omniture

Lalamove menembusi Bangladesh sebagai pasarannya yang ke-11 di serata dunia

Lalamove
2022-08-25 14:00 393

Platform penghantaran atas permintaan mengembangkan liputan perkhidmatan yang pantas, mudah dan dipercayai di Asia Selatan

HONG KONG dan DHAKA, Bangladesh, 25 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Lalamove, platform penghantaran atas permintaan yang terkemuka, telah melancarkan operasinya di Bangladesh, salah satu ekonomi yang paling pantas berkembang danpadat di Asia, dengan ibu kota Dhaka sebagai hentian pertamanya. Dengan pelancaran di pasaran yang kesebelas ini, Lalamove telah memperkukuhkan liputan globalnya di serata Asia dan Amerika Selatan di mana ia memainkan peranan penting dalam memperkasakan perniagaan-perniagaan dan rakan-rakan penghantar di komuniti tempatan.


Sejak penubuhannya di Hong Kong pada tahun 2013, Lalamove telah mencipta nilai untuk 10 juta pengguna dan 1.8 juta rakan penghantar di serata 30 bandar di Asia dan Amerika Selatan. Melalui sistem pemadanannya yang pantas, Lalamove bersedia untuk menambah baik ekosistem logistik di Bangladesh dengan menawarkan penyelesaian penghantaran segera, dipercayai, fleksibel dan berpatutan pada bila-bila masa, di mana-mana saja untuk pengguna-pengguna harian dan komuniti perniagaan.

" Kami berbesar hati dengan pelancaran perkhidmatan kami di Bangladesh. Peristiwa ini juga sangat bermakna disebabkan kami semakin hampir dengan ulang tahun kesembilan kami pada bulan Oktober nanti," kata Paul Loo, Ketua Pegawai Operasi di Lalamove. "Perkhidmatan penghantaran atas permintaan berasaskan teknologi kami telah banyaki menyumbang kepada kecekapan operasi perniagaan klien kami. Sepanjang dua tahun lalu, kami telah menyaksikan peningkatan dalam pengguna kami sebanyak 160%. Kawasan liputan kami juga telah meningkat sebanyak dua kali ganda, sejajar dengan matlamat kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih meluas kepada para pengguna sambil memperkasakan ekonomi tempatan. "

"Kami melihat potensi pertumbuhan dan peluang yang menggalakkan daripada Bangladesh. Pertumbuhan ekonomi Bangladesh yang mengagumkan memberi banyak peluang untuk perniagaan-perniagaan tempatan yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara tersebut," tambah Loo. "Melalui gabungan misi kami untuk menyokong PKS dan pengalaman kami memperkasakan perniagaan di seluruh dunia, kami berharap kami dapat mengulangi kejayaan ini  untuk komuniti di Bangladesh. Kami akan melakukan yang terbaik untuk meraikan lebih banyak pencapaian di Asia Selatan dalam masa terdekat."

Paul Loo, Ketua Pegawai Operasi Lalamove, melihat pertumbuhan yang menggalakkan untuk Lalamove di Bangladesh dan berharap dapat meraikan lebih banyak pencapaian di Asia Selatan.
Paul Loo, Ketua Pegawai Operasi Lalamove, melihat pertumbuhan yang menggalakkan untuk Lalamove di Bangladesh dan berharap dapat meraikan lebih banyak pencapaian di Asia Selatan.

Lalamove akan menawarkan empat jenis kenderaan untuk penghantaran di Bangladesh, iaitu motosikal, kereta dan trak 1-tan, sementara CNG akan ditawarkan tidak lama lagi. Kenderaan-kenderaan ini dipilih berdasarkan kesesuaian mereka untuk menjalankan k penghantaran yang tepat pada masanya di bandar yang penuh dengan jalan-jalan yang padat dan jaringan jalan raya yang kompleks. Dengan menghubungkan rakan penghantar Lalamove dengan pengguna, Lalamove menawarkan peluang menjana pendapatan tambahan yang fleksibel untuk pemandu-pemandu tempatan. Lalamove mengalu-alukan pendaftaran dari penduduk tempatan di Bangladesh untuk menjadi rakan penghantar mereka dengan mendaftar di sini.

Lalamove bekerjasama dengan rakan kongsi pemandu di Bangladesh untuk menawarkan empat jenis pilihan penghantaran termasuk motosikal, kereta dan trak 1-tan yang telahpun menawarkan perkhidmatan, sementara CNG akan tersedia tidak lama lagi.
Lalamove bekerjasama dengan rakan kongsi pemandu di Bangladesh untuk menawarkan empat jenis pilihan penghantaran termasuk motosikal, kereta dan trak 1-tan yang telahpun menawarkan perkhidmatan, sementara CNG akan tersedia tidak lama lagi.

Aplikasi Lalamove boleh dimuat turun di Google Play dan Huawei AppGallery. Pengguna boleh membuat pesanan penghantaran motosikal di platform tersebut bermula daripada ৳47 dan ৳55 untuk CNG di seluruh Bandar Dhaka, Narayanganj dan Tongi.

Untuk maklumat lanjut tentang Lalamove, tonton video jenama ini dan kunjungi https://www.lalamove.com/en-bd/

Mengenai Lalamove

Sejak 2013, Lalamove telah menawarkan penyelesaian-penyelesaian penghantaran yang inovatif dalam industri logistik. Berjuta-juta penghantar dan pengguna memanfaatkan teknologi kami setiap hari untuk berhubung sesama sendiri dan membuat penghantaran. Sehingga hari ini, Lalamove telah memadankan lebih dari 10 juta pengguna dengan 1,800,000 pemandu van, trak, lori, kereta dan motosikal untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran on-demand 24/7. Misi Lalamove untuk menyediakan penghantaran yang pantas dan mudah dicapai dengan inovasi-inovasi seperti pemadanan pesanan segera, penjejakan kenderaan dalam masa nyata dengan GPS, perkhidmatan 24/7 dan sistem rating penghantar.

Lalamove kini beroperasi di lebih dari 30 pasaran di serata Asia dan Amerika Selatan. Lalamove menembusi pasaran Malaysia pada tahun 2018. Selain penghantaran on-demand di Lembah Klang, Lalamove telah meluaskan liputannya ke Pulau Pinang dan Johor pada April 2021 dan Melaka pada April 2022 untuk memenuhi permintaan penghantaran jarak jauh.

Source: Lalamove
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Corporate Expansion