistan mengurangkan hambatan bekalan kuasa dan infrastruktur, seterusnya meletakkan asas untuk pemodenan ekonomi yang berterusan, kata Sharif.

"Tatkala penyertaan pihak ketiga meningkat, kami menjangkakan lebih ramai rakan bersama akan mendapat manfaat daripada peranan unik Pakistan di persimpangan pasaran baru muncul yang utama, seterusnya menunjukkan semangat saling menguntungkan yang sentiasa menghidupkan CPEC."

Sebagai satu inisiatif keterhubungan antarabangsa, pertumbuhan CPEC untuk menghubungkan pasaran-pasaran di dalam dan seluruh rantau ini merupakan langkah logik yang seterusnya, kata beliau.

Sharif berkata CPEC bermatlamat untuk menyatukan rantau ini dalam usaha bersama mencapai kemakmuran dan kestabilan. Pendekatan ini tidak menyasarkan kepada, dan tidak ingin mengecualikan mana-mana pihak, kata Sharif, berharap agar projek tersebut akan terus memberi inspirasi kepada kerjasama antarabangsa yang lebih besar dan membantu rantau ini memecahkan kitaran ganas antara deprivasi dan konflik.

Dengan ideal ini sebagai terasnya, CPEC tidak boleh secara munasabah dianggap sebagai "ancaman" kecuali kepada mereka yang melihat sesuatu perkara dari perspektif jumlah sifar dan lebih rela "inginkan rakyat kita terus dilucutkan daripada hasil pembangunan", kata perdana menteri Pakistan.

Pakistan menyokong lanjutan Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) ke Afghanistan, kata Sharif. "Diharapkan agar usaha kami akan dapat memastikan kesinambungan penglibatan antarabangsa bersama Afghanistan dengan matlamat akhir untuk melihat Afghanistan yang aman, stabil, makmur dan terhubung menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran jangka panjang rantau kita."

Perdana Menteri turut berkata bahawa beliau telah melawat pelbagai projek CPEC termasuk di Gwadar, bagi memastikan garis masa projek dipenuhi. Penyiapan tepat pada masanya bagi projek CPEC yang sedang dijalankan berperanan sebagai blok binaan untuk agenda masa depan kerjasama ekonomi dua hala sentiasa menjadi keutamaan beliau.

Susulan kejayaan fasa hasil awalnya, CPEC menjadi semakin kukuh, kata beliau.

https://www.globaltimes.cn/page/202208/1272927.shtml

 

Source: Global Times
Keywords: Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion