omniture

Platform 5G/4G UNISOC dinaik taraf ke Android 13, telefon pintar SC9863A jadi mesin rujukan penanda aras oleh Google

UNISOC
2022-08-26 14:14 228

SHANGHAI, 26 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, UNISOC mengumumkan bahawa platform 5G dan 4G, termasuk T820, T770, T760, T616, T612 dan T606 bersedia untuk menyokong Android 13 pada peranti baharu setakat 15 Ogos, platform 5G dan 4G lain akan dinaik taraf bagi menyokong Android 13 lewat tahun ini. Dengan menyempurnakan penaiktarafan sistem generasi baharu pada platform berbilang proses dan berbilang platform, kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) UNISOC telah mencapai tahap yang lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, telefon pintar SC9863A UNISOC menjadi peranti rujukan penanda aras untuk Android 13 (edisi Go). UNISOC bekerjasama dengan Google dan menjalankan penalaan prestasi perisian dan ujian keserasian sebelum dilancarkan bagi memastikan produk perkakasan benar-benar serasi dan menunjukkan prestasi yang baik dengan sistem Android generasi baharu. Pembangun dan pengeluar telefon bimbit yang lain boleh mengikuti garis dasar konfigurasi dan prestasi peranti rujukan. Bermula dengan Android 13, terminal edisi Go menerima pakai sepenuhnya modul talian utama Android yang menjadikannya lebih mudah untuk pengguna akhir mengemas kini modul sekali gus meningkatkan keselamatan.

Sistem Android 13 baharu meningkatkan lagi privasi dan keselamatan dengan memberi lebih kawalan kepada pengguna terhadap maklumat peribadi yang mereka kongsi dan fail yang boleh diakses oleh aplikasi. Android 13 turut meningkatkan pengalaman pada tablet dan peranti skrin besar dengan memperkenalkan keupayaan multitugas baharu. Penaiktarafan lain termasuk pengalaman aplikasi yang dipertingkat untuk pengguna berbilang bahasa, menambah sokongan kepada audio berkuasa rendah dan banyak lagi.

Bagi menyokong kemas kini kepada Android 13 yang lebih baik, menyediakan penyelesaian sehenti Android 13 pra-uji, pra-diperakui dan serasi sepenuhnya untuk OEM dan ODM serta menyediakan sokongan tampalan keselamatan dalam kitaran hayat Android. OEM dan ODM platform UNISOC telah mengurangkan kos, sambil mempermudah langkah-langkah dan sumber-sumber untuk penaiktarafan sistem. UNISOC akan turut mengadakan latihan khas pada Android 13 bagi memberi sokongan teknikal untuk OEM dan ODM menggunakan platform UNISOC bagi menaik taraf kepada sistem generasi baharu, lalu membolehkan pelanggan mencapai penaiktarafan sistem dengan pantas menggunakan sumber yang sedikit.

Sebagai salah satu daripada hanya segelintir syarikat di seluruh dunia yang telah menguasai sepenuhnya teknologi komunikasi semua-senario seperti 2G/3G/4G/5G, Wi-Fi, Bluetooth, TV FM dan komunikasi satelit, UNISOC sentiasa berpegang kepada inovasi teknologi dan mempunyai penyertaan jangka panjang dalam Projek Sumber Terbuka Android (AOSP).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang: https://www.unisoc.com/

Source: UNISOC
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services