KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan kolaborasinya dengan Atome, jenama beli sekarang bayar kemudian yang terkemuka di Asia untuk memberi ganjaran kepada pengguna HUAWEI AppGallery yang menggunakan Atome untuk pembelian mereka. Mulai 15 Ogos hingga 16 Oktober 2022, pembeli belah yang bersemangat di Singapura yang menyempurnakan transaksi pertama mereka di aplikasi Atome akan menerima baucar diskaun segera bernilai RM20.
Menjadikan pembelian Huawei mudah dengan Atome
Aplikasi Atome mula dimasukkan pada HUAWEI AppGallery, pasaran aplikasi ketiga terbesar di dunia, dalam tujuh pasaran di Asia Tenggara pada awal bulan Mac tahun ini termasuk Singapura dan Malaysia. Sejak itu, Huawei dan Atome berkolaborasi untuk menawarkan kemudahan dan kefleksibelan dari segi bagaimana pengguna memilih untuk membeli belah dan membayar di kedai-kedai fizikal dan dalam talian Huawei.
Kolaborasi ini membolehkan penggemar aktiviti membeli belah untuk memisahkan dan membayar produk serta perkhidmatan Huawei secara ansuran[DHH1] . Pengguna Huawei juga boleh menggunakan Atome untuk membeli peranti Huawei di semua kedai Huawei. Rakan-rakan kongsi Atome yang tersedia untuk pengguna AppGallery membeli belah dengan tawaran yang menarik ini termasuk Agoda, ZALORA, SHEIN dan Zara.
Rainal Lu, Ketua Pertumbuhan Serantau, Atome berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan HUAWEI bagi melanjutkan akses pengguna kami kepada jenama-jenama kesukaan mereka agar dapat memenuhi keperluan membeli belah dan gaya hidup mereka. Dengan Atome, pengguna mempunyai pilihan, kawalan dan kemudahan untuk membeli belah dan membayar melalui jadual bayaran tertunda yang fleksibel, bagi membolehkan mereka mengurus dengan lebih baik belanjawan bulanan mereka."
Ketika ini, Atome bekerjasama dengan lebih daripada 10,000 jenama dalam talian dan luar talian merentas kategori-kategori yang berbeza termasuk fesyen, kecantikan dan gaya hidup dalam 10 pasaran utama. Antara jenama-jenama ini termasuk Sephora, Marks & Spencer, Charles & Keith, Aldo dan Pandora. Dengan kawalan dan pemerkasaan lebih tinggi yang diberikan kepada pembeli belah, kolaborasi ini membuka banyak kemungkinan untuk pengguna Huawei.
Menggunakan Atome untuk menebus baucar
Pengguna HUAWEI AppGallery dan peranti HUAWEI di Malaysia akan diberi ganjaran secara baucar diskaun segera apabila mereka mendaftar di aplikasi Atome. Promosi dilanjutkan kepada semua pengguna AppGallery yang membuat bayaran melalui aplikasi Atome di kedai-kedai jenama yang mengambil bahagian (baik secara dalam talian mahupun luar talian). Setelah mendaftar untuk akaun baharu, pengguna akan menerima baucar mereka yang akan digunakan semasa pembelian pertama mereka dengan Atome ketika berlangsungnya kempen tersebut.
Kempen bermula pada 15 Ogos dan akan tamat pada 16 Oktober 2022. Lihat maklumat lanjut tentang kempen ini di sini.
Pengguna kini boleh memuat turun Atome pada HUAWEI AppGallery dan daftar untuk menerima baucar, sebelum membuat transaksi pertama mereka.
Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna? |
Ganjaran |
Daftar di aplikasi Atome |
Dapatkan baucar RM20 yang boleh digunakan pada pembelian pertama di aplikasi Atome |
Latar Belakang AppGallery
AppGallery ialah pasaran aplikasi rasmi pada telefon pintar HUAWEI, menampilkan aplikasi yang dipilih atur dalam pelbagai kategori termasuk permainan, pendidikan, gaya hidup dan fesyen. Selain itu, pengguna AppGallery mendapat akses kepada pelbagai jenis hadiah eksklusif, rebat, kupon dan keistimewaan VIP.