omniture

PW Power Systems Umumkan Aras Pencapaian Unit MOBILEPAC® ke-100 Pada Bulan Perkilangan di Connecticut

PW Power Systems, Inc.
2013-10-27 13:52 126

GLASTONBURY, Connecticut, 27 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries Ltd, hari ini mengumumkan unit MOBILEPAC® keseratus telah pun siap dan akan dihantar ke Sonelgaz yang merupakan utiliti milik negara yang bertanggungjawab terhadap pengedaran elektrik dan gas asli di Algeria.

(Foto:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20131025/CG04569 )

Unit MOBILEPAC, yang merupakan penjana turbin gas serba lengkap, dikuasakan oleh enjin FT8® yang dibekalkan oleh Pratt & Whitney. Satu unit MOBILEPAC FT8 menjana 25 megawatt elektrik secara nominal dan beroperasi melalui penggunaan gas asli atau bahan api cecair. Pakej kuasa yang lengkap boleh dihantar dengan pantas melalui darat, udara atau laut di mana-mana sahaja di seluruh dunia, memberikan pelanggan fleksibiliti bagi kegunaan segera untuk memenuhi keperluan jangka pendek hingga sederhana dan turut mengelakkan situasi kecemasan.

Pada majlis di Bloomfield hari ini, Presiden PWPS Peter Christman akan mengalu-alukan kehadiran Pesuruhjaya Catherine Smith, ketua Jabatan Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Connecticut, dan datuk bandar Bloomfield, Yang Behormat Sydney Schulman. Perwakilan daripada kerajaan negeri amat penting pada hari ini memandangkan Gabenor Malloy telah membuat pengisytiharan Oktober sebagai Bulan Perkilangan Connecticut. Dream It. Do It.® bersempena dengan warisan 200 tahun yang unggul negeri itu bagi barangan perkilangan yang memberikan kesan terhadap kehidupan setiap hari di Connecticut dan seluruh dunia.

"PWPS ialah syarikat yang berkembang di Connecticut dan bertapak lebih lima puluh tahun di negeri ini. Kami bangga telah mencapai aras pencapaian unit keseratus pada Bulan Perkilangan Connecticut," kata Christman. "Kepintaran reka bentuk dan kualiti produk MOBILEPAC merupakan bukti kemampuan teknikal dan perkilangan Connecticut dan kami bangga menjadi sebahagian daripada komuniti yang inovatif ini."

Bagi meraikan pencapaian penting ini, kakitangan PWPS dan tetamu kehormat berkumpul di pembekal tempatan PWPS, Kejuruteraan & Penghasilan Bunyi, bersama-sama dengan syarikat induknya, Becon, Inc., yang merupakan pembekal utama unit MOBILEPAC. Pratt & Whitney, sistem utama yang lain dan vendor bahagian dari Connecticut serta negeri lain yang telah menjayakan program tersebut di persada antarabangsa juga akan menyertai perhimpunan kejayaan ini.

Tentang PW Power Systems, Inc
PW Power Systems (PWPS), yang beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut, ialah peneraju dunia dalam pembekalan penyelesaian tenaga bagi industri janaan kuasa. PWPS menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, termasuk pakej turbin gas, perkhidmatan selepas pasaran turbin gas perindustrian, sistem tenaga boleh diperbaharu, dan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan. PWPS juga ialah syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun, merupakan salah satu pengeluar jentera berat yang menerajui di dunia, dengan jualan kira-kira $34 bilion bagi akhir tahun kewangan pada 31 Mac 2013. Barisan produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai merangkumi pembinaan kapal, loji kuasa, loji kimia, peralatan alam sekitar, struktur keluli, jentera perindustrian dan am, pesawat, sistem ruang, dan sistem penyaman udara. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PWPS, sila layari www.pwps.com.

Source: PW Power Systems, Inc.
Related Links:
Keywords: Machinery Oil/Energy Transportation Trucking and Road Transportation Utilities