omniture

Trina Solar pecah rekod dunia buat kali ke-25 dengan mencatat kecekapan apertur modul jenis-n pada 24.24%

Trina Solar Co., Ltd
2022-08-29 09:32 184

CHANGZHOU, China, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 24 Ogos, Trina Solar mengumumkan bahawa modul silikon monohabluran jenis-n berkecekapan tinggi Vertex proprietarinya, berdasarkan kepada 66 unit sel i-TOPCon jenis-n berkecekapan tinggi 210 mm x 210 mm, telah mencapai kecekapan modul apertur mencatat rekod iaitu 24.24% untuk modul i-TOPCon jenis-n kawasan besar perindustrian. Hal ini disahkan secara bebas oleh TÜV Nord.

Dalam bulan Mac ini, Trina Solar membawakan kecekapan maksimum sebanyak 25.5% untuk sel i-TOPCon 210 × 210mm kawasan besar, mencatatkan rekod dunia yang baharu untuk sel i-TOPCon jenis-n kawasan besar perindustrian.

Penyelidik-penyelidik Trina Solar di State Key Laboratory of PV Science and Technology membangunkan teknologi berbilang-busbar dan pengkapsulan baharu, berserta teknologi pemotongan laser tak memusnah bagi meningkatkan kecekapan modul. Dengan menggunakan sel i-TOPCon jenis-n 210mm kawasan besar, ia dapat membawakan kecekapan apertur maksimum sebanyak 24.24% untuk modul 600W+ kawasan besar dengan kawasan berkeluasan 2.807 m2.

"Kami amat berbangga untuk mengumumkan pencapaian terkini yang dibangunkan oleh pasukan teknikal kami di State Key Lab. Ini merupakan kali pertama ia mendemonstrasikan kecekapan apertur modul mencecah lebih 24% dengan sel i-TOPCon jenis-n kawasan besar perindustrian," kata Dr. Yifeng Chen Yifeng, ketua pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel dan modul berkecekapan tinggi. "Ini merupakan rekod ke-25 yang dicapai oleh Trina Solar dari segi kecekapan sel dan modul. Trina Solar mengkhusus dalam inovasi teknologi dan pemindahannya kepada produk berkecekapan tinggi untuk mencipta nilai buat pelanggan kami."

Trina Solar membangunkan secara strategik produk jenis-n dan terus menerajui generasi seterusnya bagi teknologi jenis-n berkecekapan tinggi untuk mencipta nilai yang lebih besar buat pelanggan. Sejak menjadi peneraju dalam merealisasikan pengeluaran besar-besaran modul jenis-n pada tahun 2018, modul jenis-n Trina Solar yang berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi diiktiraf dengan begitu baik oleh pasaran dan digunakan secara meluas di stesen janakuasa utiliti dan loji janakuasa C&I.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap modul solar jenis-n 210+, pada tahun 2022, Trina Solar merancang kapasiti pengeluaran 8 GW bagi modul jenis-n yang mana kesemuanya berasaskan kepada teknologi 210+ N Trina Solar, menggabungkan kecekapan tinggi sel jenis-n dan keandalan tinggi modul 210 Vertex dengan baik, seterusnya membawakan teknologi hijau yang premium dan juga pengalaman estetik yang sempurna kepada pelanggan kediaman.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Broadcast feed announcements