BEIJING, 30 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Ingin memahami pembangunan China sepanjang dekad yang lalu? CGTN serta CMG European and Latin American Languages Programming Center akan menyediakan satu rangkaian penerbitan kepada penonton global yang memfokuskan kepada "China dalam Era Baharu" ("China in the New Era") merentas platform-platform berbilang bahasa dalam bulan Ogos 2022 ini.
Program-program tersebut menonjolkan gambaran yang jelas tentang China, membimbing penonton melalui sedekad pembangunan dan perubahan, laluan pembangunan negara ini dan budayanya yang pelbagai serta inklusif.
Berikut merupakan previu daripada beberapa sorotan.
Semua Orang Penting: China dalam Sedekad
Bagi mengabadikan perubahan yang telah dialami oleh rakyat Cina sepanjang 10 tahun yang lalu, "China in A Decade" meneroka transformasi China dalam pelbagai bidang – bermula daripada pembangunan berkualiti tinggi hingga tadbir urus, daripada pembinaan asas budaya hinggalah kemakmuran yang dikongsi secara global.
Melalui 36 kisah yang diceritakan oleh individu biasa, program berkenaan mendedahkan betapa pentingnya setiap orang di China dan melalui sumbangan mereka, keajaiban boleh berlaku.
China Melalui Lensa Global
Bagaimana wajah China dari perspektif global? CGTN mempersembahkan pelbagai rancangan yang diwujudkan untuk memberi pandangan yang lebih mendalam kepada penonton dari seluruh dunia tentang realiti kehidupan di negara ini.
"My Account on China" dan "On the Move" menyajikan kisah-kisah yang sahih kepada penonton luar negara untuk memahami perubahan serta pembangunan China.
"Latin Youth in Rural China" merakamkan lawatan lapangan tiga anak muda warga Amerika Latin ke wilayah Sichuan, barat daya China bagi meneroka model pembangunan luar bandar negara ini. Duta Argentina ke China turut menyertai lawatan tersebut dan berkongsi pandangan beliau tentang penggiatan semula luar bandar China melalui jurnal beliau.
"The China Path: A Panoramic Decoding" memberi gambaran yang komprehensif tentang China kepada penonton melalui pandangan pemimpin dunia dan pemikir global terhadap tadbir urus negara ini.
"Classic Quotes by Xi Jinping" membawakan jalan yang sama sekali baharu dalam lima bahasa untuk membongkar kisah-kisah di sebalik klasik dan untuk membincangkan asas budaya rakyat Cina bagi membantu penonton memahami cara kebijaksanaan Cina dapat membantu menyokong pentadbiran negara yang sedang berkembang.
Daripada Kemiskinan kepada Kemakmuran: Laluan Cina menuju Pemodenan
Melalui pelbagai program, CGTN berusaha untuk menjelaskan bagaimana China telah dapat menghapuskan kemiskinan melampau dan meneruskan laluannya ke arah pemodenan.
Bermula daripada metropolis yang hiruk-pikuk hinggalah kampung yang terpencil, kemajuan dan cabaran pada laluan pemodenan China tidak pernah berhenti. "Modernization for 1.4 Billion" membincangkan proses dan ciri-ciri laluan unik China menuju pemodenan dan menghimpunkan pakar-pakar global untuk membincangkan kepentingan antarabangsanya.
Dokumentari "The Road to Common Prosperity" oleh Dr Robert Lawrence Kuhn memaparkan transformasi di China dari pelbagai sudut.
Siri 12-episod "China by Numbers" memanfaatkan statistik dan menggunakan nombor-nombor tersebut untuk memaparkan transformasi China dari pelbagai sudut termasuk ekonomi, pembasmian kemiskinan, infrastruktur, pendidikan, sains dan teknologi, budaya dan sukan.
Pelbagai dan Inklusif: Keindahan Budaya Cina
Beberapa rancangan baharu akan meneroka dengan mendalam tentang budaya dan sejarah China. Ia membincangkan peranan penting pertukaran budaya dalam pembelajaran bersama dan saling hormat-menghormati antara negara-negara.
"The Vibe" menawarkan perspektif baharu ke atas pertukaran budaya antara China dan seluruh pelosok dunia.
"Foodwise" dan "Why We Love Dunhuang" mendedahkan tapestri budaya China yang meriah dan membawa penonton dalam satu perjalanan menuju intipadi budaya Cina.
"The Song, Painted" mentafsir estetika tradisional Cina melalui gaya hidup yang digambarkan dalam lukisan Dinasti Song menggunakan teknologi seni maya, manakala "Inheritors" memberi penjelasan tentang kekayaan Warisan Budaya Tak Ketara China dan kisah-kisah di sebaliknya.
CGTN turut mendedahkan "China Box," produk video interaktif yang akan disiarkan dalam bulan Oktober. China Box menyediakan pengalaman tontonan video baharu dengan mencipta dunia maya, di mana pengguna boleh memilih avatar yang mereka suka dan menikmati beribu-ribu video.
Festival Dokumentari China 2022 di Afrika
CGTN melancarkan Tayangan Global Festival Dokumentari China 2022 di Afrika, kali pertama festival tersebut menampilkan acara khas untuk wilayah tertentu, dengan kehadiran duta-duta ke China dari Benin, Cameroon, Gabon, Senegal, Tanzania dan Zimbabwe.
Tiga puluh penyiar dan institusi dari 20 negara Afrika akan menyertai festival tersebut bagi menayangkan cerita-cerita untuk penonton Afrika.
Sejak Festival Dokumentari China 2022 dilancarkan dalam bulan Jun, lebih daripada 50 dokumentari yang diterbitkan oleh CGTN telahpun ditayangkan atau distrim untuk penonton global. Ia termasuk penerbitan pemenang anugerah dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Arab dan juga Bahasa Rusia.