omniture

PWA beroleh aset ProSep Inc Amerika Syarikat dan Malaysia yang membawa set penyelesaian air penuh bagi industri minyak dan gas

Produced Water Absorbents
2013-10-25 16:46 136

HOUSTON, 25 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Produced Water Absorbents, Inc. (PWA) telah memeterai perjanjian untuk memperoleh aset yang berkaitan dengan operasi global syarikat teknologi minyak dan gas ProSep Inc., yang mempunyai pejabat utama di Amerika Syarikat dan Malaysia.

Pemerolehan sebanyak $9.2 juta akan memindahkan ibu pejabat PWA dari Wooster, Ohio ke Houston, Texas sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan domestik dan antarabangsa. PWA dikenali sebagai syarikat yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan rawatan air untuk industri minyak dan gas.

Pemerolehan ini dijangka siap pada bulan November, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan lazim.

Perjanjian itu akan melengkapkan perkhidmatan PWA sedia ada bagi membolehkannya menawarkan portfolio yang paling menyeluruh bagi penyelesaian dipatenkan untuk merawat minyak, gas asli dan air yang dihasilkan.

Neil Poxon, Ketua Pegawai Eksekutif PWA berkata: "Kami mengenal pasti sinergi yang kukuh dengan teknologi Media Osorb dan perkhidmatan air terhasil ProSep dan kami mempunyai perancangan untuk membangunkan penawaran istimewa ini untuk menumpukan terhadap cabaran yang dihadapi para pengendali industri minyak dan gas di seluruh dunia. Kami bercita-cita untuk mengembangkan perkhidmatan kami di Houston dan melabur secara signifikan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan."

Setelah proses pemerolehan ini selesai, PWA akan mempunyai ibu pejabat di Houston dengan sokongan kemudahan pembuatan dan pemasangan 55,000 kaki persegi dan pejabat tambahan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Aberdeen, UK. Syarikat itu akan menggaji kira-kira 90 orang pekerja dan bakal ditambah lagi dalam tempoh 18 bulan pertama.

ProSep bertanggungjawab mereka bentuk, membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersilkan teknologi untuk mengasingkan minyak, air dan gas. Operasi pembuatan di Houston merupakan pusat kecemerlangan syarikat bagi membran gas, pemisahan primer, rawatan minyak mentah berat dan sistem serta pakej rawatan air terhasil konvensional.

Pemerolehan itu akan membolehkan PWA untuk menawarkan penyelesaian yang lengkap bagi aliran gas dan air medan minyak industri gas dan minyak. PWA sebagai syarikat yang memuncul dalam industri menyumbangkan kemahiran jualan teknologi proprietari, pengalaman pemajakan dan tumpuan terhadap inovasi pemerolehan. Aset yang diperoleh daripada ProSep menawarkan kehadiran yang kuat dan mantap di Amerika, kemudahan pemfabrikatan, penyebaran geografi dan portfolio produk yang luas. Setelah penutupan pemerolehan ini, PWA akan mampu untuk menawarkan penyelesaian rawatan air yang sukar ditandingi bagi industri minyak dan gas.

Kuantiti global jumlah air terhasil dijangka meningkat ke ratusan bilion tong setahun dan menjadi cabaran yang semakin hebat dalam mengurus dan terus mematuhi peraturan alam sekitar yang sentiasa berkembang.

Pada bulan Mei tahun ini, PWA dilancarkan untuk memasarkan media penyerapan boleh jana semula revolusioner yang digunakan bagi pengurusan aliran air dan gas medan minyak. Media Osorb membolehkan pelanggan untuk memenuhi dan melepasi peraturan pelepasan dan alam sekitar baharu yang ketat.

Encik Poxon menambah: "Keupayaan penjanaan semula Media Osorb membezakannya daripada teknik rawatan air lain kerana kemampuannya mengurangkan kos penggantian media secara drastik dan juga mengurangkan jumlah sisa yang diangkut dan dilupuskan. Kami percaya gabungan teknologi terkini dan keupayaan perkhidmatan penuh baharu kami benar-benar akan menarik minat pengendali minyak dan gas global. Kami turut mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaan kami ke Amerika, Timur Jauh dan Timur Tengah."

Sebahagian pemerolehan ini dibiayai oleh pelabur sedia ada PWA yang diterajui oleh Energy Ventures yang mempunyai pejabat di Norway, Aberdeen, dan Houston, Texas serta Harris and Harris Group, Inc. yang mempunyai pejabat di Bandar New York dan Palo Alto, California.

Kristian Lier daripada Energy Ventures berkata: "Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada syarikat global yang menerajui bidang pemprosesan cecair ini. Urus niaga ini membawa bersama gabungan unik jangkauan sedunia dan penawaran teknologi inovatif."

"Kami yakin portfolio produk gabungan ini akan mengakibatkan pengambilan pasaran yang lebih kukuh dan pantas," tambah Einar Gamman, rakan kongsi Energy Ventures.

TAMAT

Nota kepada editor

Produced Water Absorbents, Inc. (PWA) merupakan syarikat teknologi global yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan rawatan air terhasil bagi industri minyak dan gas. Ia diasaskan pada tahun 2011 apabila pembiayaan modal teroka telah diperoleh daripada Energy Ventures Norway dan Harris and Harris Group, Inc. dari Amerika Syarikat.

Teknologi syarikat ialah media penyerapan dan penjerapan boleh jana semula yang digunakan bagi pengurusan aliran air dan gas medan minyak. Media Osorb® mempunyai kemampuan untuk membuang hidrokarbon bebas, tersebar, emulsi dan boleh larut (BTEX, WSO, dll) daripada aliran gas dan air.

http://www.pwasystems.com/

Dikeluarkan bagi pihak Produced Water Absorbents oleh The BIG Partnership. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Gayle Grant, Pengarah Akaun tel +44 1224 211045, 07702 737135 e-mel gayle.grant@bigpartnership.co.uk

Sumber: Produced Water Absorbents

Source: Produced Water Absorbents
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Acquisitions, mergers, takeovers