omniture

YOYI TECH Peroleh LinkFlow, Tutup Pembiayaan Pusingan D+ $20 Juta dan Terajui Industri dalam Pemasaran Pintar Omnisaluran

YOYI TECH
2022-08-29 14:30 271

BEIJING, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Dalam siaran berita baru-baru ini, penyedia perkhidmatan platform pemasaran pintar Omnisaluran YOYI TECH mengumumkan pemerolehan LinkFlow, pakar industri bagi Platform Data Pelanggan (CDP). Selain itu, YOYI TECH turut mengumumkan penutupan pembiayaan pusingan D+ bernilai $20 juta, dipimpin oleh Samsung Venture Investment(SVIC), NewQuest Capital di bawah TPG dan Zhejiang SilkRoad Fund. Pemerolehan dan pendanaan baharu ini mengukuhkan kedudukan kepimpinan YOYI TECH dalam industri Teknologi Pemasaran (MarTech).

Pada 9 Ogos 2022, YOYI TECH berjaya mengadakan persidangan dengan tema "Melangkaui MarTech: Memenangi Masa Depan melalui Pemasaran Pintar Omnisaluran" ("Beyond MarTech: Winning the Future through Omnichannel Intelligent Marketing"). Semasa persidangan tersebut, YOYI TECH melancarkan strategi "Tiga Awan" iaitu Awan Pengiklanan - OneDesk, platform pengiklanan Omnisaluran, Awan Data - LinkFlow, Platform Data Pelanggan (CDP) dan Awan Pemasaran - EngageX, Platform Automasi Pemasaran (MAP).

Strategi "Tiga Awan" YOYI TECH
Strategi "Tiga Awan" YOYI TECH

Sebagai subsidiari di bawah YOYI TECH Group, LinkFlow beroperasi secara bebas yang memfokuskan untuk membina Platform Data Pelanggan dan Platform Automasi Pemasaran generasi seterusnya. Jenama LinkFlow akan terus terpelihara. Kedua-dua LinkFlow dan YOYI TECH akan saling bekerjasama dalam data raya, AI, inovasi produk dan menyerlahkan nilai sepanjang hayat pelanggan. Dengan memanfaatkan interaksi omnisaluran, syarikat-syarikat akan dapat membantu pelanggannya meningkatkan keupayaan penjualan dan pemasaran dalam perjalanan pengguna.

Setelah pemerolehan LinkFlow, YOYI TECH berkedudukan unik sebagai syarikat MarTech yang terkemuka dengan keupayaan omnisaluran yang belum pernah terjadi sebelum ini.

  • Produk: menawarkan CDP dan MAP omnisaluran, dengan data raya dan AI
  • Teknologi: terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), meningkatkan algoritma AI, menaik taraf keupayaan omnisaluran dengan inovatif dalam pengumpulan data, integrasi, analisis, aplikasi dan perlindungan keselamatan data.
  • Perkhidmatan: memastikan kejayaan pelanggan, meningkatkan strategi data dan meningkatkan pengalaman pelanggan
  • API diutamakan: Membina ekosistem MarTech melalui platform terbuka dan strategi yang mengutamakan API, menarik minat pelbagai rakan kongsi MarTech dan SaaS

Latar Belakang YOYI TECH 

Ditubuhkan pada tahun 2007, YOYI TECH ialah pengusaha yang terkemuka dalam pemasaran pintar omnisaluran. Melalui awan Pengiklanan, Data dan Pemasarannya yang termaju serta data rayanya dan AI, YOYI TECH bermatlamat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik bagi mengupayakan pelanggan untuk mengalami transformasi pemasaran digital. Dengan pengalamannya yang beraneka dalam menawarkan perkhidmatan dengan jayanya kepada 60% syarikat Fortune 500, YOYI TECH menyediakan penyelesaian lengkap untuk membantu pelanggan memperoleh pelanggan baharu, meningkatkan pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan perniagaan.

Maklumat lanjut tentang YOYI TECH, kunjungi:

Laman Sesawang: www.yoyi.com.cn 

Source: YOYI TECH
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers New products/services