omniture

Huawei dan Bank of China Bersama-sama Menang Anugerah Pelaksanaan Teknologi Infrastruktur Bank Terbaik The Asian Banker di China

Huawei
2022-08-29 11:02 218

BEIJING, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Acara "Finance China 2022" yang dianjurkan oleh majalah kewangan antarabangsa yang berprestij The Asian Banker bermula dengan jayanya di Beijing pada 25 Ogos. Huawei dan Bank of China bersama-sama memenangi anugerah Pelaksanaan Teknologi Infrastruktur Bank Terbaik di China dalam kategori Anugerah Teknologi Kewangan.


Huawei telah membentuk banyak penyelesaian teknologi yang inovatif dengan menggunakan teknologi serta kapasiti ICTnya yang inovatif dan mengatur kolaborasi rentas-domain antara teknologi, membantu institusi-institusi kewangan meningkatkan kebingkasan operasi mereka dan menyediakan pengalaman pengguna yang optimum.

  • NoF+ ialah penyelesaian rangkaian storan tak hilang didayakan Eternet yang mengaplikasikan NVMe, protokol baca/tulis berkelajuan tinggi yang mengkhusus untuk ingatan kilat dan rangkaian IP. Pelanggan boleh menggunakan teknologi ini untuk membina rangkaian pintar dan tak hilang yang dapat mengesan kerosakan rangkaian dan memudahkan penyelarasan silang domain. Penyelesaian ini akan meningkatkan dengan ketara prestasi pemprosesan IOPS berbanding rangkaian Saluran Gentian (FC).
  • Menggantikan FC dengan NoF+ mengurangkan dengan ketara kependaman membaca dan menulis data dalam pusat data. Di samping itu, data boleh dihantar tanpa hilang merentas pusat data dan secara jarak jauh hasil daripada algoritma iLossless.
  • Penyelesaian ini dapat membantu rangkaian mengesan status pautan secara proaktif dan menukar algoritma storan dengan pantas bagi mengurangkan impak getaran rangkaian ke atas transaksi kewangan dan mengurangkan masa penukaran pautan daripada beberapa minit kepada beberapa saat sekiranya berlaku transmisi yang gagal.

Dr. Margaret Hu, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Huawei Global Digital Finance berkata, "Kami berterima kasih kepada The Asian Banker kerana memberi penghormatan kepada kami melalui anugerah yang signifikan ini. Huawei akan terus bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan serta rakan-rakan kongsi bagi melaksanakan inovasi bersama dan kolaborasi terbuka. Kami akan membina infrastruktur digital inovatif yang membantu perkhidmatan kewangan berkembang dan berinovasi. Usaha bersama kami akan mempercepatkan transformasi digital industri kewangan."

Setakat ini, Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 2,000 pelanggan kewangan di lebih daripada 60 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk 49 daripada 100 bank Terunggul di dunia. Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian kewangan digital Huawei:

https://e.huawei.com/en/solutions/industries/smart-finance

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment