GUIYANG, China, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Huanqiu.com:
Majlis perasmian Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN 2022 (CAECW) bermula secara dalam talian dan secara peribadi di wilayah Guizhou pada 23 Ogos lalu.
Bertema "Bersama Membina Pusat Persahabatan demi Masa Depan Berwarna-warni" ("Jointly Building an Amicable Home for a Colorful Future"), CAECW 2022 dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Luar China, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guizhou.
Naib Perdana Menteri Cina Sun Chunlan menyampaikan ucapan melalui pautan video di majlis perasmian tersebut. Sun menegaskan bahawa CAECW telah membangun menjadi platform antara kerajaan yang paling tipikal untuk kerjasama pendidikan antara China dan ASEAN, memberi sumbangan penting untuk kesejahteraan rakyat, pertukaran rakyat-dengan-rakyat serta pembangunan hubungan dua hala antara semua negara di rantau tersebut.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 CAECW. Sepanjang 15 tahun yang lalu, CAECW memainkan peranan yang aktif dalam menggalakkan pertukaran dan kerjasama yang berkualiti tinggi antara China dan ASEAN. Setakat ini, CAECW menarik lebih daripada 30,000 hadirin dari lebih 50 negara dan wilayah, mendorong hampir 2,000 perjanjian kerjasama atau memorandum kerjasama untuk ditandatangani dan menjalankan lebih 400 projek serta aktiviti.
"China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjadikan ulang tahun ke-15 CAECW sebagai titik permulaan baharu dan memetakan serta melakar bersama-sama perjalanan pembangunan dan kerjasamaa pendidikan menuju tahun 2030," kata Sun, menyeru kedua-dua pihak untuk menggalakkan pembinaan komuniti pendidikan China-ASEAN yang lebih inovatif, inklusif dan mampan.
Li Bingjun, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Guizhou CPC dan Gabenor Wilayah Guizhou, menyatakan dalam ucapan beliau bahawa Guizhou akan terus memanfaatkan CAECW untuk melanjutkan kerjasama praktikal dengan ASEAN untuk berkongsi manfaat-manfaat pembinaan Jalur dan Jalan. Li menambah bahawa Guizhou akan terus memainkan peranan sebagai pusat tuan rumah CAECW dan berusaha untuk menambah baik CAECW daripada bagus menjadi lebih baik dan memperluas kerjasama dan pembangunan antara China dan juga ASEAN.
Sara Zimmerman Duterte-Carpio, Naib Presiden Filipina dan Setiausaha Jabatan Pendidikan Filipina berkata dalam ucapan beliau melalui pautan video bahawa Filipina menyokong perkongsian dalam bidang pemupukan bakat, penyelidikan, kolaborasi, pendidikan digital dan pertukaran rakyat-dengan-rakyat ke arah membina komuniti pendidikan ASEAN-China yang inklusif, mampan dan lebih inovatif.
Bin Chhin, Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Pemangku Menteri yang bertanggungjawab terhadap majlis menteri-menteri, memuji peranan China dalam menggalakkan pembangunan sumber manusia ASEAN terutamanya Kemboja. CAECW, kata beliau, menyediakan peluang yang sangat baik untuk meningkatkan persefahaman dan mengukuhkan tali persahabatan antara China dan negara-negara ASEAN.
Menurut Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN, CAECW telah menjadi platform peringkat tinggi bagi menggalakkan pertukaran rakyat-dengan-rakyat dan kerjasama antara China serta negara-negara ASEAN. Beliau berharap agar kedua-dua pihak akan meningkatkan lagi kerjasama praktikal dalam pertukaran antara pelajar, tenaga pengajar dan penyelidik serta saling mengiktiraf kelayakan akademik.
Institut Pendidikan Pintar ASEAN-China di Colorful Guizhou dan Konsortium TVET China-ASEAN masing-masing dirasmikan di majlis perasmian CAECW 2022.
Mulai 22 hingga 28 Ogos, CAECW 2022 akan mengadakan 37 aktiviti sepanjang minggu tersebut dan 57 yang lain dijadualkan untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Semua projek CAECW 2022 memfokuskan kepada kerjasama pendidikan mampan, pertukaran pendidikan dan kerjasama dalam era pasca-pandemik, inovasi dan keusahawanan belia dan pertukaran silang budaya dalam kalangan orang muda.
CAECW 2022 dijangka mewujudkan mekanisme Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan China-ASEAN untuk pendidikan dan berkongsi pengalaman dan hasil pembangunan dengan lebih baik dalam pendidikan asas, vokasional dan pengajian tinggi.
CAECW akan menyediakan platform untuk Konsortium TVET China-ASEAN dan terus melaksanakan Program Pertukaran Belia Jalan Sutera "Zhi & Xing Guizhou" untuk menggalakkan pertukaran antara belia antarabangsa.
Kira-kira 2,400 hadirin dari China, negara-negara ASEAN dan negara-negara Jalur dan Jalan yang lain menghadiri CAECW 2022 sama ada secara dalam talian atau luar talian.
CAECW, yang bermula pada tahun 2008, telah membangun menjadi platform bertema pendidikan berkualiti tinggi untuk pertukaran rakyat-dengan-rakyat antara China dan negara-negara ASEAN serta jambatan kukuh yang memberi sumbangan positif kepada hubungan China-ASEAN.