omniture

Segway-Ninebot Electric Kickscooter D Series Mula Dihantar dari Kilang Vietnam, Dilancar di ASEAN

NINEROBOT (HONG KONG) TRADING, LTD.
2022-08-31 11:00 267

BEIJING, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Selepas menyelesaikan pesanan pertamanya, Segway-Ninebot menumpukan perhatian untuk melancarkan satu lagi barisan produk di kilang Vietnam -- Ninebot Electric Kickscooter D Series.

Pada asalnya dilancarkan di peringkat global, eKickscooter D series telah menjadi terkenal dalam pasaran global lantaran reka bentuknya yang menggamit perhatian, ciri kemudahalihan yang ringan dan harga yang berpatutan.

Segway-Ninebot D Series Dilancarkan di Taiwan
Segway-Ninebot D Series Dilancarkan di Taiwan

D series turut didatangkan dengan tayar udara besar 10-inci yang menawarkan keselesaan dan tunggangan yang lancar. Dengan perejangan mampan daripada motor, D series boleh ditunggang di semua jenis rupa bumi. Dilengkapi dengan bateri litium ternar, ia selamat dan juga berkuasa. Roda depan dilengkapi dengan brek elektronik, brek dram roda belakang dan terdapat juga lampu besar dan lampu brek, yang akan menjadi lebih selamat. Dengan ciri kemudahalihan yang ringan, siri skuter tendang ini juga mempunyai mekanisme lipat 3-langkah yang boleh dikendalikan dengan satu tangan, mudah dibawa di sekitar bandar atau dalam kereta, demi kemudahan tambahan.

Selepas dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di kilang Vietnam, Ninebot D Series bersedia untuk memasuki pasaran di negara-negara ASEAN yang lain. Di Indonesia, satu sidang akhbar telahpun diadakan pada 26 Ogos untuk melancarkan secara rasmi Ninebot eKickscooter D Series.

Segway-Ninebot D Series Dilancarkan di Indonesia
Segway-Ninebot D Series Dilancarkan di Indonesia

Menerusi pembangunan Indonesia dan pembukaan metro Jakarta, berulang-alik kilometer-terakhir telah menjadi satu masalah yang mendesak untuk pekerja bandar. Bagi menyediakan lebih banyak penyelesaian pengangkutan jarak dekat kepada pengguna, Segway Ninebot bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan seperti Urban Republic dan merancang untuk membawa trend berulang-alik harian yang baharu menerusi e-skuter tendang D Series.

Menunggang e-skuter tendang di jalan raya atau taman, atau melakukan perjalanan yang singkat, kesemuanya akan menjadi pemandangan baharu di Indonesia.

D Series akan tiba di Thailand dalam bulan September. Siri ini akan dapat dilihat di lebih banyak negara ASEAN. Nantikan Segway-Ninebot.

Kilang Vietnam mendapat kelayakan dengan keutamaan tarif apabila mengeksport ke kebanyakan negara ASEAN yang akan meningkatkan nilai komersialnya dengan ketara. Setelah barisan produk D series dikeluarkan, Segway-Ninebot dapat membawakan skuter tendang elektrik bebas cukai dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi, menyediakan pakej penyelesaian baharu untuk pengangkutan jarak dekat di Asia Tenggara, serta pengalaman berulang-alik yang lebih mudah dan menyenangkan kepada pengguna.

Anda boleh menemui kami daripada agensi-agensi:

Indonesia – Erajaya, Thailand – Makeio, Taiwan – Synnex, Filipina - Simply, VSTECS, Malaysia - KTS

 

Source: NINEROBOT (HONG KONG) TRADING, LTD.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Transportation New products/services