omniture

Rawatan kanser dengan gantri berputar terkecil di dunia bermula di Yamagata University pada tahun 2022: Menyahut cabaran pemiawaian global peralatan terapi ion berat

Toshiba Corporation
2022-08-24 10:00 439

SINGAPURA, 24 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Dalam menghadapi persaingan yang sengit dia antara pengeluar-pengeluar jentera elektrik berat yang utama, Toshiba menyerahkan gantri berputar pertama Jepun untuk terapi kanser ion berat menggunakan teknologi superkonduktor kepada Hospital National Institutes for Quantum Science and Technology (QST) pada tahun 2016. Gantri ialah bahagian berbentuk silinder, seperti donut tempat di mana pesakit menerima rawatan dan putaran 360-darjahnya membolehkan penyinaran alur yang tepat daripada sebarang sudut, meluaskan skop rawatan dengan signifikan.


 

Heavy ion therapy equipment with world’s smallest rotating
Heavy ion therapy equipment with world’s smallest rotating

 

Toshiba’s robotic arm treatment couch
Toshiba’s robotic arm treatment couch

Kini, East Japan Heavy Ion Center di Fakulti Perubatan Yamagata University mempunyai gantri berputar yang paling kecil di dunia, lebih kecil daripada yang terdapat di Hospital QST, hasil daripada teknologi Toshiba.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/Toshiba_202208.shtml

Terdapat tiga rawatan kanser yang utama: pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.

Setiap satu mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Tidak seperti sinar-X, alur ion berat dapat disesuaikan bagi menyampaikan puncak pengionan* dan tenaga yang lebih tinggi kepada tumor kanser yang bermaksud ia dapat menghapuskannya sambil meminimumkan kerosakan kepada sel-sel normal. Sinar-X adalah lebih berkesan apabila lebih dekat dengan permukaan tubuh dan menjadi semakin lemah apabila ia bergerak melalui tubuh, manakala alur ion berat dapat menyinari sel-sel kanser dengan ketepatan yang jitu.

*Proses di mana tenaga sinaran apabila ia melintasi bahan menolak elektron (cas negatif) atom-atom dalam bahan dan memisahkannya kepada atom bercas positif dan elektron bebas.

Ciri yang paling ketara dalam terapi ion berat ialah keupayaannya untuk menjalankan rawatan tanpa merosakkan bahagian yang tidak terkesan. Ia juga dapat digunakan dengan agak kerap untuk pesakit warga emas yang mengalami keadaan wujud bersama yang mengurangkan pilihan. Ia meningkatkan Kualiti Hidup (QOL) kerana rawatan pesakit luar dapat dilakukan dan salah satu faedah utama ialah pesakit tidak perlu mengambil cuti ataupun berhenti kerja. Kejituan ini turut mengurangkan beban fizikal dan kesan sampingan, maka rawatan kanser generasi seterusnya dijangka menerima pakai sistem ion-berat secara meluas.

Hospital QST dan kemudahan-kemudahan lain yang telah memasang peralatan terapi ion berat sedang menjalankan siri percubaan klinikal sebagai sebahagian daripada "Percubaan Kumpulan Kajian Onkologi Sinaran ion-Karbon Jepun". East Japan Heavy Ion Center juga dilaporkan merancang untuk memulakan percubaan klinikal untuk kanser hati dan pankreas sebaik sahaja gantri berputar berada dalam operasi yang stabil.

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Mining/Metals New products/services