omniture

Pylontech Dinamakan dalam Senarai 50 Syarikat Paling Inovatif China Forbes 2022

Pylontech
2022-08-31 03:43 292

SHANGHAI, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pylon Technologies (Pylontech), penyedia sistem storan tenaga bateri (BESS) khusus mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai salah satu daripada 50 Syarikat Paling Inovatif China Forbes 2022 dalam bidang tenaga baharu.

Pylontech ialah salah satu daripada sebahagian kecil syarikat dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan bebas untuk komponen teras yang digunakan dalam storan tenaga termasuk sel bateri, modul dan sistem pengurusan bateri. Pelancaran senarai 50 Syarikat Paling Inovatif China ini memberi penghormatan kepada perniagaan yang mencetuskan impak yang besar ke atas model perniagaan mereka, pelaburan R&D, pertumbuhan kendiri, tadbir urus korporat dan elemen-elemen lain yang dipacu oleh inovasi.

Kemasukan ke dalam senarai tersebut menunjukkan kebolehan Pylontech terhadap inovasi dan kepimpinan dalam sektor boleh diperbaharui dan lestari serta menunjukkan pengiktirafan yang signifikan dan tambahan setelah dimasukkan ke dalam MSCI Index. Sebagai penyedia sistem storan tenaga (ESS) global yang terkemuka, Pylontech menawarkan perkhidmatan kepada sektor kediaman, perindustrian dan utiliti selama berdekad-dekad.

Naib presiden Pylontech Geoffrey Song berkata: "Ia merupakan satu penghormatan besar apabila dinamakan dalam senarai 50 Syarikat Paling Inovatif China Forbes. Kemasukan ini mengukuhkan keyakinan kami untuk terus melabur dalam R&D produk yang lebih inovatif. Kami akan terus memfokuskan kepada pembangunan storan tenaga dan berpegang kepada inovasi dan R&D bagi mencapai emisi karbon sifar bersih."

Syarikat ini dan subsidiari-subsidiarinya ketika ini memiliki 194 paten secara keseluruhan mengikut Laporan Separuh Tahunan 2022 terkini yang dikeluarkan pada 26 Ogos 2022. Laporan ini juga menunjukkan bahawa R&D kepada kadar hasil Pylontech dalam setengah tahun pertama 2022 mencecah 6.99% dan pelaburan ke atas R&D mencapai peningkatan 132.40% sepanjang setengah tahun pertama 2021 yang merupakan satu pencapaian terhadap strategi pelaburan tingginya dalam R&D.

Dengan masa depan lestari yang sudahpun hampir, integrasi antara penyelesaian storan yang inovatif dan penjanaan kuasa boleh diperbaharui akan memaksimumkan faedah-faedah ekosistem tenaga saling terhubung. Dengan meletakkan keupayaan inovasi sebagai teras, Pylontech komited untuk memacu pembangunan industri storan tenaga dan mencipta dunia tenaga hijau bersama pelanggan dan rakan kongsi di serata dunia.

Latar Belakang Pylontech

Pylontech ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai penyedia sistem storan bateri (BSS) khusus dengan menggabungkan kepakarannya dalam bidang elektrokimia, elektronik kuasa dan integrasi sistem. Dengan menyediakan penyelesaian ESS yang andal dan berpatutan, syarikat ini telah merealisasikan kedudukan pasaran sebagai salah satu pembekal utama storan bateri litium di seluruh dunia dengan kadar peningkatan 7 tahun sebanyak dua kali ganda.

 

Source: Pylontech
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards