omniture

Dogesoft Ganding Bahu dengan Zoom Lancar Navalink, Aplikasi Super Tanpa-kod untuk Perusahaan

Dogesoft Inc.
2022-08-26 14:31 209

SEATTLE dan BELLEVUE, Washington, 26 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Dogesoft mengumumkan bahawa ia telah berganding bahu dengan Zoom Video Communications, Inc. untuk melancarkan Navalink, aplikasi super yang mudah disesuaikan dibina untuk menaik taraf kecekapan operasi, pengalaman pekerja dan penglibatan pihak berkepentingan di perusahaan-perusahaan besar.

Navalink ialah aplikasi super tanpa-kod yang direka bentuk untuk memperkemas aliran operasi perniagaan dengan membina komuniti berjenama untuk menghubungkan pihak berkepentingan perniagaan, memperkasa pekerja, rakan kongsi dan pembekal untuk berkolaborasi dengan lancar pada SATU tempat.

Navalink dicipta lantaran keperluan. Idea di sebaliknya berasal daripada fakta-fakta yang berikut: penukaran aplikasi yang memakan masa, tenaga kerja barisan hadapan yang tidak dapat dilihat dan kerumitan operasi perniagaan sebenar. Bagi menangani masalah ini, Navalink bermula dengan menawarkan cara yang mudah untuk perusahaan mengintegrasikan aplikasi-aplikasi sedia ada dan data ke dalam satu aplikasi super. Ini dapat memperkemas aliran kerja dengan ketara dan menjimatkan masa untuk semua pihak berkepentingan yang berpotensi.

Seterusnya, kolaborasi haruslah memberi lebih keterlihatan kepada petugas barisan hadapan dan diperluaskan ke seluruh organisasi. Selain itu, logik kolaborasi platform yang cekap haruslah berasaskan tugas dan bertumpukan individu. Justeru itu, Navalink memilih untuk membangunkan ciri-cirinya berkisarkan senario operasi perniagaan yang berbeza, tanpa mengira betapa besar atau kecil. Menjadikan industri runcit sebagai contoh, Navalink dapat membantu petugas barisan hadapan memantau penyimpanan produk dan mempermudah aliran transaksi. Ia juga dapat membantu membina komuniti maya yang melibatkan semua kedai runcit dan memperbaiki hubungan mereka dengan pusat sokongan, seterusnya menonjolkan penglibatan pekerja kedai.

Navalink juga sedar betapa pelbagainya persona pekerja. Justeru itu, penyesuaian menjadi satu keperluan. Pengalaman pengguna diperibadikan merupakan perkara yang benar-benar membezakan Navalink daripada platform kolaborasi dan komuniti lain yang kelihatan serupa. Dengan ciri binaan tanpa-kod Navalink, perusahaan boleh menyeret dan melepas modul dengan mudah untuk mereka bentuk, menghasilkan dan melancarkan templat aplikasi tersuai untuk persona pengguna yang berbeza dalam pelbagai industri yang menjadi kelebihan besar untuk mencipta pengalaman pihak berkepentingan yang diperibadikan. Justeru itu, Navalink tidak dinafikan merupakan platform digital yang sempurna untuk meningkatkan pengalaman pekerja dan meluaskan hubungan antara pihak berkepentingan.

Navalink sentiasa bertindak balas kepada cabaran baharu dan membayangkan masa depan. Hari ini, Dogesoft mengumumkan ia telah menyertai Program Rakan Kongsi ISV Zoom bagi mengoptimumkan kolaborasi berasaskan video Navalink. Dengan penyelesaian seperti Zoom Meeting, Navalink menyediakan kolaborasi yang lancar antara peserta-peserta dalaman dan luaran selain hubungan diperkukuh yang menonjolkan pertukaran segera, inklusif dan informatif. "Orang ramai sentiasa menjadi tumpuan dalam proses pemikiran reka bentuk kami. Dengan berganding bahu bersama Zoom dan membentuknya menjadi bahagian yang penting dalam pengalaman pekerja, kami benar-benar meningkatkan pengalaman pelanggan kami ke tahap baharu," kata Leo Chin, pengasas Dogesoft. "Lama kelamaan, penstriman video akan lebih mementingkan struktur hubungan insan. Dengan Zoom, kami berhasrat untuk membantu pelanggan kami membina platform operasi perniagaan yang adaptif, holistik dan bingkas yang benar-benar meningkatkan kecekapan dan mendorong penglibatan pekerja."

Sewaktu berlakunya huru-hara dan kelesuan, Dogesoft menjadikan keutamaan untuk mencari keseimbangan antara inovasi digital dan misi untuk memelihara hubungan sesama insan. Dengan Navalink, perusahaan boleh membina ekosistem perniagaan digital mereka sendiri dengan mudah untuk meraikan kecekapan operasi dan pengupayaan pekerja secara serentak. Akhirnya, Navalink bermatlamat untuk mencipta jenis budaya tempat kerja yang baharu - cekap, menarik dan memperkasa.

Latar Belakang Dogesoft 

Di Dogesoft, kami berdedikasi untuk membawakan kecekapan dan belas ihsan kepada setiap organisasi. Setiap tahun, kami membangunkan penyelesaian penglibatan individu digital untuk organisasi-organisasi dalam bidang peruncitan, farmaseutikal, pendidikan dan sebagainya. Orang ramai menjadi tumpuan dalam nilai-nilai kami. Kami percaya bahawa dengan memperkasa pekerja, rakan kongsi dan pelanggan untuk saling bekerjasama dengan mudah dan gembira, kami dapat meningkatkan kecekapan operasi organisasi dan penglibatan orang ramai.

Dogesoft Inc. ialah sebuah syarikat multinasional yang diperbadankan di Bellevue, Washington pada tahun 2019. Kunjungi https://www.dogesoft.com/

 

Source: Dogesoft Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements New products/services