Aplikasi serba baharu menawarkan pengesanan spam & perniagaan 10x lebih baik
JAKARTA, Indonesia, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Truecaller, platform komunikasi global yang terkemuka di dunia, hari ini melancarkan versi serba baharu aplikasi iPhone mereka untuk pengguna di serata dunia. Pengguna iPhone kurang mendapat perkhidmatan oleh CallerID dan penyekat Spam. Pengguna telah mendesak satu penyelesaian dan Truecaller telah membina perangkap yang lebih baik. Aplikasi iOS telah ditulis semula sepenuhnya dari mula agar menjadi lebih ringan (saiz aplikasi lebih kecil), lebih cekap (berfungsi lebih pantas, walaupun pada versi terdahulu iPhone 6S), namun yang paling penting sekali, ia menawarkan 10 kali ganda pengenalpastian panggilan spam, penipuan dan perniagaan yang lebih baik berbanding versi terdahulu aplikasi ini.
Truecaller, platform komunikasi global yang terkemuka di dunia, melancarkan versi serba baharu aplikasi iPhone mereka untuk pengguna seluruh dunia.
Perubahan ini telah dibawa oleh seni bina serba baharu yang dapat ciri-ciri latar belakang termaju dalam iOS memanfaatkan dengan lebih berkesan. Truecaller serba baharu untuk iPhone telah membangunkan CallerID dering pertama dan pengesanan spam yang paling terkini, tepat dan lengkap untuk setiap geografi dengan mengemas kini maklumat spam secara automatik pada latar belakang. Aplikasi tersebut juga mempunyai penyegaran semula reka bentuk lengkap dan aliran pengalaman pengguna yang menghasilkan masa yang jauh lebih singkat untuk suai tugas awal dan navigasi harian yang lebih cepat melalui aplikasi tersebut.
"Kami telah berinovasi dalam platform Apple untuk membawakan ciri-ciri yang lebih berkuasa kepada pengguna seperti Waspada Panggilan (Call Alerts), Sebab Panggilan (Call Reason) dan lanjutan carian yang mudah," kata Alan Mamedi, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Truecaller. "Kemas kini ini telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna iPhone dan kini kami dapat menawarkan kepada mereka dengan pengecam spam dan penipuan berprestasi terbaik untuk membantu mereka mengasingkan hingar daripada komunikasi yang ingin dijawab oleh mereka."
Sorotan Truecaller baharu untuk iPhone:
Kemas kini akan datang:
Untuk memuat turun versi terkini, kunjungi Truecaller di iOS App Store
Latar Belakang Truecaller:
Kami mengupayakan perbualan yang selamat dan relevan antara individu dan menjadikannya cekap untuk perniagaan berhubung dengan pengguna. Penipuan dan komunikasi yang tidak diingini merupakan endemik kepada ekonomi digital, terutamanya dalam pasaran baru muncul. Kami mempunyai misi untuk membina kepercayaan dalam komunikasi. Truecaller ialah bahagian yang penting dalam komunikasi harian untuk lebih 320 juta pengguna aktif, dengan setengah billion muat turun sejak dilancarkan dan hampir 38 bilion panggilan tidak diingini dikenal pasti dan disekat pada tahun 2021. Beribu pejabat di Stockholm, sejak tahun 2009, kami merupakan sebuah syarikat keusahawanan diterajui pengasas bersama dengan pasukan pengurusan yang amat berpengalaman. Truecaller telah disenaraikan di Nasdaq Stockholm sejak 8 Oktober 2021.
Laman sesawang korporat kami menawarkan banyak maklumat tentang syarikat ini termasuk laporan suku tahunan, maklumat lembaga & pengurusan serta siaran akhbar - www.truecaller.com
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: press@truecaller.com