omniture

Dilengkapi dengan Teknologi Huawei, Bank of Communications Menang Anugerah Pelaksanaan Data Raya Terbaik The Asian Banker di China

Huawei
2022-08-29 13:52 306

BEIJING, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- The Asian Banker, platform global yang berwibawa untuk pandangan tentang industri kewangan, mendedahkan senarai pemenang bagi Anugerah Teknologi Kewangan 2022 di Finance China 2022. Bank of Communications (BOC) memenangi anugerah Pelaksanaan Data Raya Terbaik untuk Lakehouse DaaS yang dibina menggunakan tasik data pintar Huawei Cloud FusionInsight.


Perniagaan BOC berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lalu. Bank ini memperluaskan bilangan bidang perniagaan dan menjadikan proses perniagaannya lebih terpelbagai, mudah dan pintar. Hasilnya, ia menghasilkan jumlah data yang belum pernah terjadi sebelum ini dan menggunakannya untuk aplikasi yang rumit. Bagi mengendalikan semua data ini, BOC membina tasik data pintar — Lakehouse DaaS — ke atas tasik data natif-awan Huawei Cloud FusionInsight MRS dan gudang data Huawei Cloud GaussDB (DWS).

Dikuasakan oleh gudang data teragih GaussDB (DWS), BOC meningkatkan aksesnya kepada data, mengurangkan kos menggunakan data dan dalam masa yang sama meningkatkan kecekapan serta kualiti. BOC juga membina papan pemuka yang berkualiti tinggi dan terpusat untuk analisis data komprehensif, yang menyokong pembuatan keputusan operasi bank dan membantu memaksimumkan nilai data.

Tasik data waktu sebenar FusionInsight MRS membantu BOC membangunkan keupayaan teknikal baharu seperti pengumpulan dan pengkomputeran waktu sebenar dan penumpuan aliran-kelompok. Bank ini juga melaksanakan pengumpulan waktu sebenar, pengkomputeran, analisis dan aliran data penggunaan, menyokong pelbagai senario perniagaan waktu sebenar dan seolah-olah waktu sebenar.

Sejak melancarkan tasik data pintar, BOC telah melakukan lonjakan yang besar dalam beberapa bidang.

  • Pemasaran: Mencipta persona pengguna berdasarkan kepada transaksi pengguna dan tingkah laku interaksi, meningkatkan kadar tukar pelanggan sebanyak 164%.
  • Kawalan risiko: Menganalisis ciri-ciri tingkah laku pengguna dan mengenal pasti tingkah laku berunsurkan penipuan pada waktu sebenar, lalu mengurangkan jumlah kes berisiko sebanyak 52%.
  • Operasi: Mencari dan menganalisis data perbankan pada waktu sebenar dan membuat keputusan bermaklumat dengan cepat.
  • Pengurusan hubungan pelanggan: Mewujudkan model amaran kadar pulangan pelanggan untuk menjejaki pelanggan yang akan berundur dan mengekalkan mereka.

BOC telah bekerjasama dengan Huawei untuk membina semula platform data rayanya. Bank ini bertujuan untuk mempercepatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan data raya dan memberi input tepat pada masanya untuk pemasaran, kawalan risiko, penyeliaan dan operasi. Ia juga berhasrat untuk menyetempatkan pemantauan, mengupayakan pengurusan berasaskan proses dan memvisualkan aset datanya untuk tadbir urus data. Akhirnya, BOC ingin memastikan bahawa datanya berfungsi untuk perniagaannya, membantunya menjadi bank digital sepenuhnya.

Setakat ini, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2000 pelanggan kewangan dari lebih 60 negara dan wilayah, termasuk 49 daripada 100 bank terunggul di dunia. Huawei Cloud FusionInsight sering digunakan dalam platform analisis data teras oleh bank, sekuriti, insurans dan jenis pelanggan kewangan yang lain. Penyelesaian ini membantu mereka membina platform di mana data dan AI bertumpu.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus menawarkan kepada pelanggan dengan keupayaan analitikal bernilai tinggi bagi memaksimumkan nilai data mereka melalui inovasi Teknologi Kewangan (FinTech).

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment