JAKARTA, Indonesia, 25 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
Jutaan Terima kasih: Petisyen Diserahkan kepada ASEAN dengan Sejuta Tandatangan
Cruelty Free International, disokong oleh The Body Shop, hari ini menyeru pengharaman global ujian ke atas haiwan untuk tujuan kosmetik. Petisyen dengan lebih satu juta tandatangan, hasil daripada kempen global dua tahun telah diserahkan kepada ASEAN bagi menggalakkan lagi usaha mereka untuk mengharamkan ujian ke atas haiwan dalam bidang kosmetik di rantau ini.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131025/647813-a)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131025/647813-b)
Pada majlis khusus semasa minggu Fesyen Jakarta, beratus-ratus penyokong menyertai The Body Shop bagi pembentangan kepada Cruelty Free International untuk menyokong usaha mereka dengan ASEAN dan Kerajaan Ahli.
Pengharaman kosmetik dengan ujian ke atas haiwan oleh EU diraikan secara meluas pada bulan Mac 2013. Walau bagaimanapun, lebih 80% daripada dunia masih membenarkan haiwan untuk digunakan dalam uji kaji kejam untuk produk kosmetik dan bahan-bahan mereka. Bagi ASEAN sendiri, tiada peraturan atau undang-undang yang mengharamkan uji kaji haiwan untuk produk kosmetik dan bahan-bahan atau mengimport haiwan yang telah diuji di tempat lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Cruelty Free International, Michelle Thew, berkata: "Dengan sokongan hebat daripada The Body Shop ini, kami dapat menjalankan kempen global terbesar kami untuk menyeru pengharaman ujian terhadap haiwan untuk tujuan kosmetik. Hasilnya, satu juta individu telah bangkit dan kami menjadi lebih gigih berusaha berbanding sebelum ini."
Jessie MacNeil-Brown, Pengurus Kempen Global The Body Shop International berkata: "Selama lebih 20 tahun, The Body Shop telah membuktikan kecantikan semestinya tidak perlu melibatkan kekejaman. Maka, satu juta tandatangan ini bakal menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggan atas perjuangan kami untuk tujuan ini."
Cruelty Free International dan The Body Shop akan membentangkan seruan tersebut kepada 14 kerajaan dan badan kawal selia di seluruh dunia.
Nota
Tiada larangan sedunia terhadap ujian kosmetik ke atas haiwan. Walaupun kemajuan beberapa negara dan syarikat semakin meningkat, lebih 80% daripada dunia masih membenarkan haiwan untuk digunakan dalam uji kaji berkenaan. Dalam pasaran global, adalah penting untuk semua negara mengharamkan amalan ini untuk mengelakkan berlakunya uji kaji ke atas haiwan hanya dengan berkempen di seluruh dunia ke negara yang tidak mempunyai undang-undang berkaitan pengharaman tersebut.
Cruelty Free International bekerjasama dengan kerajaan, pengawal selia dan syarikat. Ia telah meletakkan isu uji kaji haiwan ini dalam agenda banyak kerajaan buat kali pertama sebagai sebahagian daripada strategi global untuk menangani isu ujian bagi produk kosmetik.
The Body Shop ialah syarikat kosmetik pertama dan paling lama untuk mengambil tindakan ke atas isu uji kaji haiwan dalam kosmetik. Pada tahun 1996, pengasasnya, Dame Anita Roddick menyertai organisasi pengasas Cruelty Free International, BUAV dan rakan kongsi di Eropah bagi membentangkan petisyen yang mengandungi 4 juta tandatangan yang diserahkan kepada Suruhanjaya Eropah. The Body Shop ialah syarikat kosmetik antarabangsa pertama yang memperoleh pensijilan BUAV di bawah Piawaian Kosmetik Berperikemanusiaan (Humane Cosmetics Standard), yang dilancarkan pada tahun 1997, dan dengan bangganya memaparkan logo Leaping Bunny di kedai mereka di seluruh dunia.
Sumber: The Body Shop